REVIEW MINGGU 2 GEGAR VAGANZA 2021


REVIEW MINGGU 2 GEGAR VAGANZA 2021

MASIH AKU TERASA



Kredit foto : Gempak.com
 
 
  1. ALIFF AZIZ – KASIH TAK SAMPAI (80%)

    Awesome sgt penyanyi latar, membuai2 rasa. Kat sini jah iols rasa mcm Aliff terhilang sikit penjiwaannya, tp sekejap sgt jah, bbrp saat, lagi bagus kalau Aliff pejam mata menikmati moment ni drp melilau gitu. Dr segi nyanyian, adalah sikit off-pitch, sebelum bridge. Kerana nak buat dinamik Aliff ada sikit shaky di verse awal, sikiiit jah. Sebutan kurang padu di bbrp tempat.

    Selain drp tu, hebat. Nyanyian penuh dinamik, lembut & powerful di tempat yg sepatutnya. Dlm vokal Aliff boleh rasa jiwa lagu ini, dr mula sampai habis, membuai2 jiwa. Kawalan pernafasan takdeklah sempurna, tapi kawalan vokal heols hebat. Ada sedikit run yg bagus juga. Overall, very mesmerising emotive vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 14
10
7
10 1 70
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 5



  1. NIKKI PALIKAT – DRAMA (78%)

    Adalah pitchy sikit keseluruhan nyanyian Nikki dlm persembahan ni. Lg 1 problem iols ialah banyak part yg bunyinya spt legato yg panjang, tak seketul2 keluar note2 tu dr mulut Nikki. Sebutan terjejas sekali.

    Selain drp tu amazing. Paling hebat dah tentu runs Niki dgn semi-operatic approach, di 2nd half, impressive. Banyak ye yg iols suka part ni. Bermula dgn powerful mouth resonance ascending note sampai head resonance, walaupun utk peak note sheols mesti switch ke falsetto yg agak weak jika dibandingkan dgn note2 sebelumnya, tapi still awesome sgt. Dinamik nyanyian dlm persembahan ni, mantap sgt. Interpretation juga on point. Showmanship mantop. Overall, amazing vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
24 12
10
4
8 10 68
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 3



  1. ADIBAH NOOR – ISTANA MENANTI (76%)

    Keghairahan Adibah menukar melodi asal sekali lagi membuatkan nyanyiannya menjadi pitchy, kali ni sedikit flat di 1st chorus. Ini mungkin pelik sikit, tapi kenapa ek, pergerakan dlm persembahan sheols mcm memberi gambaran sheols bagi warning kalau org yg ditunggu2 tu tak datang, camtoh ahahhah iols sorang je ke rasa macamni? Tak kenalah maksudnya imo lah. Macam minggu lepas jugak, nyanyian & persembahan di verse awal jah yg betul2 memberi feel lagu ni, makin lama makin kurang.

    Selain drp tu awesome dah bg iols. Sheols menunjukkan kawalan pernafasan & vokal yg hebat. Nyanyian penuh bertenaga, banyak mouth resonance yg powerful. Dinamik pun bagus, lembut & powerful di tempat2 yg sepatutnya, siap ada penggunaan head voice yg efisien & transition nya smooth di verse2 awal. High notes belting bukan sahaja powerful, juga ada vibrato cantik & sangat memberi impak. Overall, powerful vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 17
4
10
9 2 70
Attitude, showmanship 2
Darjah kesukaran 4



  1. SHIDEE – MALAM (73%)

    Argh rugi, bbrapa kali off-tempo start kat rangkap ke-2 1st chorus. Yg 1st tu agak jauh juga ye. Lg 1 iols mengharapkan ada modulation di last chorus yg lebih memberi impak, tp agak kecewa takdek di situ. Hmmm.. ok tu je.. heee..

    Iols sgt impressed sebenarnya dgn penjiwaan Shidee dlm persembahan ni. Terasa sebak sepanjang lagu walaupun dgn kesilapan heols tu. Sekali-sekala terasa berkecai hati dengar nyanyian penuh jiwa, dinamik & crying sensation yg sgt meruntun jiwa. Kawalan pernafasan & vokal pun masyaAllah, walaupun dgn penambahan feel yg sedikit teresak2 tu, masih tak terjejas sgt kawalannya. Cantik dinamiknya. Articulation masih padu. Penukaran melodi bagus juga di beberapa tempat. Walaupun takde modulation di coda, tapi penambahan adlib dgn falsetto yg cantik di hujung sudah berjaya menutup cerita ini dgn lebih menyayat hati lagi. Overall, very beautiful heartbreaking performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
21 16
10
9
7 2 65
Attitude, showmanship 3
Darjah kesukaran 5



  1. SUKI LOW – KISAH CINTA KITA (69%)

    Pop jazz fussion? Iols agak keliru sbb muzik di 1st half mmg jazz kan, tapi nyanyian Suki mcm nyanyi lagu pop jah. Mungkin adalah sikit kat verse awal selepas part yg Suki shaky sikit tu mcm dah dapat groovenya, pastu makin lama makin hilang terus. Takdek jazz phrasing ke, improvisation ke.. hmmm.. Memang banyak nasal pun nyanyian Suki kali ni, articulation terjejas jugaklah..

    Walaubagaimanapun, dr segi intonation Suki flawless. Start kat pop modulation tu nyanyian Suki sgt bagus. Dinamik banyak datang dr teknik vokal yg pelbagai. Ada run yg bagus di last chorus jugak. Overall, persembahan vokal yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 11
4
4
7 2 58
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 6



  1. AWEERA – ANDAI KU BERCINTA LAGI (66%)

    Rasanya start 1st chorus Aweera start pitchy. Masih ada phrasing yg terlebih sharp. Kat bridge heols hilang kawalan vokal beberapa kali, agak strained, pelik. Hmmm..

    Walaubagaimanapun, penjiwaan sgt bagus, kadang2 sikit jah hilang. Articulation, sebutan dah semakin bagus, padu. Dinamik bagus, lembut & powerful di tempat2 yg sepatutnya. Still, dah tentu iols punya favorite dr Aweera, rock falsetto, awesome sgt. I loiiikee heee.. Overall, powerful vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
24 10
9
8
7 3 61
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 0



  1. UPIAK ISIL – PARAH PARAH (66%)

    Urban Arabian pop kah? Tapi nyanyi ada sikit2 dangdut. Papelah. Nyanyian Upiak pitchy dr first note lg. Ada crack sikit di 2nd chorus. Ntahlah, iols tengok ekspresi Upiak mcm kosong sepanjang masa. Iols mengharapkan Upiak masukkan attitude yg garang sbb perempuan dlm cite lagu ni mcm marah sbb kecewa & lirik ada part2 mcm perli2 si lelaki gitu, hmm.. cuma adalah 1 part yg mana ada interaksi dgn penari2 lelaki.

    Nyanyian bertenaga di 1st half, makin berkurangan di hujung2 2nd half, part yg hujung2 tu mcm lahai lemahnya falsetto bunyi mcm tak bunyi. Tapi tetiba bam!! Upiak bg run yg padu ahahah. Kawalan pernafasan bagus utk lagu rancak begini, dgn bbrp kali nak switch dr chest voice ke falsetto yg walaupun transition smooth, tp kualiti tone nya kadangkala lemah. Articulation, sebutan agak bagus, banyak jugak part yg kedengaran padu. Attitude dlm nyanyian tu ada, maka haruslah juga diberi kredit. Oh & agak ligat juga pergerakan Upiak dlm persembahan ni, bagus. Overall, good entertaining performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
24 13
4
7
5 4 57
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 4



  1. SA.YA – GERHANA (62%)

    Ahahaha OMG klako siot, memang kelam kabut. Starting pun dah off-tempo (lambat masuk), tapi Yasin cover buat adlib. Nasib baik nyanyi dgn live band, bukan minus one,lol. Nyanyi pun pitchy, Apek ada hilang melodi lagi. Harmonisation sikit sgt & tak sebagus minggu lepas, tp ada part mcm call & response kat bridge, ok lah. Interpretation mcm kurang kena dgn cerita lagu.

    Sebutan banyak part bagus. Kawalan vokal & pernafasan agak bagus, banyak phrasing yg powerful, penuh attitude. Tetiba Apek masukkan style R&B buat runs, agak menarik. Yg paling penting, showmanship sentiasa hebat. Persembahan yg sgt menghiburkan.

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
20 7
6
5
7 6 51
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 4



  1. AZAN SCAN – SEKELIP MATA KAU BERUBAH (61%)

    Starting yg sedikit off-tempo (lambat masuk) menyebabkan sedikit off-lyric jugak. Nyanyian sedikit pitchy keseluruhannya start kat 1st chorus, & ada bbrp lagi di bbrp tempat. Walaupun dah tambah adlib, tapi mcm kurang memberi kesan. Dinamik pun kurang sgt oleh krn range vokal lagu ni yg agak sempit, takdek pula usaha Azan utk buat modulation di last chorus misalnya. Penghayatan mcm hilang di banyak tempat. Banyak rasanya pergerakan dlm persembahan Azan ni yg kelihatan awkward.

    Selain drp itu dah bagus. Kawalan vokal yg bagus menjadikan tonality stabil. Articulation walaupun agak bagus, sebutan mcm kurang padu/bulat di banyak tempat, terutama di bridge. Overall, persembahan vokal yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
25 14
5
6
2 2 54
Attitude, showmanship 3
Darjah kesukaran 4



  1. BANDI AMUK – UNTUKMU SAYANG (60%)

    Iols rasa nyanyian Bandi di 1st verse bagus, lembut mcm bercerita kat sini. Alangkah bagus kalau Bandi kekalkan nyanyian sebegini di lebih banyak tempat lagi. Pastu baru buat modulation, bagi kaw2 kat last chorus, sepatutnyalah. Pernafasan walaupun ada ketika buat perkataan terpotong2, masih bagus di banyak tempat sbb phrasing yg bertenaga.

    Ntahlah sape punya idea suruh Bandi gabung suara Bandi dgn Nasha dlm lagu ni mcm tu. Kalau ye pun tengoklah jenis & cerita lagu. Nak masukkan distortion ni kalau boleh carilah tempat yg sesuai spt di last chorus, camtoh. Dahlah banyak off-pitch terutama sharp masa cubaan distort ini berlaku. Penjiwaan juga banyak terjejas kerana ni. Bandi lebih banyak fokus nak buat benda ni drp nak menjiwai lagu. (Maaflah iols mula dgn point2 positif dulu utk Bandi ni, skrg baru point2 negatif, sbb iols nak bebel jap pasal teknik vokal Bandi, ahaks.) Iols keliru dgn Bandi ni minggu lepas, jadi mungkin iols ada tersilap sikit bila cakap pasal teknik vokal Bandi dlm review yg minggu 1 tu, apatah lg iols tak boleh tengok leher utk pastikan aktiviti kat situ. Kali ni iols makin faham rasanya. Minggu ke-2 dah expose kan. Sekarang iols pasti teknik vocal utama yg Bandi guna utk lagu2 hard rock & metal adalah nyanyi guna false cords. Problem sebenar Bandi pd pendapat iols ialah pitch control dlm teknik distortion ini. Distortion yg bagus akan menghasilkan overtone, jadi ia sepatutnya tak menggunakan kita punya vocal yg sebenar. Bila takleh project fully vocal sebenar, sbb tu susah sikit nak kawal pitch nya. Nak sustain note pun susah. Kat sinilah Bandi bermasalah. Heols takleh buat transition dr register ke register,lower ke mid ke,mid ke higher, camtoh. Bila heols start dlm mid register, heols hanya akan boleh nyanyi dlm vocal register ini shj sampai heols break/pause, pastu (spt cth minggu 1) terpaksa tambah “yeah2!” utk naikkan sikit pitch. Iols percaya heols tak belajar utk kawal pitch teknik ni. Mmg utk mula2 dapatkan false cords ni kita tak buka mulut sgt sbb nak concentrate biar ia jadi bunyi yg boleh form notes, sbb di situlah letaknya otot false cords ini. Minggu 2 ni kalau perasan, bila heols nyanyi tinggi sikit je, heols takleh sustain lama, pastu break, buat semula dgn mulut lebih tertutup. Otot yg ni cara bekerjanya tak sefleksible vocal cords sebenar tu, bukaan/getarannya kurang stabil, sbb tulah susah nak kawal. Kalau Bandi belajar lebih lagi, utk naik/turunkan pitch, heols kena form/mainkan vowels guna bukaan mulut yg betul dgn vowel2 tersebut. Idea Bandi guna false cords utk hasilkan grit/raspy vocal tu mmg dah betul (kalau buat raspy vocal guna vocal cords sebenar, grinding throat muscle tu barulah betul2 teknik yg paling tak sihat, memeritkan, mencederakan), cuma teknik Bandi tak betul/salah cara guna. Camtoh. Sekian bebelan iols utk kali ini. Utk persembahan ni, iols rasa persembahan Bandi masih persembahan yg baik..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
20 11
7
5
9 5 57
Attitude, showmanship 2
Darjah kesukaran 1



  1. ANI MAIYUNI – SELANGIT (59%)

    Rasanya band Leman ni mmg sokmo problem, tapi setiap tahun tetaplah maintain band ni jugak yg main utk GV. Mmg dah takdek band lain lagikah di Malaysia ini? (Kali ini iols rasa menyebabkan takdek penyingkiran di konsert minggu ke-2 sbb mcm tak adil utk peserta yg terkena kowt.) Modulation samba tu mcm lama jah bermasalah di bahagian rhythm sampaikan tak lama lepas tu, Ani pun terus off-tempo, aiyyoo, kelam kabut kat sini. Ofkos bukan 100% salah Ani. Cuma masalahnya bila salah, boleh nampak di muka sheols, siap geleng2 kepala, off lagi. Kebanyakkan masanya dlm persembahan Ani ni, sheols kedengaran & kelihatan sama ada tense atau terlalu berhati2. Kerana itu, kadangkala sheols terlupa nak buat movement yg kena dgn style & genre lagu tu. Penjiwaan & attitude kurang kena di banyak tempat. Bila sampai part samba tu, Ani ada usaha utk tukar style nyanyian, tapi banyak flat, dgn runs yg kurang menjadi. Keseluruhannya mmg pitchy sgt nyanyian Ani.

    Part yg paling bagus iols rasa kat chorus awal, dangdut style. Cukup attitude & bertenaga, juga kurang masalah di sini. Sebutan dah improved sikit, lebih banyak sebutan yg padu, kawalan pernafasan masih nice, sesuai dgn sifat lagu & tak shaky. Overall, masih persembahan yg baik.

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
20 12
4
7
6 2 51
Attitude, showmanship 2
Darjah kesukaran 6



  1. FAZLEY YAAKOB – LAGUKU UNTUKMU (56%)

    Very pitchy. Banyak jugak yg disebabkan oleh vibrato Fazley yg kedengaran masih tak terkawal, terasa berat & draggy. Urgh. Masalah kawalan pernafasan masih masih sama, tetapi dah improved, terutama di 1st half. Pastu sampai perkataan pun terpotong2. Iols rasa Fazley mmg terlampau emotional di 2nd half, vokal dah takleh kawal dah, ada crack jugak. Nyanyian yg tiada dinamik. Tiada klimaks, sampaikan iols masa dah habis tu cakap dlm hati “eh dah habis dah?” terkebil2 tengok, ahaks..

    Walaupun begitu, penjiwaan Fazley hebat sebenarnya. Cuma props yg iols rasa kurang sesuai? Kalau hanya gambar bapa heols mungkin lebih memberi impak. Yg lain2 tu heols rapat sgt ke sampai kehilangan mereka diratapi sebegitu rupa? Kurang kena sikitlah pd iols dgn cerita lagu ni. Articulation, sebutan dah improved, tp kureng balik di hujung2. Overall, persembahan yg menyentuh jiwa..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
22 10
9
6
0 0 47
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 4



  1. NICO G – KAULAH GADISKU (50%)

    Kedengaran kelam-kabut di seluruh chorus permulaan, iols rasa bermula dgn drummer yg nampaknya ada masalah precision. Pastu yg paling penting, macam off-key jah harmoni Nico G ni, iols sebenarnya kurang pasti siapa punca, agak teruk di last chorus. Tapi mmg synchronisation pun sgt bermasalah. Nyanyian solo Affa agak pitchy. Cubaan falsetto yg agak lemah. Kawalan pernafasan mcm kurang memuaskan jugak, cuma tidak menjejaskan nyanyian sgt pd iols..

    Namun Affa macam lebih selesa & kedengaran clean di note2 tinggi. Wailing vokal di atas harmoni Nico & Affa masa last chorus heols tu bagus. Rap di bridge oleh Nico tu agak menarik, cuma mcm pelik suara heols mcm crack jugak ek masa rapping ni? Takpelah, harap selepas ni Nico G boleh improve lg nyanyian harmoni dorg, dgn penglibatan Dino yg lebih banyak, mungkin? Iols mcm dengar sikit sgt part Dino tu. Dahlah solo takdek. Overall, masih persembahan yg menarik..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
20 4
7
4
6 4 45
Attitude, showmanship 4
Darjah kesukaran 1








NOTA KAKI:
  • Berikut merupakan markah penuh:
Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6



  •  Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊







Comments

Popular posts from this blog

REVIEW KONSERT MINGGU 5 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

REVIEW KONSERT MINGGU 1 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

REVIEW KONSERT GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023 MINGGU 3