REVIEW KONSERT MINGGU 9 SEPARUH AKHIR GEGAR VAGANZA 2021


REVIEW KONSERT MINGGU 9

SEPARUH AKHIR GEGAR VAGANZA 2021

LAGU UNTUKMU

 

Kredit foto : Gempak.com
 


 
  1. AWEERA – KERJA GILA / FANTASIA BULAN MADU (80%)

    Lagu Kerja Gila. Selain drp ada 1 flat kat chorus, iols rasa awesome dah. Setiap aspek, articulation bagus. Amazing interpretation, hebat sgt Aweera punya playful attitude mmg kedengaran angau habes, terbit jelas dlm vokal heols. Dinamik pun hebat turun naik volume hebat mengikut playful attitude tadi. Kawalan vokal & pernafasan bagus kat sini..

    Yg banyak menjejaskan markah Aweera adalah lagu ke-2, Fantasia Bulan Madu. Start dgn sedikit off-tempo. Pastu iols rasa ada bbrp flat di chorus, tapi sikitlah. Iols tak pasti Aweera mmg tak sampai note F5 di phrasing "gelap" yg kat chorus tu even dgn mixed voice ke ataupun note tinggi ni terjejas kerana heols buat raspy vocal kat situ? Tapi mmg cracked ah. Rugi tak selit falsetto rock heols yg power tu kat sini. Raspy vocal pada iols bagus sebenarnya kalau dilakukan dgn betul, boleh bg dinamik jugak. Tapi Aweera ada guna falsetto jugak ye kat refrain, selain menambah dinamik, jugak memberi lebih feel. Awesome. Kawalan pernafasan & vokal kat lagu ni pun ada jugaklah terjejas sikit terutama selepas falsetto2 kat refrain tu sampai ada yg terpotong2 pekataan, sbb mmg sifat falsetto, ia draining terlampau banyak udara keluar dgn cepat, membuatkan kita cepat tercungap2 kalau tak pandai atur breath management. Penjiwaan hebat dah. Overall, persembahan vokal yg bagus & menghiburkan..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
27 11
10
7
7
8
70
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 5



  1. NIKKI PALIKAT – PUNCAK KASIH / IKUT RENTAKKU (78%)

    Lagu Puncak Kasih. Ada bbrp flat kedengaran hujung 1st verse & ada juga di chorus. Owh setuju dgn TokFinaz. Kenapa agaknya banyak part bunyi mcm Ziana Zain? Bunyi mcm disengajakan bukan sahaja kerana lenggok Ziana yg ditiru bulat2, juga sbb dr mula sampai habis lagu ni, Nikki “place”kan tone dia almost setiap masa di dlm & sekitar nasal cavity & nasopharynx area even masa nyanyi low notes. Biasanya Nikki banyak “place”kan tone sheols dlm mouth cavity & sekitar oropharynx area (lebih ke bawah lah maksudnya ni), yg menghasilkan tone bulat & weighted spt yg TokFinaz nyatakan tu. Cara placement Nikki dlm lagu ni membuatkan sheols hilang 2 quality tu. Walaupun bunyinya merdu, tapi note2 kuranglah clarity nya, selain drp mcm kureng sikit stabil, sbb ada bbrp kali kedengaran break2 yg tak diingini, camtoh. Cuma pd iols lah, hasilnya Nikki punya belting high notes kali ni penuh dgn nasal resonance yg bg iols kedengaran cantik, rich & commanding, ditambah lagi dgn vibrato yg ringing cantik di hujung, tak spt Nikki punya belting yg sebelum2 ni kurang quality ini, dapat didengar selepas last belted note tu pastu sheols switch buat runs, kat situ dengar sheols yg biasa. Jadi di higher register, iols lebih suka Nikki guna placement yg baru nini, awesome. Penjiwaan hebat.

    Lagu Ikut Rentakku much2 better.. Dr mula sampai habis kawalan vokal hebat, lontaran vokal Nikki begitu jelas, stabil & powerful. Groove cantik, mostly sbb Nikki bijak nyanyi lebih kpd staccato yg memberi lebih “punchiness” dlm phrasing sheols. Hujung2 tu plak ada bbrp runs dgn falsetto yg stabil & powerful. (Cuma ada flat ye yg last tu..) Cakap pasal ni, ada transition dr chest tone ke falsetto yg smooth jugak kat tengah2. Dinamik keseluruhan persembahan ni bagus. Penjiwaan hebat. Overall, persembahan vokal yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
26 13
10
7
6
6
68
Attitude, showmanship 6
Darjah kesukaran 4



  1. AZAN SCAN – PERMAIDANI / ENIGMA (69%)

    Pada pendapat iols, nyanyian Azan kali ni kurang dinamik. Setuju tone Azan jelas clear, tapi heols mcm tak boleh bermain dgn volume. Jadi bila muzik berubah volume & intensity pun, takdek usaha Azan utk selarikan dgn turun naik volume & intensity muzik ni. Apatah lagi heols dah rendahkan plak key chorus lagu Enigma tu. Ntah, rasa mcm kureng sikitlah impaknya. Bolehlah bg sikit sbb heols lembutkan sedikit vokal di verse2, & berubah sikit volume kat part2 lain. Kawalan vokal ada sedikit masalah di 1st chorus lagu Permaidani, bunyi crack kat hujung2 sampai 2 kali. Pastu mcm ada terdengar sharp sikit kat 1st refrain lagu ni, sbb Azan mmg usaha nak nyanyi lagu tu mcm “puch!punch!” gitu jah, jadi adalah terlepas sikit heee..

    Selain drp tu awesome. Intonation hampir flawless. Articulation jelas & padu dr mula sampai habis. Penjiwaan dah bagus, cuma lagu Enigma jah iols rasa agak kureng sikitlah part2 yg tetiba heols jerit suruh penonton nyanyi sekali. Lagu ni lagu serius kot. 1 lagi iols setuju dgn TokSyafinaz, iols lebih suka kalau Azan lebih banyakkan bergerak, atau sekurang2nya biarlah nampak & rasa heols tengah nyanyi lagu hard rock. Apoooo nyanyi mcm “bam!bam!” tapi bergerak mcm nyanyi lagu slow rock. Showmanship kureng sikitlah, sikiiit jah ahahhah.. Overall, persembahan yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
29 13
8
9
2 0 61
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 3



  1. ALIFF AZIZ – LAY ME DOWN / SESUATU JANJI (67%)

    Iols cuma mengharapkan Aliff kalau nak lembutkan suara di verse awal tu pun, kalau boleh biarlah setiap note tu boleh form suku kata, tapi mcm ada bbrp jugaklah yg langsung hilang, agak shaky ye kat sini. Dlm lagu pertama ni ada flat di permulaan chorus, ada di falsetto jugak. Ada bbrp part slurring banyak, tapi bila Aliff tambah intensity, phrasing jadi bertenaga, articulation pun jadi lebih jelas. Dinamik dah bagus, cuma adalah part bila muzik dah intense, heols lambat sgt nak tambah intensity tu, jadi kurenglah ye. Falsetto agak smooth walaupun ada yg off sikit. Lagu Lay Me Down ni sesuai sgtlah sebenarnya dgn Aliff, nak2 part2 yg cuma diiringi dgn piano tu. Vokal lembut, seksi, inviting, camtoh. Penjiwaan sgt hebat.

    Manakala dlm lagu ke-2 plak, masalahnya Aliff nyanyikan dgn cara yg sama dgn lagu 1st tadi walaupun lagu ni lagu rancak yg memerlukan lebih tenaga & punchiness. Nyanyian Aliff di sini takdek tenaga whatsoever, kawalan pernafasan & vokal mmg tak baguslah, bbrp kali perkataan terpotong2. Groove kureng. Shaky & slurring banyak. Mumbling pun ada. Bbrp pitchy lagi bila heols tak hold notes betul2. Dinamik takdek dlm lagu ke-2 ni. Tapi, penjiwaan & showmanship mantap. Terpana tengok Aliff menari walaupun sikit, tapi hebatlah, betul2 groovy & sync dgn penari. Overall, persembahan yg menghiburkan..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
26 9
10
4
4 2 55
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 5



  1. ADIBAH NOOR – SUMPAH / NIGHT FEVER (66%)

    Lahai comelnya KakDeeb hihi.. Tapi attitude mcm tak comel langsung ye KakDeeb, mcm lari (eh ke jalan) setempat jah lagu rancak tu pun, ahahahah.. Nasib baik senyum sokmo. Showmanship takdek lah ek.. Apa yg mengejutkan iols kali ni ialah bila sheols nak melembutkan vokal di verse2 awal lagu pertama (Sumpah) tu mesti jadi shaky, lain betul dgn sheol masa minggu2 awal GV dulu. Kawalan pernafasan & vokal mmg kurang memberansangkan lah. Cuma ia sedikit berhasillah utk sedikiiit dinamik. Lagu ke-2 (Night Fever) plak sheols kedengaran terlalu berat & draggy, ditambah plak dgn vibrato berat tu. Walaupun kali ni sheols menyanyi masih bagus groove nya, tak mcm minggu lepas, cuma kedengaran sedikit semputlah kat lagu NF ni. Intonation ada sedikit kureng terutama di lagu 1 bila sheols tetap nak articulate setiap suku kata tu biar betul2 bulat, tapi hasilnya terpeleot jadi flat, tapi tak banyaklah.

    Adibah masih tak hilang lagi kelebihan sheols yg sentiasa berupaya menyanyi dgn penuh clarity (selain part2 yg iols nyatakan di atas), sebutan mmg padu sungguh. Iols sebenarnya sgt suka part phrasing sheols yg ni “Makin' it miiine”, kat modulation tu, hujung2 tu sheols tambah riff yg sebenarnya sedikiiit off, tapi ntah iols rasa powerful & menambah sedikit fierceness dlm nyanyian sheols, camtoh. Ada lagi bbrp adlib sheols yg agak awesome, last belted note tu the best, powerful, sgt memberi impak. Overall, good vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 11
6
8
2 4 59
Attitude, showmanship 2
Darjah kesukaran 5



  1. SUKI – KHAYALAN / TANPA KEKASIHKU (64%)

    hmmm mesti ada sbb Suki pilih utk start dgn lagu rancak, tapi mmg teruklah hasilnya. Lagu Khayalan memperlihatkan Suki seolah2 simpan tenaga atau cuba mengatur supaya boleh bertahan nyanyi 2 lagu ni sampai habis dgn tenaga & pernafasan yg cukup, malangnya tak menjadi, walaupun groove sheols bagus. Hasilnya nyanyian Suki jadi lemah tak bertenaga. Nyanyian dr lower ke mid register Suki kali ni paling teruk IMO sepanjang GV. Intro lagu Khayalan kedengaran agak promising dgn Suki cuba memasukkan elemen ala2 “scatting”, then descending notes runs yg agak menarik kalau sheols tak off & shaky. Cakap pasal pitching mmg very pitchy ye nyanyian Suki kali ni, banyak part adlib jugak sebenarnya, dgn takleh hold notes nya, tergelincir habis. Mcm cth phrasing “pergiiii” kat hujung2 1st chorus. Mesti Suki cuba belting closed vowel tu, tapi crack pastu sheols cover dgn improvise dgn sedikit run yg agak bagus gaklah, sebbaik heee.. Start kat phrasing “khayalaaaaann” dgn belting bertenaga kat permulaan last chorus (yg ada 2 modulation tu) sampai sebelum adlib runs “woho” dgn falsetto tu iols rasa dah bagus dah, namun di sini & hujung2 terus shaky balik. Falsetto ini pun sebenarnya dah draining too much air dr kawalan pernafasan Suki, kat sini dah hilang aturan pernafasan Suki, dah kedengaran terseksa dah, digabungkan plak dgn perahan tenaga Suki di intro “cintaaa” lagu Tanpa Kekasihku tu, terus hancur lebur kawalan pernafasan sheols. Iols dlm lbh krg 40 ke 45% jugaklah part di mana sheols kedengaran SANGAT shaky drp keseluruhan persembahan ni. Tempo juga sedikit terjejas bbrp kali. Articulation sudah tentu banyak part slurring jah..

    Walaubagaimanapun, belting “cintaaa” ini pd iols adalah the best thing dlm persembahan ni, bertenaga, stabil & penuh emosi. Sebenarnya keseluruhannya penjiwaan Suki awesome sgt kali ni. Walaupun kadangkala terbit rasa risau di hati mendengar & melihat kesengsaraan sheols, dah tentu kita boleh rasa sgt betapa heartbroken Suki melalui vokal sheols. Hebat sgt transformasi dr emosi gembira ke patah hati ni. Overall, very heartbreaking performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
23 6
10
2
5 5 51
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6



  1. SHIDEE – SEDETIK LEBIH / KERANA DIA (63%)

    Okay start kat last chorus modulation coda lagu Sedetik Lebih yg bermasalah di mana iols rasa Shidee lupa lirik (peliklah kat sini rasa mcm heols banyak missed lyrics). Pastu bersambung di awal2 lagu Kerana Dia di mana heols ada masalah tempo plak, sampai tengah verse awal kan. 1 lagi yg iols pelik, Shidee ni sebenarnya nafas heols panjang ok, breath management heols sgt bagus sebenarnya, terbaik. Jadi iols sgt tak faham kenapa setiap kali nak buat runs panjang2, heols suka potong2, walaupun taklah sampai peringkat pendek2, tapi ntah patutnya boleh pergi lagi sepatutnya. Iols rasa mula2 sekali heols ni jenis yg tak pandai nak plan, gaya vokal & persembahan, asyik teragak2 jah nak buat pape yg heols tak biasa. Boleh jadi juga kerana heols takut nak buat transition ke upper register, yg sepatutnya heols mix dgn sedikit head voice (spt yg heols tunjuk masa BundaHetty ajar tu). Jadi kalau ada org ajar macamtu sebelum persembahan, sudah tentu heols boleh buat lebih bagus sebenarnya. Heols ni mmg penyanyi lama yg terperangkap dlm teknik nyanyian sama jah sampai ke tua, heols nak tukar sikit pun nampak takut2. Heols nak nyanyi high notes yg di luar tessitura heols pun mcm takut sgt nak buang berat timbre chest voice tu utk pitch dgn lebih mudah. Memang tak off, tapi mcm seksa sikitlah. Takdek cikgu vokal kah heols ni? Masalah tempo tu sepatutnya kalau heols ada masalah mendengar melalui in-ear monitor, pecat je lah, pastu pergilah dekat dgn band atau wedges. Yg ni pun heols takut nak buat ni. Bergerak sikit pun takut kalau takdek choreography. Kalau masalah tempo heols ni bukan disebabkan pendengaran, sepatutnya pergerakan yg sedikit2 spt “swing” mengikut groove pun dah bagus. Biar rhythm lagu tu masuk ke setiap nadi tubuh & dalaminya, tubuh akan bergerak sendiri kadangkala, jadi groove tu mcm mengalir smooth jah spt penyanyi yg hebat penjiwaan, seolah2 kena rasuk (contohnya M.Nasir). Yg ni iols tengok heols takleh buat. Kalau lagu sedih slow ballad barulah heols boleh kuasai betul2. Penjiwaan heols dlm lagu pertama dah bagus, cuma hujung2 nak masuk lagu ke-2 terus hilang, pastu ntah kemana perginya. Hmmm.. Ok done bebel ahaks..

    Walaubagaimanapun, clarity dlm vokal heols tak pernah hilang. Cuma sedikiiit slurring part heols tak pasti lirik. Shidee ni antara penyanyi yg kita sentiasa boleh dengar seketul2 suku kata keluar dr mulut masa menyanyi, jelas & padu. Kawalan pernafasan mmg terbaik. Tonal quality sangat stabil. Part yg perlu heols lembutkan vokal, heols berhasil jah dinamiknya, cuma sikit sgt. Begitu juga dgn runs Qasidah kat hujung tu. Dah cantik sebenarnya, cuma mungkin perlu lebih lagi utk lebih impak. Perasan sgt mmg heols mcm dah tak sabar2 nak keluar, lega heols bila dah habis nyanyi tu, dgn depa tangannya ahahhah. Overall, persembahan vokal yg bagus & menghiburkan..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
27 13
4
8
3 2 57
Attitude, showmanship 2
Darjah kesukaran 4



  1. ANI MAIYUNI – SUMPAH / LET'S GET LOUD (63%)

    Lagu Sumpah. Owh lower range Ani mmg tak berapa bagus ek? Baru perasan ahaks. Setiap kali gi tinggi sikit, nak turun balik, shaky. Verse 1 banyak shaky terutama di hujung2, verse 2 bukan setakat shaky malah ada bbrp flat. Pastu byk flat lagi, kat last chorus. Note2 tinggi ada yg sampai muncul break yg tak diingini, salah 1 drpnya yg iols agak pasti sebenarnya note tu sheols nak belt tapi tak kesampaian, sbb dah broken. Tapi adlib runs yg sheols buat di hujung coda tu awesome. Cantik & powerful. Dinamik ok lah. Part2 lain selain drp yg dinyatakan ini pd iols dah agak stabil. Penjiwaan pun maintain hebat dr mula sampai habis.

    Lagu Let's Get Loud. Aiyyooohhh flat jugak ke lagu gini.. Tp mungkin sbb dah semput kan. Bunyi nafas lagi jelas, jitu & maintain powerful drp lontaran suku kata, ah camno tuh? Dr lagu Sumpah lagi camtu heee.. Tonal quality kat sini banyak goyang tak stabil. Note tinggi yg sebelum sheols belt note yg peak tu terutamanya. Pronunciation, articulation 1st verse jah bagus, pastu makin lama makin kureng, slurring, mcm mumbling pun ada. Dinamik langsung takdek. Iols sebenarnya agak kesian sbb iols rasa plan Ani nak menari in sync dgn ligatnya bersama penari2 tak menjadi kenyataan sbb sheols mcm lupa step lepas buang skirt. Tapi usaha sheols haruslah diberi kredit. Penghayatan mcm biasa sgt bagus, ditambah lg dgn attitude yg menarik. Showmanship keseluruhannya agak mantap kat sini, meriah sgt.. Overall, persembahan yg sgt bertenaga & menghiburkan..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
22 10
10
4
4 2 52
Attitude, showmanship 6
Darjah kesukaran 5




NOTA KAKI:
  • Berikut merupakan markah penuh:
Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6



  •  Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊



Comments

Popular posts from this blog

REVIEW KONSERT MINGGU 10 ALL STARS GEGAR VAGANZA 2023

REVIEW KONSERT MINGGU 9 ALL STARS GEGAR VAGANZA 2023

REVIEW KONSERT MINGGU 11 ALL STARS GEGAR VAGANZA 202E