REVIEW KONSERT MINGGU 3 BIG STAGE 2020

REVIEW MINGGU 3 BIG STAGE 2020

DUOMINASI


Kredit foto: Astro gempak



  1. Usop x Ara Johari - Senja Nan Merah (89%)

    Almost flawless,saya cuma ada masalah dengan attitude Usop yg kadang2 tak selari dgn mood lagu & attack (phrasing) yg bg saya terlampau awal dalam solo Usop di 1st verse.Itu je.

    Selain daripada itu,Usop takde masalah sangat.Pitching takde masalah.Articulation & kawalan pernafasan bagus.Dinamik ok.Harmonisation bagus.Duet ini menjadi bg saya kerana Usop & Ara setara dari segi vocal ability,volume & penghayatan.Semua ni bagus kerana jelas penyatuannya.Keseluruhannya persembahan duet yg hebat.Saling memberi & menerima.. (Yang sebenarnya saya agak impressed dgn Ara dalam peresembahan ini sbb setelah sekian lama saya dengar nyanyian Ara,ini adalah nyanyian yg terbaik dr Ara imo.Paling clean & stabil dlm pelbagai aspek vokal setakat ini.Keep it up!)

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
30 6
8
8
8 9
69
Chemistry, showmanship 8
Darjah kesukaran 8
  1. Farisha Iris x Fieya Julia – Cinta (85%)

    hmmm macam terlampau unison plak harmonisation di last chorus tu.Lain2 takde komplen sangat pada saya,cuma saya agak terganggu dgn pandangan tajam Farisha pada kamera,macam tengah nyanyi lagu yg dark,macam dark emo gituh haha..

    Selain daripada tu,hebat.Farisha takde masalah pitching.Nyanyian dr 1st note sampai last sangat clean & padu.Well done!Dinamik hebat.Ada modulation yg bagus juga.Kawalan pernafasan & articulation bagus.Penghayatan bagus.Duet ini pada saya setara dari segi vocal volume,tenaga & penghayatan,bila harmonisation vokal mereka blend dgn baik.Fieya membantu dari segi ini.Kalau ada sedikit kesilapan pun,langsung tak menjejaskan Farisha yg bertanding.Overall,persembahan emotional yg bagus!

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
30 6
6
10
7
8
67
Chemistry, showmanship 10
Darjah kesukaran 8
  1. Azzam Shah x Khai Bahar – Canggung (85%)
    Maaf tapi pada saya masalah sebenar duet ini ialah mereka tak mengagih dgn tepat peranan (kawalan volume) & portion masing2.Walau apa pun pengagihan dlm vocal arrangement,sepatutnya dibuat supaya peserta yg bertanding lebih menyerlah drp rakan duet undangan.Ye Ajai betul bila bercakap pasal suara Khai lebih tebal drp Azzam.Kenapa?Sebab Khai sentiasa guna chest voice walaupun untuk menyanyi upper register,sedangkan Azzam akan transition ke head voice dalam range yg sama.Di sinilah Azzam selalu dapat lekuk2 cantik dlm lenggoknya kerana lebih ringan volume maka lebih senang bending/bermain2 dgn vokal,tapi kekurangannya dia kehilangan weight di banyak tempat.Tapi yg sebenarnya saya lebih kepada rasa macam Khai sepatutnya perlu kurangkan volume di upper register supaya Azzam tidak kedengaran spt backing vocal.Harmonisation tak banyak & yg di tengah lagu sangat unison bunyinya.

    Tapi,Azzam takde masalah pitching.Lenggok Azzam juga lebih halus (refined) drp versi asal.Azzam berjaya buat lagu ini kedengaran lebih “irama Malaysia” drp versi asal (pada saya lagu ini versi asal sangat kekurangan zat tradisionalnya).Kawalan pernafasan & dinamik juga bagus.Last harmonisation yg 2,3 notes tu sangat bagus,cantik harmoninya.Terbaik pada saya di hujung2 tu juga Azzam ada buat descending run yg hebat.Juga ada counter melodies yg bagus antara kedua2nya.Penghayatan hebat,chemistry hebat,showmanship bagus.

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
30
6
6
10
7 8
67
Chemistry, showmanship 10
Darjah kesukaran 8
  1. Qody Rany x Amir Masdi - Salam Untuk Kekasih (67%)

    Yep pitchy.Starting sangat off,sumbang.Dua2 pitchy.Harmonisation duet ini di part2 selepas 2nd verse agak lemah.Unison.Kurang faham 2nd chorus,harmonisation macam sikit berterabur di sini (kenapa Amir yg nyanyi main melody kat sini?Pelik.Sape yg bertanding?).Call & rensponse agak kucar kacir di last chorus tu,worse bila banyak terjerit2 especially Amir yg sangat strained setiap kali nyanyi note2 tinggi tertentu.Cringeworthy.Jeritan di coda tu boleh diperbaiki lagi arrangement nya?hmm..

    Nyanyian upper register Qody yg sebenarnya bagus dari segi teknikal,takde strain,powerful,stabil.Qody cuma kurang dari segi accuracy,terutama di lower register,kadangkala di upper pun boleh terjejas.Cara nak atasi masalah ni,latih telinga dengar key & pitch dgn betul,buat banyak2 sampai rasa nak mati sbb bosan sgt buat benda yg sama.Ibarat kata Naruto pasal teknik yg paling dia mahir ialah teknik yg paling dia benci sbb bosan sangat dibuat berulang2 (haha ye tetiba).Harmonisation duet ni di 2nd verse sangat bagus,iaitu bila Qody harmonise utk Amir.Awesome.Lain2 spt kawalan pernafasan & articulation Qody pada saya bagus.Sebutan la macam kureng sikit sbb banyak menjerit.Amir membantu juga dari segi mengawal tenaga persembahan ni.Masih very powerful rock performance!

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
16
5
9
9
7 7
53
Chemistry, showmanship 7
Darjah kesukaran 7
  1. Fadh Majid x Kucaimars - Kekasih Bayangan (80%)
    Maaf kalau terkasar tapi pada saya Kucaimars bukanlah seorang rakan duet yg bagus.Setiap kali nak memberi dia seolah2 tarik balik.Kebanyakkan masanya cuma dragging down the whole performance dgn vokal yg shaky & projection takde tenaga.Kesian Fadh dapat rakan duet yg tak membantu langsung.Ada sekali sekala kedengaran vokal mereka macam blended tapi mostly harmoni lebih kepada unison bukan harmoni.Chemistry macam tak wujud langsung.Vocal ability,volume & energy tak setara.Lain kali kalau nak buat persembahan seolah2 dua orang berada di tempat yg berlainan,buatlah sesuatu supaya kedua2 tempat ni NAMPAK macam berada di tempat yg berlainan.(Terus teringat persembahan Shahir duet dgn Awi Rafael lagu “Hello” dalam AF Megastar 2017 yg lalu,diadakan dlm dewan yg sama dgn BS ini,yg juga cuba menggambarkan perbezaan tempat & situasi antara kedua2 penyanyi dgn sangat bagus & kreatif.AFM memang lah pada saya macam on another level overall lol sorry).Mata Fadh yg soulless memandang tepat kpd juri/audience masih ada rupanya minggu ini adoiii ahahaha.

    Walaubagaimanapun,dalam solo Fadh awesome.Takde masalah pitching.Articulation,kawalan pernafasan,dinamik,phrasing hebat.Riffs & runs Fadh kali ini lebih natural,bertepatan juga dgn melodi & key lagu.Penjiwaan dalam vokal Fadh bagus walaupun tak terpancar dalam persembahan/visual gitu.

30 6
8
8
9
10
71
Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
Chemistry, showmanship 2
Darjah kesukaran 7
  1. Hafiz Zainal x Muna Shahirah - Dilema 03 (73%)

    Hafiz agak pitchy(mostly sharp) dalam kedua2 solo & harmonisation part.Harmonisation kadangkala berbunyi macam harmoni,kebanyakannya unison.

    Falsetto walaupun kebanyakkanya sumbang,tapi smooth & clear.Projection bagus,pernafasan bagus,dinamik bagus.Penjiwaan bagus.Chemistry dengan rakan duet okay.Showmanship okay. Muna sebagai rakan duet walaupun ada masalah tempo di permulaan tetapi bolehlah dikatakan membantu.

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
20 6
8
9
8
8
59
Chemistry, showmanship 7
Darjah kesukaran 7
  1. Yamani Abdillah x Syafiq Farhain - Isabella 98 (86%)

    Argh maaf rengsa sungguh dengar suara Syafiq ni,sengau sangatlah.Jelas sangat nyanyi sentiasa melalui hidung.Placement salah bro.Juga bbrp flat ye Syafiq ni.Maaf sekali lagi asyik komplen pasal rakan duet.Tapi saya takde apa sangat nak komplen pasal Yamani.Ada sekali je 1st part yg mereka buat harmoni tu kedengaran macam unison.

    Nyanyian Yamani secara keseluruhannya sangat bagus dalam persembahan ni.Intonation,kawalan pernafasan,articulation,phrasing sangat on point.Banyak resonance juga.Dinamik & penghayatan bagus.Vokal lembut & powerful di tempat yg sepatutnya.Harmonisation sebenarnya dah bagus on Yamani's part,especially masa dia harmonise untuk Syafiq di part harmoni yg 2nd tu.Juga ada sikit call & response yg baik,last harmonisation pun sangat bagus kedua2nya.Syafiq sangat membantu dalam harmonisation..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
30
8
10
8
9
9
74
Chemistry, showmanship 7
Darjah kesukaran 5
  1. Nana Sheme x Adzrin – Setia (77%)

    Selain note2 terawal,saya tak jumpa masalah pitching di tempat lain.Vokal Nana kadangkala tenggelam sikit,sikiiit je di refrain di mana call & response berlaku,ini lebih kepada masalah projection & juga phrasing Nana yg waver di hujung2.Malang sekali part ni sangat cantik,lebih cantik dari versi asal.(Banyak juga part yg imo duet ini lebih bagus drp versi asal).Satu lagi saya rasa banyak pergerakan Nana yg tak sesuai dgn mood lagu ini.Juga ada sedikit part articulation Nana kurang bagus.

    Selain drp tu bagus.Dari segi harmonisation,duet ini yg terbaik imo.Mungkinlah ada sekali saya rasa Adzrin mungkin agak too loud sikit di part yg Nana ada masalah projection yg tsbt di atas (@ mungkin juga kerana mic setting?Mic Adzrin sepatutnya low kan lg volume).Tapi secara keseluruhannya Adzrin sangat membantu Nana dlm duet ini.Walaupun volume mereka tak sama tapi kedengaran bersatu,harmonious,cantik.Dinamik bagus.kawalan pernafasan ok.Falsetto Nana kali ni bagus.Belting Nana bertenaga,walaupun ada 1 part Nana waver di hujung2 (teknik micing Nana sebenarnya).Kalau tak kerana pergerakan2 yg tak perlu tu saya rasa penghayatan Nana dah hebat.Chemistry bagus walaupun mereka berdiri berjauhan antara satu sama lain,ada kemesraan terpancar dari pandangan mereka towards each other sekali sekala..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
24 10
6
7
6
7
60
Chemistry, showmanship 9
Darjah kesukaran 8
  1. Dinie Rashid x Wani Kayrie - Takdir Tercipta (59%)

    Agak mengelirukan,siapakah yang bertanding?Dinie atau Wani?Seolah2 part Wani lebih banyak drp Dinie,adlib pun banyak Wani yg buat.Wani terlalu banyak memberi,Dinie kurang pula.Dalam harmonisation,ada beberapa part vokal Dinie langsung tenggelam dalam vokal Wani.Masalah Dinie dari aspek articulation,phrasing & kawalan volume dalam vokalnya masih lemah.

    Dalam aspek harmonisation,walaupun pada saya duet ini agak kekurangan chemistry,tapi vokal mereka masih blend dengan baik.Penghayatan bagus.

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
30
6
2
8
2
2
50
Chemistry, showmanship 4
Darjah kesukaran 5
  1. Amir Hasan x Sarah Suhairi - Bicara Rasa (49%)

    Dua2 pitchy teruk ayyooo.Amir especially banyak betul flat.Lebih memburukkan lagi part peak note belting pun bagi Sarah yg nyanyi,siapakah yg bertanding?Paling ketara dari mula sampai akhir rasa macam mendatar betul duet ini.Dah tukar arrangement tambah rap pun macam takde dinamik.Takde tenaga macam dah tak makan seminggu gitu.Vokal Amir masih tiada dinamik & phrasing lemah..

Walaubagaimanapun rapping Amir agak bertenaga (lebih bertenaga drp part2 lain tapi masih tak cukup),cuma macam out of place?Dari segi paduan duet ni macam agak selari,dua2 sama dari segi tenaga,bila kurang dua2 kurang,bila lebih,dua2 lebih.Vocal ability pun macam dua2 kureng,takde sape overshadow sape2.Dari satu segi,ia boleh dikatakan satu duet yg ada penyatuan yg baik,walaupun in a bad way.Harmonisation mereka bagaimanapun pada saya menjadi,langsung takde kedengaran unison,jadi bagus aspek ni.Keseluruhannya penghayatan & chemistry duet ni masih bagus.

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
10 7
4
8
8
0 37
Chemistry, showmanship 7
Darjah kesukaran 5
  1. Sandra Dianne x Sufi Rashid - Aku, Kau & Muzik (57%)

    Nyanyian Sandra di verse sumbang.Intro tu pula macam langsung tak perlu.Nyanyian agak monotonous,adalah lebih baik jika Sandra lembutkan sedikit vokalnya di verse,selain memberi sedikit dinamik,juga boleh memberi depth & feel spt bercerita kepada penonton.Penghayatan pasangan duet ini pun macam kurang tepat pada saya.Dalam harmonisation,vokal Sandra & Sufi langsung tak “blend” walaupun mereka tak lari dari chord structure & rasanya feel mereka juga selari.Entah kenapa sikit sangat part harmoni dalam persembahan ini sedangkan temanya duet yang sudah tentu markah lebih dalam vocal harmony.Intro solo Sandra tu sepatutnya diganti dgn part yg lebihkan harmonisation antara kedua2 penyanyi.

    Walaubagaimanapun,apa yg saya boleh puji Sandra ialah articulation.Dari aspek ini,Sandra antara yg terbaik & sangat konsisten.Kawalan pernafasan juga bagus.Belting di bridge tu sangat bertenaga dgn tone yg stabil & memberi impak.

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
16 2
7
2
10
5 42
Chemistry, showmanship 9
Darjah kesukaran 6

Comments

Popular posts from this blog

REVIEW KONSERT MINGGU 11 ALL STARS GEGAR VAGANZA 202E

REVIEW KONSERT MINGGU 5 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

REVIEW KONSERT MINGGU 10 ALL STARS GEGAR VAGANZA 2023