REVIEW KONSERT MINGGU 6 GEGAR VAGANZA 2020


REVIEW KONSERT MINGGU 6 GEGAR VAGANZA 2020

DOUBLE SPECIAL


Kredit foto : Astro Gempak


  1. NORANIZA IDRIS & AMELINA – BOLEHLAH BOLEH (87%)

    Satu2nya masalah iols dgn persembahan ini ialah articulation & sebutan suku kata KakAni yg agak terjejas betul2 di antara phrases yg sheols curi nafas, jadi tak bulat, tak jelas. Selain drpd banyak pergerakan tarian & kelajuan tempo, ia juga boleh disebabkan oleh penggunaan falsetto yg demand lebih kuat pernafasan kerana sifatnya yg memang breathy.

    Selain daripada tu awesome. KakAni memang ratu etnik kreatif. Nyanyian KakAni dlm persembahan ini dipenuhi dgn elemen hindustani dangdut fusion. Cukup rempah. Lenggok, cengkuk hindustani & dangdut secukup rasa. Intro tu especially the best part. Beautiful. OMG finally dapat dengar KakAni nyanyi dgn upper register. Falsetto sheols sebenarnya bagus. Very clear, smooth, melodious. Nyanyian yg penuh dinamik. Penuh attitude. Harmonisation awesome. KakLong ratu dangdut dgn nyanyian yg flawless sangat membantu. Kedua2nya pegang peranan masing2 dgn bagus, saling melengkapi. Showmanship thorrbaekkk!! Overall, impressive cultural entertaining performance!!

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
30 12
5
10
5 8 70
Chemistry, showmanship 10
Darjah kesukaran 7



  1. CLIFF UMAR & MIMI FLY – SMOOTH (84%)

    Adoi, pehal lighting failed masa guitar solo Rizz tu aiyoohh!! hmmm persembahan.. Harmonisation antara Cliff & Mimi agak kelam kabut di last chorus. Kadangkala Mimi overshadow Cliff dari segi nyanyian (too much runs) & visual.

    Nasib baik nyanyian Cliff tidak terlampau keras walaupun banyak harshness dlm vokal, dah lagu rock kan. Lembut & powerful bila perlu. Juga nyanyian penuh attitude & ada dinamiknya. Kawalan pernafasan macam biasa, bolehlah, sbb walaupun menyebabkan runs terpotong2 tak smooth, tapi tak menjejaskan suku kata. Articulation, sebutan bagus kali ni. Showmanship awesome. Overall, very powerful entertaining performance!!

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
30 7
6
10
8 6 67
Chemistry, showmanship 10
Darjah kesukaran 7



  1. AJU SUCCESS & ALI XPDC - GERING (83%)

    Aju ada 1 flat di pre-chorus. Juga sedikit shaky di permulaan verse coda solo heols. Cracked sikit ek masa nak belt closed vowel, sikiiiit jah. Articulation sedikit terjejas ketika nyanyian high notes di chorus2.

    Namun, ini adalah contoh bila pasangan duet betul2 setara dari segenap aspek. Feel, teknik, melodi, volume. Yg penting harmony duet ni memang dlm teksture homophony. Very well-blended, even masa belting, sama2 keluar harsh vocal. Grit ni yg menjadi dinamik dlm nyanyian Aju. Lembut & powerful di tempat yg perlu. Lagu ni lagu frust kan? Last verse kat coda tu macam 1 closure plak. Rasanya dari segi penghayatan, dah bagus. Kawalan pernafasan sedikit kureng di part yg shaky tadi, selepas memerah tenaga menyanyi phrases high notes yg panjang, part lain okay. Overall very powerful rock vocal performance!!

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
27 12
7 8
6 8 68
Chemistry, showmanship 8
Darjah kesukaran 7



  1. OJA & BLACK – SEMBILU (74%)

    Rasa macam Black plak yg bertanding, sbb heols banyak sangat nyanyi main vocal, lebih banyak drp Oja kan. Oja agak tenggelam imo. Guitar solo agak kurang impak, mungkin sbb terlampau pendek. Pitchy solo & harmoni. Dinamik kureng sbb sama dari mula sampai habis, ada sikitlah terutama ada sedikit grittiness dlm vokal Oja.

    Setuju versi ni memang maskulin berbanding yg asal. Articulation, sebutan masih ada masalah minggu2 lepas, cuma kurang sikiiit jah. Kawalan pernafasan dah ada improvement, cuma riff terpotong2. Penghayatan oklah. Ntah, iols tak dapat feel tu betul2 dari nyanyian Oja kali ni, macam ada masa lost gitu. Guitar work Oja pun macam cuma nak tunjuk skill, hebat, tapi macam tak berjiwa. Tapi memang ada part2 yg bertenaga, especially belting high notes. Yg paling best harmonisation lah antara Oja & Black ni. Dari semua segi, iols rasa harmonisation deyols memang serasi. Saling memberi & menerima. Overall, persembahan slow rock yg bagus..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
24 12
7 7
6 4 60
Chemistry, showmanship 7
Darjah kesukaran 7



  1. ASHIRA & MARK ADAM – DENGARKANLAH (73%)

    Nyanyian Ashira dalam persembahan ni di 1st verse bermula dgn shaky. Ada beberapa flat keseluruhannya, terutama di bridge & part penukaran dr falsetto yg asal ke full voice. Sebutan macam ada sedikit kembali ke habit lama. Kawalan pernafasan kureng sbb ada perkataan terpotong2, juga menyebabkan beberapa transition dr falsetto ke chest semula yg tak smooth.

    Harmonisation hebat. Walaupun nyanyian heols taklah flawless, tapi Mark sangat membantu dalam harmonising untuk Ashira. Setara dalam semua aspek. Teknik, feel, melodi. Kedua2 duet ini saling lengkap melengkapi. Dinamik & penghayatan bagus. Cuma kadangkala ada moment2 Ashira kedengaran terseksa nyanyi high notes, jadi sedikit terjejaslah, sikit jah. Overall, beautiful vocal performance..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
22 12
4
8
6 8 60
Chemistry, showmanship 8
Darjah kesukaran 5



  1. MUSS & SITI SARAH – BERCANDA DI PASIRAN PANTAI (68%)

    Pehal macam banyak off-tempo ye Muss ni? Pada iols walau dalam apa cara kita nyanyi dgn partner duet, kita kena pastikan dua2 selari dr segi feel, melodi, musicianship. Iols agak pelik sbb rasa macam Muss & Siti Sarah ni macam tak serasi dari segi melodi & teknik nyanyian. Siti Sarah terlampau banyak runs, Muss keras kejung. Atau kalau dlm bahasa senangnya sorang terlampau memberi & memberi jah. Sorang lagi hanya menerima. Ini imo bukan duet yg baik. Dinamik Muss kureng..

    Tapi yg peliknya iols rasa overall duet ni nampak serasi walaupun tak kedengaran dlm paduan suara dorang. Harmonisation pun okay juga sebenarnya, cuma kadangkala terlebih unison berbanding homophony. Kawalan pernafasan Muss bagus. Articulation agak bagus, sebutan jah yg bergulung2. Penghayatan nice. Overall persembahan yg menghiburkan..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
22 8
9
7
6 2 54
Chemistry, showmanship 9
Darjah kesukaran 5



  1. LINDA NANUWILL & KHAI BAHAR – BERTAKHTA DI HATI (68%)

    Pitchy sebelum last chorus. Off-tempo di permulaan 2nd verse solo. Interpretation Linda & Khai agak tak kena dgn penceritaan dalam lagu ni. Sepatutnya pasal pasangan yg putus cinta & mengharap untuk kasih bertaut semula kan? Hmmm iols tak dapat feel ni dari persembahan ni. Vokal antara kedua2nya spt tak boleh blend langsung kerana timbre & volume agak berlawanan. Melodi masing2 pun tak serasi. Last chorus terus kedengaran spt battle.

    Walaubagaimanapun, kawalan pernafasan Linda bagus, Panjang betul sheols sustain last belted note tu, hebat. Articulation bagus, padu dari mula sampai habis. Dinamik datang dari keluasan range vokal, bagus. Overall, masih persembahan vokal yg baik..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
20 7
9
5
8 8 57
Chemistry, showmanship 4
Darjah kesukaran 7



  1. AYU DAMIT & HAZAMA – DUA INSAN BERCINTA (67%)

    Ayu nyanyi banyak sharp dalam persembahan ni. Hazama ada moment2 sharp jugak, tapi Ayu banyak sungguh. Interpretation Ayu juga pada iols agak bermasalah kali ni. Lirik macam 2 orang dah jatuh cinta, berharapan & berjanji antara satu sama lain utk commit kepada hubungan tersebut, tetapi kenapa Ayu & Hazama nyanyi macam nak bergaduh? Harmonisation macam lebih ke arah nak battle. Pastu banyak sangat menjerit. Kalau tak kerana vibrato cantik & embellishment rock Ayu, dinamik langsung tiada.

    Selain daripada itu iols rasa macam nice jugak. Kawalan pernafasan & vokal bagus. Steady & stabil. Harmonisation ada part yg agak bagus jugak. Ayu's grittines harus diberi kredit, usaha yg bagus. Iols paling suka Ayu punya articulation kali ini. Clear & powerful. Overall, very powerful rock performance..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
22 8
9
5
10 4 58
Chemistry, showmanship 4
Darjah kesukaran 5



  1. YANTZEN & MARSHA – DI SEBALIK RAHSIA CINTA (65%)

    OMG kiut & klako Yantzen seronok main game.. hmmm persembahan dua2 pitchy. Marsha banyak phrasing yg off. Yantzen banyak note tak hold betul2, off. Ada sedikit off-tempo di hujung 1st solo verse Yantzen. Articulation, sebutan pun macam kureng, sekali lagi nak cakap geram hokay tengok Yantzen ni macam taknak sebut betul2 setiap suku kata. Ini adalah kerana placement yg kurang efektif iaitu menyanyi melalui hidung, tone jadi sengau & sebutan tak jelas (contoh peserta GV yg mempunyai masalah sama ialah Feeza GV6). Tonality Yantzen tidak stabil. Dinamik hanya datang dari Marsha. Harmonisation lebih banyak unison, bukan tekstur homophonic spt yg sepatutnya. Yg menjadikan harmoni ni menjadi hanya kerana perbezaan tonality yg ketara antara satu sama lain.

    Walaubagaimanapun, penghayatan hebat. Feel yg setara juga menjadi sbb harmoni duet ni kedengaran well blended. Placement nasal tu bagaimanapun membuatkan heols lebih mudah mengawal pernafasan, takdek perkataan terpotong2 ke gittew. Harmonisation ada part2 yg memang menjadi, sangat cantik especially 2,3 note last tu. Nyanyian kedua2nya di modulation di last chorus sangat bertenaga. Sebak hokay last vt tuh..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
22 8
5
10
4 3 52
Chemistry, showmanship 8
Darjah kesukaran 5



  1. ROZITA IZLYN & EZAD – MENGAPA SUKAR MELAFAZKAN MAAF (63%)

    Tahu ada part di chorus tu Rozita dah turun 1 key, tapi kenapa di last chorus tetiba sheols cuba nyanyi key asal, pastu failed. Jadi off plak. Pastu sheols sedar mcm tak mampu, pastu sheols turun key balik kat hujung2. Solo sheols di hujung chorus juga cracked, so much. Rupanya sakit, hmmm.. Dinamik pun kureng. 1 lagi nyampah hokay, bila iols puji breath control peserta pastu minggu depannya terus jadi lain. Dulu Ayu, sekarang KakIta plak. Siap terpotong2 perkataan.grrrr. Penghayatan agak terganggu bila sheols sedar sheols buat salah..

    Walaubagaimanapun, harmonisation antara Rozita & Ezad sangat bagus. Vokal dorang agak berbeza dari pelbagai segi, tapi padu penyatuannya. Articulation, sebutan bagus sebenarnya cuma ada sikiiit part yg kurang bulat bila sheols try so hard nak nyanyi macam sheols yg dulu.

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
24 10
5
7
8 2 56
Chemistry, showmanship 7
Darjah kesukaran 0



NOTA KAKI:
  • Berikut merupakan markah penuh:
Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
30 12
10
10
10 10 82
Chemistry, showmanship 10
Darjah kesukaran 8
  • The best duet partner:
  1. Amelina
  2. Mark Adam
  3. Ali Terra Rossa
  4. Ezad Lazim
  5. Black
  •  Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊






Comments

Popular posts from this blog

REVIEW KONSERT MINGGU 5 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

REVIEW KONSERT MINGGU 1 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

REVIEW KONSERT GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023 MINGGU 3