REVIEW KONSERT MINGGU 5 GEGAR VAGANZA 2021


REVIEW KONSERT MINGGU 5

GEGAR VAGANZA 2021

DULU LAIN SEKARANG LAIN

 Kredit foto : Gempak.com
 


 
  1. NIKKI PALIKAT – GELOMBANG (79%)

    Ada pitchy sikit kat part last chorus modulation tu, dlm usaha Nikki nak bulat2kan phrasing, sheols mcm terlupa nak betul2 hold note tinggi tu sampai habis, flat jadinya. Kawalan vokal kureng di 1st verse, note2 kebanyakkannya di permulaan baris, sheols ada masalah nak bulat2kan, kurang jitu sbb tak supported dgn pernafasan yg lebih bagus, spt kata TokSyafinaz. Iols mcm kurang berkenan sheols banyak gerak2 tangan, mcm kurang jadinya di situ penjiwaan. Hmmm..

    Sbb part2 lain hebat dah penjiwaan, terutama kalau mendengar sahaja. Vokal Nikki dah penuh dgn feel sedih, lost hope gitoh, spt cerita dlm lagu ini. Dinamik dah bagus. Articulation di kebanyakan part padu, sebiji2 keluar sebutannya. Overall, powerful vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 13
10
9
7 2 69
Attitude, showmanship 6
Darjah kesukaran 4



  1. ALIFF AZIZ – MEMBURU IMPIAN (72%)

    Ehhh kenapa iols rasa macam Aliff terlebih marah ni ek? Bukan determination dah ni, ni furious. Nyanyian yg kurang dinamik jugak, & mugkin agak shouty? Terutama di coda tu. Ada sekali kat 2nd chorus lepas interlude, lepas jerit “huwoo!” pastu note seterusnya shaky. Transition dr adlib yg intense ke lembut yg kurang smooth.

    Selain drp itu bagus dah. Kawalan pernafasan & vokal agak bagus kali ni utk standard heols sbb bila nyanyi lagu rock, Aliff akan usaha keluarkan tone sebesar mungkin, takdeklah note bergoyang atau tak clean ke. Articulation pun bagus most of the time. Intonation takdek masalah sgt. Penjiwaan bagus walaupun pada iols terlebih marah sikit heee.. Overall, persembahan vokal yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 12
8
8
2 2 62
Attitude, showmanship 6
Darjah kesukaran 4



  1. ANI MAIYUNI – KUCU KUCA (67%)

    Start pitchy kat 1st chorus, sampai habis. Nyanyian takdek dinamik. Iols mcm tercari2 kalau Ani nak buat modulation kat last chorus, tapi mcm takdek, ada sikiit sgt kat hujung2 tapi takdek impak langsung.

    Namun, showmanship Ani awesome sgt. Setiap gerak geri langsung tak luntur attitude tu dr mula sampai habis, sesuai sgt dgn lagu gedik sebegini. Memang forte sheols ek lagu sebegini. Interpretation hebat, dgn vokal2 sekali terbit attitude gedik ini. Kawalan vokal & pernafasan most of the time dah bagus utk lagu rancak begini. Articulation bagus di kebanyakan tempat. Overall, persembahan yg sangat menghiburkan..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
26 12
10
8
0 1 57
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 3



  1. SUKI LOW – DANCING QUEEN (66%)

    Agak klako tengok tarian Suki part starting tu off-beat ahahah. Aiyaa ligat betul tarian siap goncang2 dada, macammana kawalan vokal & pernafasan tak lari Suki oiii ahhahah. Shaky banyak ya. Sebutan banyak hilang hujung2, slurring banyak jugak. Pitchy jugak nyanyian Suki di bbrp part start kat 1st verse lagi. Owh ada crack sikit kat lagu Mamma Mia.

    Tapi, Suki bagus buat belting bertenaga & resonant, terutama yg dgn head resonance kat hujung lagu Dancing Queen. Penyelamat ni iols rasa. Awesome, powerful, resonant & ada nice ring to it jugak. Lagu Mamma Mia Suki mcm berusaha terap banyak attitude yg agak “gila”,boleh kedengaran sedikit di awal2 lagu ni, jadi di kedua2 lagu, interpretation dah hebat iols rasa. Dinamik boleh tahan jugak sbb Suki banyak guna teknik2 yg berlainan. Showmanship mantap. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
24 9
10
4
5 4 56
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 3



  1. AWEERA – YOU GIVE LOVE A BAD NAME (65%)

    Spt biasa, iols tak suka peserta pertandingan buat mcm konsert sendiri, lebih2 lagi jerit2 ajak penonton nyanyi, kalau tak jerit kat penonton tu boleh? Heee.. Interpretation kureng sikitlah di situ, lebih2 lagi iols tak boleh rasa jiwa lagu ni bila MELIHAT persembahan ni. Pitchy tu ada sikit2 kat 2nd chorus. Sebutan english Aweera agak lemah rupanya, articulation kat bbrp part agak kureng jugaklah. Banyak part gak slurring, kadang2 mumbling. Dinamik pun mcm kurang sgt. Aweera belting sblm interlude tu pun lahai, slow & kurang impak. Mcm nak taknak, tp iols rasa lebih kpd heols rushing nak bg gitaris utama buat solo cepat kot, gitoh.

    Hmm entah, iols mcm suka gak Aweera buat vocal distortion tu. Lagu ni aggresif & ceritanya pun mcm lelaki tu marah kan kat perempuan yg mengkhianati cinta heols. Haruslah diberi kredit ya atas ornamentation tu, memberi lebih rasa bitterness & resentful pada iols. Walau showmanship nya imo tak memberi jiwa tu, tapi ia terbit dr vocal Aweera. Cuma kalau boleh kurangkan sikitlah kat verse2 awal, kan, sbb nak bg mcm lebih dinamik, camtoh. Kawalan vokal walaupun ada phrasing yg kurang stabil sikit, tapi kebanyakannya bagus, powerful. Overall, very powerful performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 12
6
2
2 4 54
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 4



  1. ADIBAH NOOR – GAJAH (64%)

    Pitchy ye beberapa kali, terutama kat 1st verse lagi, kat hujung2. Pastu mcm ada sikit off-tempo kat hujung 1st chorus. Lagi 1 agak terkejut jugak sbb rasa mcm, eh mcm takdek dinamik plak nyanyian Adibah kali ni. Memandangkan itulah kekuatan utama sheols selama ni kan. Pastu tetiba plak ada beberapa kali sheols kedengaran shaky akibat kurangnya kawalan vokal & pernafasan sheols kali ini. Kenapa agaknya. Dgn articulation pun terjejas, sikitlah.

    Tapi most of the time articulation padu. Penjiwaan bagus, most of the time, seiring dgn cerita lagu ini yg mcm bercerita straight forward kpd pendengar, itulah yg sheols buat & awesome sgt bila sheols maintain menda ni (walaupun adalah sikit part sheols lost sikit, sikiiit jah). Agak merendahkan difficulty level lagu ni bila Adibah buang falsetto dlm lagu ni, semua plak tu. Tapi yg bagusnya sheols prolong & belting sampai 3 kali note2 di mid range, semua hebat, especially yg 2nd iaitu yg peaked tu mmg awesome, selama lebih kurang 12sec fully supported chest tone with nice ringing plak tu. Amazing. Overall, good vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
26 11
8
7
0 2 54
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 3



  1. AZAN SCAN – MIMPI (63%)

    Iols sorang je ke rasa yg unattractive breaks dlm vokal Azan tu menjengkelkan? Start kat interlude yg heols buat adlib tu ada crack sikit pastu part2 seterusnya banyak betul break2 tu kat hujung2. Ala2 bunyi attitude dangdut kat hujung2 tu. Kalau sikit ok jah, tp banyak, mengganggu betul rasanya. Nyanyian Azan pitchy jugak start kat 1st chorus, ada flat, terutama part2 yg heols tukar falsetto asal kpd full chest tone.

    Ada 1 part kat bridge di mana Haqiem belting closed vowel “i”(bunyi “eee”), Haqiem kedengaran strained sgt kat sini, macammana benda ni boleh lepas dlm rakaman akhir tanpa diedit? Sakit telinga hokay, even pakai headphone Sony kesayangan iols pun boleh terkejut sampai part tu, terus cabut headphone. Adoi sorry iols baru 1st time dengar lagu ni, ahaks. Iols nak ucap terima kasih sbb Azan berjaya belt note ni tanpa straining spt itu. Articulation iols rasa dah bagus, ada kejituan. Begitu juga dgn interpretation, agak bagus, boleh rasa jugaklah keseluruhan persembahan ni setelah iols sedaya upaya cuba abaikan break2 tu ahahah. Overall, good vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
26 12
8
8
0 0 54
Attitude, showmanship 3
Darjah kesukaran 6



  1. SHIDEE – LEMBAH KESEPIAN (60%)

    Lagu2 Haqiem Rusli ni banyak ya yg merobek jiwa, adus.. Setuju Shidee terlampau terbawa2 dgn emosi lagu ni. Too much sampai terjejas banyak aspek, opening & ending verse sangat lari temponya, yg last terus ada beberapa off (intonation bermasalah start dr last chorus lagi), dgn shaky lagi. Ada masalah kawalan pernafasan sikit kat chorus, perkataan terpotong2. Pastu adalah part2 yg rasa mcm Shidee tak naik atau turun intensity dgn muzik, tp iols rasa ok sikit kot sbb iols mmg dengar lain sikit cara emosi tu keluar dr vokal Shidee dr verse yg awal dgn yg dah modulate. Articulation juga agak terjejas start kat last chorus. Part peaked tu ada slurring, mumbling sikit sbb salah lirik iols rasa.

    Walaubagaimanapun, interpretation Shidee mantap, penjiwaan masya-Allah syahdu sgt, boleh rasa retak hati heols sepanjang lagu ni. Iols siap terpaksa berhenti kejap pastu dengar balik. Selain drp part2 yg tersebut di atas, iols rasa dah bagus dah part2 lain. Especially dinamik & phrasing yg membuai2 perasaan. Overall, very emotional performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
20 11
10
7
5 0 53
Attitude, showmanship 3
Darjah kesukaran 4



  1. BANDI AMUK – PURNAMA (58%)

    Okay, masih ada beberapa phrasing yg agak off-tune. Especially kat 2nd half. Kawalan vokal & pernafasan masih kureng, beberapa kali shaky & kurang stabil. Dinamik nyanyian pun kureng jugak. Dr segi persembahan, kalau tengok segala gerak geri Bandi mcm kurang kena dgn cerita lagu.

    Namun iols suka yg Bandi kali ini berusaha utk buat sedikit dinamik di verse awal, menjadi imo, mendayu jugak. Articulation nice, tak banyak terjejas, part2 lain padu. Masih rasa annoyed dgn Bandi punya sebutan “t” BTW. 1 yg iols suka persembahan ni ialah bila distortion yg Bandi buat tu imo memberi lebih banyak rasa sakit patah hati watak dlm cerita lagu ini, sambil pejam mata ofkos heee.. Overall, good vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
24 10
9
5
2 2 52
Attitude, showmanship 3
Darjah kesukaran 3



  1. SA.YA – TERAKHIR (57%)

    Aiyyooo Apek punya falsetto langsung tak smooth, yg kat bridge tu terus off. Keseluruhan persembahan ni Sa.Ya ada masalah kawalan vokal. Apek juga mcm bbrp kali crack. Kat bridge ni jugaklah start Sa.Ya kedengaran pitchy, Yassin pun ada masa solo. Harmonisation kat last chorus pun kedengaran pitchy. Last chorus harmonisation macam unison dah jadinya. Interpretation Sa.Ya kali ini mcm kurang kena dgn cerita lagu, tak boleh rasa langsung kesedihan tu. Entah kenapa kat last chorus baru Sa.Ya duduk. Hmmm pelik sikit, dahlah kat situ patutnya kena attack lebih sikit kan, dah modulation sepatutnya..

    Walaupun begitu, usaha Sa.Ya mengikut nasihat Bunda Hetty menyanyi dgn bnyk layer bagus, wailing voice yg cantik, cuma sikitlah kedengaran spt kurang pasti & kurang stabil. Iols suka counter melody Yassin kat 1st chorus tu bagus. Articulation nice. Overall, persembahan yg menghiburkan..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
26 10
2
2
6 2 48
Attitude, showmanship 4
Darjah kesukaran 5



  1. UPIAK ISIL – PENGEMIS MUDA (57%)

    Boleh tahan banyak jugak off-pitch nya nyanyian Upiak. Kawalan vokal pun kurang, sampai kat verse awal lagi dah crack, Upiak memang kedengaran struggle menyanyikan nota2 rendah lagu ini. Nyanyian yg takdek dinamik langsung. Agak annoying mendengar bila sheols nyanyi part nada2 mid range, sbb kadangkala sheols suka sudahkan ayat dgn menyanyi ke dalam mask, jadi articulation terjejas di situ, agak nasal. Sebutan pun kureng & rupanya Upiak tak boleh sebut konsonan “s” dgn betul?

    Walaubagaimanapun, interpretation Upiak bagus kali ini. Sepanjang masa Upiak tak hilang penghayatan ini, memek muka, senyum sokmo, kena dgn cerita lagu. Showmanship mantop. Overall, persembahan yg menghiburkan..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
20 10
10
5
0 0 47
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 3

  • NOTA KAKI:
    • Berikut merupakan markah penuh:
    Intonation,
    tempo
    Breath,
    volume
    control
    Expression,
    interpretation
    Articulation,
    diction
    Phrasing,
    dynamic
    Improvisation,
    ornamentation
    (Jumlah)
    VOKAL
    30 17
    10
    10
    10 10 87
    Attitude, showmanship 7
    Darjah kesukaran 6

    Intonation,
    tempo
    Harmonisation,
    improvisation
    Breath,
    volume
    control
    Expression,
    interpretation
    Articulation,
    diction
    Phrasing,
    dynamic
    (Jumlah)
    VOKAL
    30 17
    10
    10
    10 10 87
    Attitude, showmanship 7
    Darjah kesukaran 6



    •  Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊



    Comments

    Popular posts from this blog

    REVIEW KONSERT MINGGU 5 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

    REVIEW KONSERT MINGGU 1 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

    REVIEW KONSERT GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023 MINGGU 3