REVIEW PERSEMBAHAN VOKAL ANUGERAH JUARA LAGU 35 2021


REVIEW PERSEMBAHAN VOKAL
ANUGERAH JUARA LAGU 35 2021
 
 
Kredit foto : Thenews.com.my



  1. ERNIE ZAKRI – GUNDAH (89%)

    Ernie Zakri yg dinobatkan sbg pemenang vokal terbaik menyanyikan lagu "Gundah" pada malam AJL35, 14 Mac lalu.(Kredit foto:Mediahiburan.my)

    Masalah BS dgn nyanyian Ernie kali ini adalah kadangkala sebutan Ernie agak kurang jelas, tak clear, slurring. Mungkin terlampau beremosi, tetapi pada BS banyak drpnya kerana cubaan dinamik..

    Tetapi selain daripada tu nyanyian Ernie impressive. Flawless dr pelbagai segi, intonation terutamanya, walaupun ada part yg tukar melodi sikit di hujung pun tetap on-key. Banyak belting yg penuh tenaga & resonant. Very powerful & fierce, tapi masih sangat lembut di verse2 awal & akhir. Penuh dinamik. Articulation masih bagus most of the time. Penjiwaan hebat. Runs powerful. Overall, amazing emotive vocal performance..

Intonation,
Tempo
Breath,
Volume
control
Expression,
Interpretation
Articulation,
Diction
Phrasing,
Dynamic
Improvisation,
Ornamentation
Difficulty
35 18 10 6 8 8 4


  1. AISHAH – BIDADARI SYURGAMU (84%)

    BS berpendapat yg Aishah agak kurang kawalan volume vokal beliau bermula di interlude & modulated pre-chorus selepasnya. Interpretation Aishah di part2 ni agak tak kena dgn mood lagu pada BS. What's with the dual tone kat hujung 1st chorus tu? hmmm..

    Part2 lain dah hebat dah. Intonation flawless. Articulation, sebutan jelas & padu dari mula sampai habis. Expression Aishah selain drp part yg dinyatakan di atas tu rasanya dah bagus, terutama di verse2 awal & akhir (coda) sangat mendayu2, beautiful. Dinamik awesome. Adlib & improvisation selain drp yg dinyatakan di atas pun nice. Overall, great vocal performance..

Intonation,
Tempo
Breath,
Volume
control
Expression,
Interpretation
Articulation,
Diction
Phrasing,
Dynamic
Improvisation,
Ornamentation
Difficulty
35 12 7 10 9 6 5


  1. AINA ABDUL – SEMALAM (83%)

    Aina Abdul menyanyikan lagu "Semalam" yg dinobatkan sbg pemenang tempat ke-2 Juara Lagu, pada malam AJL35, 14 Mac lalu.(Kredit foto:Mstar.com.my)

    Nyanyian Aina di verse awal tenggelam timbul sampai hampir shaky. Mungkin ada 1 part memang shaky sbb kedengaran Aina curi nafas dgn sgt kuat selepasnya. Lagi satu, too much growling sampai kadangkala mengganggu mood lagu..

    Walaubagaimanapun, intonation Aina flawless. Expression dlm vokal Aina most of the time sangat sedih & tragic, bertepatan dgn cerita dalam lagu ini. Articulation, sebutan bagus. Dinamik bagus. Improvisation dgn runs bagus, terutamanya THAT last note. Very powerful. Overall, great vocal performance..

Intonation,
Tempo
Breath,
Volume
control
Expression,
Interpretation
Articulation,
Diction
Phrasing,
Dynamic
Improvisation,
Ornamentation
Difficulty
35 12 8 8 8 8 4



  1. DATO' JAMAL ABDILLAH & WANY HASRITA – BELENGGU RINDU (82%)

    Lagu "Belenggu Rindu" duet bersama Dato' Jamal Abdillah & Wany Hasrita menang tempat ke-3 lagu terbaik AJL35, 14 Mac lalu.(Kredit foto:Mediahiburan.my)

    Masalah utama nyanyian duet ini adalah penjiwaan. Dua2 terutamanya Wany nyanyian langsung tak kena dgn cerita lagu. Wany juga kurang kawalan vokal, kadangkala kedengaran hampir shaky (tapi kat 1 part kat tengah2 masa solo shaky), kadang2 tetiba kuat sangat..

    Namun, intonation kedua2nya flawless. Harmonisation awesome, flawless even. Boleh rasa juga chemistry antara kedua2nya. Kawalan vokal & pernafasan TokMal sebenarnya hebat, walaupun intro run tu oscillation kurang stabil & kelihatan seksa, tapi masih bagus imo. Articulation, sebutan TokMal bagus, Wany most of the time bagus juga. Dinamik duet ini juga bagus. Overall, very beautiful vocal performance..

Intonation,
Tempo
Harmonisation,
Improvisation
Breath,
Volume control
Expression,
Interpretation
Articulation,
Diction
Phrasing,
Dynamic
Difficulty
35
20
6
4
8
7
2



  1. HAEL HUSAINI – HATI (79%)

    hmm walaupun BS sebenarnya tak pernah suka dgn wind instrument, tapi rasa macam rindu plak dgn trumpet punya main melody versi SFMM dulu. Gitar elektrik rupanya tak dapat bagi tone unik seperti dlm versi asal though. Anyway, dari segi nyanyian Hael ada pitchy sikit di 2nd verse. Nyanyian kadangkala agak tenggelam timbul di verse2. Juga articulation agak sedikit kurang jelas di beberapa tempat..

    Selain drp itu, nyanyian Hael dah bagus dah. Penjiwaan dlm vokal sangat kena dgn cerita lagu. Cheeky & playful sentiasa dapat dirasai walaupun dalam modulation. Dinamik bagus. Lompatan oktaf di chorus2 pun bagus & smooth. Tapi yg paling BS suka dalam nyanyian Hael kali ini ialah dr bridge sampai habis coda. THAT CODA dgn falsetto run yg very clear, stabil & powerful. Overall persembahan vokal penuh attitude & bertenaga..

Intonation,
Tempo
Breath,
Volume
control
Expression,
Interpretation
Articulation,
Diction
Phrasing,
Dynamic
Improvisation,
Ornamentation
Difficulty
30 12 10 6 8 9 4



  1. AZLAN & THE TYPEWRITER – JANGAN KHIANATI AKU (76%)

    Nampaknya Azlan masih tak boleh buang habit project 100% full voice kat chorus dgn 200% tenaga almost all the time. Ini yg menyebabkan beliau selalu hilang kawalan, sampaikan ada sekali terbabas di verse awal, too sharp kat situ..

    Tapi, kawalan pernafasan bagus. Selain drp itu hebat dah. Nyanyian Azlan surprisingly sangat kena dgn cerita lagu, sangat menepati perasaan kecewa & geram. Intensity juga mengikut muzik & melodi lagu. Lembut bila muzik lembut, powerful & intense masa muzik lebih intense, gitoh. Memberi dinamik juga kerana ini. Belting juga powerful, memberi impak, BS especially suka belting yg betul2 sebelum interlude, di sini Azlan menggunakan mixed voice, kerana itu kedengaran lebih terkawal & stabil berbanding yg coda. Articulation, sebutan sangat jelas & padu dr 1st note sampai last. Mahal vibrato Azlan di lower register ni. Kalaulah boleh digunakan sepenuhnya utk buat lagu yg lebih mellow tentu bagus. Overall, very powerful vocal performance..

Intonation,
Tempo
Breath,
Volume
control
Expression,
Interpretation
Articulation,
Diction
Phrasing,
Dynamic
Improvisation,
Ornamentation
Difficulty
32 13 8 9 8 3 3



  1. AMIR MASDI – KAU SAKITI (71%)

    Verse awal ada masalah pernafasan sikit sampai shaky & perkataan terpotong2. Articulation, sebutan juga kurang jelas & tak padu dgn hilang konsonan. Macam tak suka buka mulut luas jugak, sebutan tak bulat & kadangkala struggle di note2 tinggi (yg ni most likely sbb placement). 1st chorus & 2nd verse ada sikit pitchy.

    Walaubagaimanapun, BS rasa penghayatan Amir dah kena dgn cerita lagu, walaupun kurang kedengaran dlm vokalnya. Dinamik bagus. Verse2 awal lembut & chorus sangat bertenaga. Overall, good vocal performance..

Intonation,
Tempo
Breath,
Volume
control
Expression,
Interpretation
Articulation,
Diction
Phrasing,
Dynamic
Improvisation,
Ornamentation
Difficulty
30 10 7 6 8 6 4


  1. KAKA AZRAFF feat NOKI & LOCA B – GILA (70%)

    Lagu "Gila" nyanyian Noki, Loca B & Kaka Azraff dinobatkan sebagai Juara Lagu AJL35 yg lalu.(Kredit foto:Bharian.com.my)

    Kenapa agaknya suara Noki tenggelam timbul & kedengaran sangat lemah lembut berbanding Kaka & Loca B? Masalah mixing kah (tapi pelik hujung2 solo beliau boleh plak bertenaga)? Tapi seriously part Noki agak lemah dgn rhythmic flow yg kurang cadence berbanding Loca B punya rapping yg lebih bertenaga, clear, rhythmic flow lebih cadence, fierce & penuh attitude, lebih kena pula dgn cerita lagu yg dark & twisted itu. Kaka plak adalah sikit pitchy di hujung2, sbb macam dah kena rasuk roh lagu gittew..

    Secara jujur, lagu Gila ini versi asalnya pada BS ada masalah expression & interpretation, terutama dr penyanyi & rapper. Namun dalam versi live AJL ini Kaka telah mengubah nyanyian & interpretasinya, kedengaran lebih dark & twisted, sehinggakan BS rasa versi live ini walaupun tak flawless, tapi ianya versi yg lebih bagus drp yg asal & lebih layak dimuatkan dlm versi recorded. Vokal Kaka keseluruhannya walaupun kurang stabil & kawalan kadangkala, tapi penjiwaannya thorbaekk. Ada dinamiknya & powerful juga di hujung2 dgn belting yg bertenaga & kedengaran "gila". Awesome. Overall, amazing performance..

Intonation,
Tempo
Breath,
Volume
control
Expression,
Interpretation
Articulation,
Diction
Phrasing,
Dynamic
Improvisation,
Ornamentation
Difficulty
32 12 7 5 6 5 3


  1. SHIHA ZIKIR ft KMY KMO & LUCA SICKTA – 7 NASIHAT (68%)

    Kmy Kmo & Luca Sickta, dua2 jenis takdek cadence dlm rhythmic flow mereka, terutama Luca, laju semata2, adeh. Shiha juga ada sedikit pitchy di tengah2. Banyak kali jugak suara Shiha tenggelam timbul, masa menari tu juga kedengaran Shiha sedikit shaky. Articulation, sebutan ketiga2 mereka pada BS kurang memuaskan..

    Walaubagaimanapun jiwa lagu ini mudah untuk interpretation. Ketiga2 agak berjaya menjiwai lagu ini dgn bagus. Pre-chorus di tengah imo the best part dlm persembahan ni. Dinamik hanya datang dr Shiha. Lenggok Irama Malaysia Shiha pun sangat bagus. Overall, persembahan yg sangat bertenaga & menghiburkan..

Intonation,
Tempo
Breath,
Volume
control
Expression,
Interpretation
Articulation,
Diction
Phrasing,
Dynamic
Improvisation,
Ornamentation
Difficulty
32 10 8 5 4 5 4


  1. FLOOR 88 – HUTANG (67%)

    1st pre-chorus ada beberapa flat. Pastu imo rasanya feel & cara nyanyian Ayie ni macam kurang kena dgn cerita lagu, most of the time terlebih happy berbanding sarcastic, tapi kadang2 memang ok. Part last chorus bila muzik dah modulate jadi lebih intense tu BS mengharapkan Ayie nyanyi lebih agresif, tapi hampa. Nyanyian Ayie sama jah dari mula sampai habis, kecuali di modulated pre-chorus selepas interlude..

    Selain daripada tu, bagus. Kawalan vokal & pernafasan Ayie hebat. Articulation, sebutan bagus dah. Dinamik hanya kerana perbezaan modulated pre-chorus selepas interlude tu dgn keseluruhan lagu. Overall, persembahan yg bertenaga & menghiburkan..

Intonation,
Tempo
Breath,
Volume
control
Expression,
Interpretation
Articulation,
Diction
Phrasing,
Dynamic
Improvisation,
Ornamentation
Difficulty
32 16 5 8 2 2 2


  1. NABILA RAZALI – PELUANG KEDUA (49%)

    Verse awal2 terutamanya yg 1st SANGAT SHAKY & off. Sebenarnya ada banyak part nyanyian Nabila sangat shaky, tapi yg 1st verse paling teruk. 2nd pre-chorus SANGAT CRACKED & OFF di hujung2. Setiap part yg lainnya malangnya juga pitchy. Ada banyak juga phrasing yg off. Articulation pun banyak yg tak jelas. Tonality Nabila juga sangat tak stabil keseluruhannya, cubaan membuat runs juga kurang menjadi..

    Walaupun begitu, ada beberapa perkara yg BS nak puji. Pertama, penjiwaan Nabila sangat mantap & powerful, boleh rasa kesedihan dlm suaranya. Kedua, part bridge adalah the best part dalam nyanyian Nabila ni, walaupun ada sikiiit rasa macam terkejar2 tempo & sikiiit shaky, tapi kat sini nyanyiannya paling bagus, dgn ada pertukaran dr falsetto (versi asal) ke full voice, surprisingly tak off. Ketiga, BS juga suka dgn hujung2 1st pre-chorus di mana head tone Nabila sangat clear, stabil & powerful.. Overall, still a good emotional performance..

Intonation,
Tempo
Breath,
Volume
control
Expression,
Interpretation
Articulation,
Diction
Phrasing,
Dynamic
Improvisation,
Ornamentation
Difficulty
18 6 10 4 4 4 3


ZIZI KIRANA - EH (87%)

Persembahan menarik Zizi Kirana, pemenang kategori persembahan terbaik, ketika menyampaikan lagu "Eh", pada malam AJL35, 14 Mac lalu.
    (Memandangkan nyanyian vokal bermelodi dalam lagu Eh - Zizi Kirana tak sampai 50% pun daripada keseluruhan lagu (hanya meliputi dlm lebih kurang 25-30% jah), maka adalah tidak adil untuk memberi markah penilaian vokal spt lagu2 lain. Rapping tak sama dgn menyanyi. Menyanyi bermakna perlu menjaga pelbagai aspek musicianship yg utama spt intonation, tapi rapping tidak..)
    But.. Just in case..
    Rhythmic flow Intonation
    (Hooks)
    Breath,
    Volume control
    Articulation,
    Diction,
    Lyric
    Attitude,
    Showmanship
    Jumlah
    30
    20 12 15 10 87
    Tak banyak yg perlu di kritik kerana Zizi ialah seorang rapper yg hebat. Komplen BS hanya di intro kat tembang Jawa/Sunda (tak pasti, kerana seruling tu kedengaran seperti melodi jenis Sunda, tapi gaya overall Zizi spt Jawa), imo tembangnya kurang menjadi, & di sini menjejaskan sikit articulation & kawalan vokal Zizi. Selain daripada tu awesome. Rhythmic flow Zizi so badass, hooks pun awesome. Showmanship & attitude pn so badass. Girl power!!hee..



NOTA KAKI:
  • Berikut merupakan markah penuh:
Intonation,
Tempo
Breath,
Volume
control
Expression,
Interpretation
Articulation,
Diction
Phrasing,
Dynamic
Improvisation,
Ornamentation
Difficulty
35 20 10 10 10 10 5

Intonation,
Tempo
Harmonisation,
Improvisation
Breath,
Volume control
Expression,
Interpretation
Articulation,
Diction
Phrasing,
Dynamic
Difficulty
35
20
10
10
10
10
5

  •  Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian BS, berdasarkan pendapat BS semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen anda semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian anda semua membaca review ini sampai habis BS ucapkan berbanyak terima kasih..😊






Comments

Popular posts from this blog

REVIEW KONSERT MINGGU 10 ALL STARS GEGAR VAGANZA 2023

REVIEW KONSERT MINGGU 9 ALL STARS GEGAR VAGANZA 2023

REVIEW KONSERT MINGGU 11 ALL STARS GEGAR VAGANZA 202E