REVIEW KONSERT 6 GEGAR VAGANZA 2025
REVIEW KONSERT MINGGU 6
GEGAR VAGANZA 2025
METAFORA
FRESHIES – PELITAKU (76%)
Tak banyak sgt masalah Freshies kali ni.. Solo Shima kat 1st note tu jah iols rasa off sikit sbb takleh support dgn pernafasan yg cukup & last note yg shaky tu jah.. Mungkinlah Ejie ada masa tenggelam timbul sikit...
Tapi selain drp tu awesome.. Harmonisation sejak minggu 3 kot rasanya dah start tight gile dgn panjang pendek phrasing & penjiwaan yg setara, inhale kat mana pun dah plan elok2, even vibrato pun identical.. Tp tambah lagi Freshies kali ni bagi lebih lagi. Mula dgn (intentional) unison kat 1st refrain, counterpoint harmony kat awal 2nd verse, pastu disudahkan dgn parallel harmony. 2nd refrain counterpoint harmony lagi, sambung lagi dgn parallel harmony, yg semuanya pd iols sgt cantik & efektif, hebat.. Solo masing2 pun bagus sebenarnya. Shima especially yg phrasing sgt bertenaga, setiap suku kata crystal clear (sampaikan ada sikit shaky pun jelas sgt di pendengaran), dgn riff cantiknya.. Ejie jugak sebenarnya stabil & bersih nyanyiannya. Lembut & penuh tenaga bila perlu.. Dinamik kedua2nya hebat, naik turun volume & intensity mengikut muzik.. Dr segi penguasaan pentas, agak bagus walaupun tak bergerak banyak mcm sebelum2 ni bila nyanyian Freshies terasa memenuhi ruang.. Chemistry kuat betul visually & vocally.. Overall, persembahan duet yg sgt2 bagus..
| Intonation, tempo |
Harmonisation, improvisation |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 27 | 17 |
6 |
10 |
7 | 3 | 70 |
| Attitude, showmanship | 2 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
MENDUA – SEINDAH BIASA (75%)
Tak banyak sgt masalah Mendua kali ni, kat coda jah yg Diana mula kedengaran shaky, Pungky plak off-key & shaky. Terjejas sbb overwhelmed by emotion lah kot ekk.. Papepun takziah Pungky & Diana.. Pastu kat verse awal solo Pungky pun sebenarnya ada sikit masalah off-tempo dlm setengah baris, itu jah..
Selain drp tu awesome.. Harmonisation Mendua sgt kemas, seimbang & saling melengkapi. Dinamiknya pun cantik betul.. Penjiwaan jah yg iols rasa Mendua tak setara, ada yg cuma gembira, ada yg tetiba menangis, tp masih boleh dikira tangisan gembira, cuma itulah kan.. Visual kali ni pun tersangat cantik, iols luv sgt gerbang & taman bunga2 tu, cantik & sepadan dgn Mendua punya attire.. Overall, persembahan harmoni yg sgt bagus..
| Intonation, tempo |
Harmonisation, improvisation |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 23 | 17 |
8 |
8 |
8 | 4 | 68 |
| Attitude, showmanship | 2 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
NUBHAN – ALADIN (72%)
OK instead of Nubhan gabung kedua2 jenis vocal onset ni jd seimbang, heols lebih selesa buat dua2 tapi setiap satunya di part yg berasingan. Jadi ada part heols guna breathy onset (nafas dulu,tone kemudian), ada part lebih kpd glottal/hard onset (tone dulu, nafas kemudian). Jadi di verse Nubhan kedengaran spt kekurangan tenaga, then di part2 lain terdengar letupan2 nafas konsonan “p” & “b” jelas di mic masa heols nak attack suku kata. (Yg peliknya attack heols tetap kedengaran spt kekurangan tenaga hmmm).. Hasilnya kawalan pernafasan yg kelam-kabut, sejak hujung verse awal lagi dah tercungap2.. Di bridge yg tetiba soft tu Nubhan kedengaran shaky.. Nubhan ada clashed jugak tempo dgn bassline kat hujung 1st pre-chorus..
Walaupun begitu, dr segi intonation Nubhan bersih & steady.. Penjiwaan lagu bagus sgt, tp kurang tenaga kekadang tu mcm tak sesuai sikitlah dgn sifat genre lagu.. Articulation di part2 selain bermasalah di atas, dah bagus, jelas & padu.. Adlib2 Nubhan sgt bagus, belting stabil & agak bertenaga.. Dinamik agak cantik dgn adanya bridge yg soft di tengah2 muzik yg keras, Nubhan turut jadi soft kat situ.. Showmanship dah bagus sgt sampailah kat hujung bila tetiba gerakan ending Nubhan tak sync dgn outro muzik.. Overall, persembahan yg menghiburkan..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 29 | 10 |
9 |
9 |
1 | 3 | 61 |
| Attitude, showmanship | 7 |
|||||
| Darjah kesukaran | 4 | |||||
KRISYA – HOW COULD AN ANGEL BREAK MY HEART (69%)
Pd iols, GV musim ni mcm ada bbrp misteri yg sgt pelik. Iols ingat dulu2, TokRam ni pantang kalau suara crack atau “angsa” mcm Krisya ni, itulah yg akan jadi sbb utama heols potong markah, tp kenapa skrg TokRam tak sebut langsung ekk?? hmmm.. Krisya jugak mcm ada usahalah kan mcm nak bg lembut skt verse awal, tp kedengaran shaky pulak, & ada yg off terus, spt yg berlaku pd low note awal phrasing di verse awal.. Iols tak dapat dengar dinamik dlm nyanyian Krisya ni, sama jah semua dr awal sampai akhir.. Adlib2 masih terasa lembap & sgt tak menarik bunyinya.. Dah 6 minggu iols perhati nyanyian Krisya ni tp masih tak berjaya dgn pasti atau yakinnya masalah sebenar sheols. Cuma yg pasti sbbnya definitely masalah kawalan pernafasan. Jadi iols nak betulkan balik komen iols yg kata Krisya ni skrg guna suara "dr perut/diaphragm". Sebaliknya IMHO Krisya sbnrnya asyik (dgn kelam-kabutnya) bersilih-ganti muscle mana yg sheols nak support pernafasan. Kekadang yes, kat perut, tp sentiasa, most of the time nampaknya lebih kat dada. Nampak posture bahu sheols yg tak relax langsung masa nyanyi.. Sheols struggle utk stabilkan tekstur tebal vokal yg dapat dr diaphragm ni, tp pernafasan tak nak ikut, jd sheols compensate dgn paksa sebanyak mungkin tenaga keluar bagaimana cara sekalipun. Sbb tu lah sheols kedengaran & kelihatan struggle sokmo.. Bersama dgn adjustment tak efisien kat vocal tract utk force tone resonate di space yg tak natural utk sheols pun menyebabkan banyak unintentional break/crack dlm phrasing Krisya.. Inilah kesimpulan yg iols boleh buat setakat ni utk problem Krisya ni..
Namun, iols boleh rasa feel tu sampai walaupun yg sebenarnya kadangkala Krisya mcm terlebih emosi.. Articulation most of the time dah jelas, cuma pronunciation yg iols dengar mcm pelik sikit kadangkala.. Walaupun tak bergerak sgt, penjiwaan Krisya terasa menguasai pentas & memenuhi segenap ruang dewan ahgitchew.. Overall, very emotive performance...
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 28 | 11 |
10 |
7 |
0 | 1 | 57 |
| Attitude, showmanship | 7 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
SHAE – MELOMPAT LEBIH TINGGI (66%)
Waaahh happening gile persembahan ni, Hard Rock yg mmg hard sungguh nampaknya.. Dr segi nyanyian, intonation Shae ada bbrp kali terjejas jadi off bila sheols sibuk sgt dgn embellishment yg banyak, flat kat tengah verse awal & hujung phrasing di awal 1st chorus. Too sharp di tengah last chorus.. Kawalan vokal pun terjejas keseluruhannya.. Dinamik tekdek walaupun dah ada bridge yg soft kat tengah2 sbb phrasing Shae yg maintain kasar dr mula sampai habis..
Walaubagaimanapun, penjiwaan Shae hebat, spt dirasuk roh lagu gitchew.. Articulation sheols sgt jelas & terang, kadang2 kedengaran spt bertutur jah sebenarnya.. Embellishment memberi attitude “grit” yg diperlukan utk lagu Hard Rock ini.. Showmanship thorrbaekk walaupun berdiri setempat.. Overall, persembahan yg bertenaga..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 26 | 11 |
10 |
8 |
0 | 1 | 56 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 2 | |||||
RURI REPVBLIK – DI SANA MENANTI DI SINI MENUNGGU (63%)
Selama ni iols rasa vibrato Ruri ni selain menarik, mcm tak pernah plak dengar memberi masalah sgt kpd Ruri dlm nyanyian. Tapi kali ni iols dapat dengar adalah hujung phrasing sbb vibrato ni jadi flat, di permulaan pre-chorus.. Off-tempo jugak ada di tengah chorus & hujung2 coda.. Iols tak dapat rasa dinamik dlm persembahan ni.. Penjiwaan Ruri tu iols takleh feel sgt, mcm kekadang ok, sampai part tinggi tetiba nampak sakit sgt, ahgitchew.
Selain drp tu bagus dah.. Articulation tetap Ruri juara, jelas, padu, terang-benderang dr note plg rendah hingga ke yg paling tinggi.. Showmanship ok, boleh nampak interaksi dgn dua penari2 tu. Overall, masih persembahan yg bagus..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 25 | 13 |
8 |
10 |
0 | 1 | 57 |
| Attitude, showmanship | 4 |
|||||
| Darjah kesukaran | 2 | |||||
MARK ADAM – PUTRI IKLAN (63%)
Dalam persembahan ni, nyanyian Mark ada bbrp kali off-pitch, flat di hujung phrasing, di tengah 1st refrain kerana tak dapat support note2 dgn nafas yg cukup, mungkin jugak krn note2 terlalu rendah utk heols. Lagi di hujung phrasing jugak di last chorus. Kat chorus ni jugak adanya masalah off-tempo dlm 1 baris..
Selain drp tu iols rasa bagus dah.. Mark ada buat adlib2 yg menarik, dinamik pun agak bagus kerana ini.. Penjiwaan most of the time bagus sgt walaupun ada masanya heols nampak mcm berkira2 atau lost sekejap.. Showmanship mantop, tarian sharp.. Overall, persembahan yg menghiburkan..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 22 | 12 |
8 |
7 |
1 | 2 | 52 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 3 | |||||
ISKANDAR ISMAIL – AJARI AKU (62%)
Owh TokNaz tegur ni baru iols perasan kenapa Iskandar ni bila menyanyi mcm upper range yg dominant, tp heols mcm takleh nak hit jauh lebih tinggi dr yg sepatutnya (setakat dengar dlm GV heols belting sampai G5 dlm Kelentang Kelentong). Jawapannya heols jenis nyanyi mesti nak guna bahagian mask (bahagian yg kita pakai mask dalam party masquarade tu), & semata2 kat situ jah. Maksudnya heols mcm “place”kan suara kat part mask tu & aim forward, tanpa buka soft palate, sbb tu suara heols takleh gi lebih tinggi. Iols pernah dlm review GV jugak cakap pasal ni, pasal Noraniza Idris cthnya, sepatutnya kalau kita biasa buka soft palate ni, kita akan boleh nyanyi lebih tinggi.. Perasan tak dua2 Eis & KakAni ni kadangkala kedengaran terlampau nasal, terutama konsonan “ny”, “ng” start kat upper middle range? Sbb ni lah.. Kalau takpun imagine jah kita nak shoot ke atas, bukan ke depan, buat mcmni sokmo, lama2 suara kita akan ikut jah. Cuba perhatikan penyanyi2 genre Metal yg hebat2 spt Fuki (Doll$boxx, Unlucky Morpheus) posture sheols belting mmg nak buka soft palate tu seatas mungkin, sheols angkat dagu, badan bend ke belakang mcm nak baring dah. Tp hasilnya sheols boleh jah nyanyi tak waver lgsg sampai 2jam lebih utk 1 konsert. Lagu Metal terkenal dgn range yg tinggi & besar. Sbb tu ramai penyanyi Metal yg terkenal dgn belting high notes posture deyols menarik & pelbagai. Kalau ikut kata cikgu vokal takleh lgsg nyanyi angkat dagu tinggi ke belakang takut tense kat leher. Tapi manusia kan pelbagai. Yg baik utk seorg penyanyi tu mgkin utk penyanyi lain tak selesa plak. Ikut masing2lah ekk apa yg dirasakan selesa, selagi tak memudaratkan.. Pengguna suara “placed” kat mask jugak biasanya ada habit breathing support kat situ jugak, tak support dgn mana2 muscle lain yg lebih efficient mcm diapghragm. Dengar mcm bagus je kan penyanyi yg dikatakan “silent breather” tp hakikatnya kadang2 efek buruk kat lain plak.. Panjang plak bebel pasal ni, sorry. Anyway.. Dlm persembahan ni Iskandar ada bbrp kali off, kat tengah2 verse awal & hujung2 2nd chorus, awal phrasing.. Kawalan pernafasan spt yg iols baru taip td, habit Iskandar suka support pernafasan dgn bahagian atas2 badan instead of diaphragm, membuatkan heols dah tercungap2 setiap kali lepas nyanyi part2 belting tinggi atau note2 besor. Perasan kat part yg betul2 sebelum last/2nd chorus tu kan dah terpotong2 perkataan.. Articulation kureng skt, Iskandar ada mcm mumble jah di verse awal tu..
Selain drp tu iols rasa bagus sgt dah.. Dinamik terasa jugak bila heols ubah volume & intensity di last chorus, jd graf performance ni cantik sbb permulaan kat verse awal tu rasa mcm quiet gitu, makin naik intensity then last jd quiet balik.. Penjiwaan hebat, terasa sampai dlm hati pendengar gitchew.. Overall, persembahan yg bagus..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 26 | 11 |
10 |
7 |
2 | 1 | 57 |
| Attitude, showmanship | 3 |
|||||
| Darjah kesukaran | 2 | |||||
MELL SAKURA – LAGU RINDU (62%)
Spt yg iols dah taip minggu lepas, Mell ni mmg bagus sgt, ada usaha utk menyanyikan setiap lagu tu kedengaran spt genre nya, ada skt dgn menyanyikannya mengikut melodi vokal asal jah, even intentional break yg TokTi buat di bbrp part pun Mell tiru. Tapi adakah Mell berjaya mengalunkan lenggok2 irama Pop Arabic? Inilah masalahnya, lenggok tak menjadi. Malah phrasing Mell agak terlampau keras utk lenggok ini, apatah lagi Mell pulak kedengaran spt sokmo mengelak utk mengalunkannya, takdek riff kat hujung phrasing even yg kat intro tu pun mcm melepaskan kentut di tangga jah.. Kawalan pernafasan Mell yg biasanya kureng menyebabkan Mell memilih utk menyanyikan lagu ini lebih kpd staccato (dgn nafas pendek2) berbanding legato. Tak brp bagus pd iols. Itupun ada bbrp kali di verse awal, Mell off sgt kerana tak dapat support note2 rendah dgn pernafasan yg cukup spt sebelum2 ni..
Walaubagaimanapun, segala usaha Mell haruslah diberi kredit.. Most of the time phrasing Mell sentiasa penuh tenaga, tak waver langsung kat hujung mana2 pun.. Entrance Mell yg menyanyi dgn menaiki tandu membuatkan kita rasa mcm tgh tengok AJL plak, hehe.. Showmanship bagus, cuma tarian pun Mell buat sikit jah. Tapi masih menarik.. Overall, persembahan yg menghiburkan..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 26 | 10 |
5 |
7 |
0 | 1 | 49 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
RAHMAT EKAMATRA – UNTUKMU SAYANG (61%)
Biasanya iols rasa Rahmat antara yg sokmo bg penjiwaan padu tp kali ni mcm gesture, memek muka most of the time mcm tak kena, cthnya mcm senyuman tu lebih kpd malu2 drp angau bercinta, acamtoh.. Nyanyian Rahmat ada bbrp kali off-pitch, 1st note yg too sharp, jugak flat bila takleh hold note di hujung2 verse awal..
Iols boleh dengar kali ni Rahmat cuba ubah intensity atau volume suara dr verse ke chorus, boleh rasa sedikit dinamik, ada peningkatan, jadi harus diberi kredit utk ini.. Articulation sgt padu, jelas & jitu sampaikan senang dengar bila off berlaku.. Kawalan vokal pun bagus.. Overall, persembahan yg baik.
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 26 | 12 |
9 |
10 |
1 | 0 | 58 |
| Attitude, showmanship | 1 |
|||||
| Darjah kesukaran | 2 | |||||
KORIE – BELUM SIAP KEHILANGAN (57%)
Haish mcm banyak plak masalah waver kat hujung2 phrasing ekk Korie ni. Ada bbrp yg sampai off terus sbb Korie tak dapat support note2 hujung tu dgn pernafasan yg cukup.. Shaky jugak kadangkala.. Articulation heols jugak terjejas kerana ini..
Walaupun begitu, segala effort Korie dgn falsetto tu lagi yg taklah sempurna, tp masih ok pd iols, cuma kurang tenaga sikitlah, sikit jah kat situ.. Dinamik ada skt terasa sbb adalah jugak rasa beza antara verse2 awal dgn chorus, pastu naik skt lg tenaga & intensity kat last chorus.. Ada gerakan sikit2 yg iols rasa agak efektif.. Overall, persembahan yg baik..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 22 | 10 |
10 |
7 |
2 | 1 | 52 |
| Attitude, showmanship | 3 |
|||||
| Darjah kesukaran | 2 | |||||
- Berikut merupakan markah penuh:
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 30 | 17 |
10 |
10 |
10 | 10 | 87 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
| Intonation, tempo |
Harmonisation, improvisation |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 30 | 17 |
10 |
10 |
10 | 10 | 87 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
- Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊

Comments
Post a Comment