REVIEW KONSERT MINGGU 6 GEGAR VAGANZA 2021


REVIEW KONSERT MINGGU 6 GEGAR VAGANZA 2021

LANGKAH SEIRINGAN


 Kredit foto : Gempak.com
 


 
  1. SUKI LOW & KHAI BAHAR – TIGA MALAM TANPA BINTANG (88%)

    hmmm kenapa iols rasa Suki & Khai mcm terkejar2 tempo, atau adakah ianya rubato? Iols cuma rasa Suki mcm terlambat masuk, jadi sheols mmg mcm ada terkejar2 sikit. Part Suki masuk solo tu mmg instrument lain mcm gitar bass dah kicked in utk rhythm section kan. Khai lebih kedengaran menyanyi dlm tempo rubato (hanya diiringi piano yg lebih ikut penyanyi & tempo flexible) berbanding Suki yg meyanyi dlm rhythm yg tetap, sbb tu confused lah sikit, sorry, hihi.. Komplen iols hanyalah Suki mcm kurang buat eye contact dgn Khai, sedangkan Khai sepanjang masa banyak usaha utk ini. Kawalan pernafasan Suki mungkin boleh diperbaiki lagi, sheols terlampau banyak inhale & exhale dgn tergesa2 tanpa management yg baik.

    Namun bila sheols start belting note2 tinggi, bijak plak sheols manage breathing ni. Awesome. Semua belting Suki hebat, terutama yg di interlude tu di mana mcm ada call & response dgn Khai, wow goosebumps. Dr segi vocal harmony, duet ni mmg tip top, cuma sekali je lah kot iols dengar tak sync sgt mereka end note, tapi part lain, impressive. Penuh chemistry dlm setiap aspek, tonal quality, panjang notes, penjiwaan semua in sync. Articulation bagus, dinamik bagus. Overall, persembahan duet yg hebat..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
20 20 6
10 8 8 72
Chemistry, showmanship 8
Darjah kesukaran 8



  1. ADIBAH NOOR & ALI SARIAH – TANYA SAMA ITU HUD HUD (76%)

    Harmonisation duet ni mcm kurang chemistry di bbrp tempat bila groove & melodi mereka tak sama, walaupun bila harmoninya menjadi. Ada bbrp part plak harmoni kedengaran spt unison jah, terutamanya di part hujung2 bile tempo menjadi semakin laju. Satu lagi, ada bbrp vibrato Adibah yg buat sheols flat lah, di samping bunyi nya terlalu draggy utk lagu spt ini.

    Ok jap iols rasa lagu ni boleh dikategorikan sbg lagu nasihat? Gabungan hadis Nabi Muhammad & syair Parsi ttg hakikat hidup, diolah menjadi social commentary ttg manusia yg walaupun ada pelbagai cara hidup, namun sbnrnya ada 1 jalan yg betul. Betul tak, nasihat? Maka keputusan Adibah utk interpret & mengolah semula lagu ini dgn gaya lebih santai, agak bijak imo. Iols agak impressed memikiorkan betapa kreatif Adibah ni sebenarnya. Lagu agogo memang sifatnya biasanya mcm lebih kpd happy mood, funky, nyanyian ada call & response even kpd audience (argh sorry iols kureng suka sikit bab ni ahaks). Tenaga, attitude Adibah langsung tak berkurang dr mula sampai habis. Articulation hebat, seketul2 keluar dr mulut sheols, jelas & nyata, tambah attitude lagi. Dinamik ada bila duet ni buat bbrp vocalisation unik, sesuai dgn lagu. Ali membantu juga dr nyanyian & persembahan yg penuh attitude. Showmanship mereka the best, mantap betul chemistry persembahan ni. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
20 10
9
9
10 2 60
Chemistry, showmanship 10
Darjah kesukaran 6



  1. AWEERA & AZMI SAAT – SETAHUN SUDAH BERLALU (74%)

    Aiseh, habis persembahan ni, iols terfikir, kenapa part Azmi lagi banyak drp Aweera ek? Yg kemuncak & memberi impak plak tu.. hmmmm rugilah.. Nyanyian Aweera start kat 1st chorus tu ada beberapa flat sbb heols tak hold betul2 note hujung. Iols perhati kawalan pernafasan Aweera mcm tak berapa efektif lah, banyak betul part selepas 1st chorus heols sedut nafas mcm tersedu gittew. Iols rasa Aweera ni lebih kepada masalah heols tak incorporate lebih support dr diaphragm, udara pernafasan hanya circulate kat bahagian dada sahaja, sbb tu cepat semput, imo lah. Chemistry dlm persembahan agak kureng, sbb terhad sikt kan. Harmonisation duet ni yg 1st tu kureng sikit, mcm unison.

    Tapi harmonisation part2 yg seterusnya, awesome. Penuh chemistry dlm nyanyian duet mereka ini. Bila harmoni, melodi, part2 mana nak bg lembut atau power, even vibrato pun syncronised. Penjiwaan kedua2nya iols rasa hebat dah, kecuali adalah sikit2 1 part kat verse awal mcm lost, nampak melilau mata. Articulation agak bagus walaupun sebutan kadangkala kurang padu. Tp yg paling penting, part last chorus modulation tu awesome sgt. Memberi impak. Persembahan ni nampak Aweera mcm dah byk improved dlm permainan volume & intensity mengikut muzik iringan, flawless terutamanya kat modulation tu. Berjaya menghasilkan dinamik juga di samping adlib2 yg menarik & impactful. Overall, very good duet performance..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
18 18
5 9 7 6 63
Chemistry, showmanship 3
Darjah kesukaran 8



  1. SHIDEE & HAQIEM RUSLI – DI SUDUT KAMAR HATIKU (68%)

    A'ah kurang sgt part harmoni, ada kat hujung tu pun lebih kedengaran spt unison. (Kalau salah konsep, kenapa tak ditegur dr awal masa rehearsal, supaya boleh diperbetulkan? Agak pelik di situ). Cuma vokal kedua2nya blended nicely lah, kat situ, chemistry kedua2nya bagus most of the time. Haqiem agak pitchy walaupun sikit jah, bbrp flat sbb tak hold note hujung2 dgn betul di verse awal & 1st chorus. Gerak badan Shidee ketika solo Haqiem agak awkward lah.

    Intonation Shidee bersih dlm persembahan ni, tempo jah bermasalah sikit di last chorus. Bila Haqiem masuk harmonising/jadi 2nd voice utk Shidee di pertengahan 1st chorus, agak cantik harmoninya, malangnya sikit sgt, kalaulah seluruh chorus tu dibuat harmoni tentu lebih bagus. Kawalan vokal & pernafasan Shidee bagus, Haqiem sikit saja di verse awal kureng, namun start 1st chorus makin bagus. Penjiwaan most of the time dah bagus. Articulation Shidee pun bagus, clear & padu. Sebutan sikit jah terjejas krn plat "s" heols jelas sgt. Dinamik ada juga tempat Shidee lembutkan, part lain jitu, intense & powerful mengikut kesesuaian muzik, terutama high notes di coda tu, sgt memberi impak. Last chorus ni jugak Haqiem paling banyak menyokong Shidee, adlib kat hujung tu bagus. Kat hujung2 ni lah datangnya chemistry duet ni mostly. Overall, persembahan vokal yg bagus..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
19 9
9
7
9 1 56
Chemistry, showmanship 4
Darjah kesukaran 8



  1. NIKKI PALIKAT & SYAMEL – GURINDAM JIWA (67%)

    hmmm susah kan sebenarnya nak betul2 interpret lagu ni, dlm persembahan ni nampaknya Nikki memilih untuk mengadaptasi babak dlm filem Gurindam Jiwa bila Nordin Ahmad & Latifah Omar sama2 menyanyikan lagu ini ketika mereka masih bahagia, sebelum isterinya ditinggalkan. Isteri bimbang kalau suami meninggalkannya, suami memujuk, betul? Idea dah bagus, cuma penjiwaan kedua2nya tak konsisten. Agak confusing terutamanya bila melihat memek muka & gerak tubuh duet ni. Nyanyian Nikki di 1st half ada bbrp yg agak pitchy kerana tak betul2 sustain note hujung2. Syamel agak mendatar di harmoni, imo kerana Syamel kedengaran agak struggle di lower register. Harmonisation yg 1st & last lebih kpd unison. Agak kureng chemistry di situ.

    Walaupun begitu, harmonisation mereka di tengah2 bagus. Kawalan vokal & pernafasan Nikki sgt bagus. Kalau ada sikit pun iols rasa ada di 1,2 kali cubaan sheols di runs lenggok melayu yg kadangkala oscillation nya agak kurang stabil. Tapi runs ini je lah yg memberi sedikit dinamik dlm persembahan ni. Articulation bagus, cuma kadangkala sebutan melayu Nikki agak pelik, imo kureng sikitlah. Overall, beautiful performance..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
20 10
9
5
8 4 56
Chemistry, showmanship 6
Darjah kesukaran 5



  1. ALIFF AZIZ & IMAN TROYE – BELENGGU RINDU (66%)

    Iols confused dgn persembahan Aliff ni, ke Aliff yg confused? Iols tak pasti Aliff faham tak maksud sebenar lagu ni yg sebenarnya agak serius, heols mcm too playful utk keseriusan jiwa lagu ni, yg kisah sebenarnya pasal nasihat seorg bapa kepada anaknya. Dlm kes Aliff, iols harap heols jadi spt seorang abang? Hmmm, tapi bg kredit lebih sikitlah sbb banyak pergerakan heols ikut groove lagu heee.. Nyanyian Aliff start pitchy di 2nd verse solo heols, part yg ni off betul. Iols setuju range vokal like Jamal dlm lagu ni mmg terlampau luas utk Aliff. Lower register Aliff kedengaran sgt lemah, banyak shaky, sbb tak dapat support note2 tu dgn betul, ternyata note2 rendah ni terlampau rendah utk Aliff, struggle kat situ. Note2 tinggi yg kemuncak agak struggle jugak, cuma iols rasa dah ok lah. Dinamik hanya datang dr keluasan range ni.

    Vocal harmonisation bagus sebenarnya dr segi chemistry tu ada dr pelbagai segi melody, struktur, emosi vokal dah in sync. Articulation pada iols selain drp permasalahan yg iols tulis di atas (lower register), part2 lain sebenarnya dah ok, banyak effort Aliff dlm bab ni. Iman sebenarnya sgt membantu walaupun iols ada rasa cringe sikit2 dengar note2 yg adalah sikit2 tak articulate dgn jitu, slurring jah kadang2 haha, takpelah, sikit jah.. Overall, persembahan yg menarik..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
16 18
6
5
7 4 56
Chemistry, showmanship 5
Darjah kesukaran 5



  1. ANI MAIYUNI & DINIE RASHID – CHIKADUN (63%)

    Setiap kali Ani silap lirik di permulaan pre-chorus tu, mesti air muka & gerak badan sheols berubah, kalau pandai fake, takdek org perasan pun kak hehe. Lagu ni agak monotonous kalau ada sikit lain pun ada modulation jah kat permulaan last chorus, pastu monotonous balik. Adakah Ani berusaha untuk buat sesuatu untuk mengatasi masalah ini? Tidak. Maka mmg takdek dinamiklah nyanyian Ani, even masa muzik dah modulate tu pun takdek pape perubahan yg dibuat, cuma ubah2 tempo jah. Pitching takdek masalah sgt, cuma ada sikit jah kat harmonisation terutama yg 1st tu. Cakap pasal harmoni, most of the time iols cuma dengar unison jah. Yg menjadi 2 kali jah, di hujung pre-chorus. Pelik sikit chemistry duet ni sbb kadang2 banyak (dr vokal, harmoni, koreografi semua in sync), kadang2 hilang. Attitude & feel banyak datang dr Dinie jah, Ani mcm kureng sikit kali ni, dr segi ni mereka tak setara.

    Walaupun begitu, iols rasa kawalan vokal Ani agak bagus, begitu juga articulation. Mungkin sbb vokal line lagu ini yg sifatnya seakan2 bertutur sahaja. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan.

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
20 12
7
5
7 0 51
Chemistry, showmanship 7
Darjah kesukaran 5



  1. AZAN SCAN & TAJUL – MALAM SEMAKIN DINGIN (62%)

    Ok iols nak komplen 1 benda pasal Azan ni. Setiap atau majoriti baris bait lagu kalau diakhiri dgn vowel, heols suka ubah vowel ni dgn tambah bunyi konsonan menjadi suku kata baru, mungkin utk mengelakkan note tu jatuh agaknya, masalahnya jadi sharp plak. Dlm persembahan2 minggu lepas, ada jugak yg menjadi sbb kalau tak silap, heols lebih kpd “shape”kan vowel tu jadi vowel lain (dr yg closed spt “ee” kpd “aa” yg lebih opened) supaya lebih senang nak hit high note, malangnya kali ni jadi off. Harap lepas ni Azan lebih berhati2 dgn perkara ni. 1 usaha yg bagus dr Azan utk tambah teknik baru dlm nyanyian, di mana heols try amek part intro adlib runs tu dr versi asal, tapi tak stabil plak, spt kata TokRam. Riff & run kalau nak tambah sepatutnya kena buat ia selari dgn key, melodi, tempo & genre lagu, ada improv/adlib Azan ditengah selepas solo heols buat & tak menepati langsung sifat2 ini.Tp usaha heols tetap iols beri kredit, sikitlah. Tajul pun pitchy kat 1st verse lagi, heols ni suka betul tarik hujung2 baris buat riff tak perlu, kadang2 off lah. Azan nampak tegang di 1st half, tapi ok kat 2nd half, masalahnya Tajul ni maintain stiff for some reason. Kurang sebenarnya dr segi persembahan chemistry duet ni.

    Namun, vocal harmonisation walaupun tak banyak & penjiwaan Azan & Tajul tak selari, sebenarnya menjadi jugak dr segi keselarian struktur chord tu. Penjiwaan keseluruhannya kureng pd iols. Kawalan vokal & articulation iols rasa dah agak bagus. Overall, persembahan yg bagus..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
20 14
8
5
7 1 55
Chemistry, showmanship 4
Darjah kesukaran 3



  1. SA.YA & ERNIE ZAKRI – HAMPIR KE SITU (61%)

    Nyanyian Sa.Ya pitchy di verse awal solo masing2, phrasing juga sebenarnya, & juga harmoni di last chorus masa 2 part harmony. Kawalan vokal banyak kurang stabil di pihak Sa.Ya , bila dipasangkan dgn penyanyi spt Ernie, ia lebih jelas di pendengaran. Dinamik mcm kureng jugak, hanya bila ada runs (tp masalahnya banyak tak stabil & ada yg off puleks), itu saja yg menyumbang kpd aspek ini. Ekceli imo Sa.Ya mmg sentiasa ada masalah tonal quality (terlalu kasar,tak stabil dsbg) dlm setiap persembahan mereka, cuma for some reason, mcm dorg tahu trick2 yg unik utk setiap genre tu & terapkan dlm nyanyian mereka. Mungkin belajar dgn cikgu vokal ke macammana, atau TokRam ke masa rehearsal, tp mmg good effort la.

    Selain drp itu, dah bagus. Harmonisation most of the time bagus sgt sbnrnya, banyak chemistry. Wailing voice adlib Sa.Ya atas harmony memberi layer2 cantik, walaupun dgn masalah di atas. Penghayatan kebanyakkan masanya bagus, kadang2 jah hilang. Articulation nice, sebutan kadangkala jelas kadangkala tak padu. Yg penting, Ernie flawless. Overall, persembahan duet yg bagus..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
16 16
4
7
6 2 51
Chemistry, showmanship 7
Darjah kesukaran 3



  1. BANDI AMUK & EWAL – SEPARUH NAFAS (57%)

    Bandi sgt pitchy. Habit nyanyian heols tak nak buka mulut ni bukan sahaja menjejaskan pitch control heols, tetapi juga sebutan, kawalan vokal & pernafasan turut terheret jatuh sekali. Hmmm.. Ewal juga sedikit pitchy di beberapa tempat. Harmonisation agak goyang mostly kerana masalah pitching mereka ni. Iols juga rasa Ewal tak betul2 menjiwai lagu ni, sounded too happy for a sad song.

    Bandi lebih bagus dlm hal penjiwaan ni, apatah lagi bila kadang2 terbit distortion tu yg imo boleh buat pendengar rasa pedih hancur hati Bandi, cuma bukan keseluruhan lagu lah. Satu yg iols suka pasal persembahan ni ialah kedua2 Bandi & Ewal ada groove yg bagus, articulation agak bagus jadinya di situ. Begitu juga dgn chemistry, somehow walaupun sorang nampak happy, sorang lagi muram, entah kenapa banyak kali iols dengar harmonisation mereka setara/syncronised mcm habis sama2, keluar distortion pun tempat yg sama, camtoh. Overall, good performance..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
12 14
4
6
4 2 42
Chemistry, showmanship 7
Darjah kesukaran 8



  1. UPIAK ISIL & USOP – SEMBUNYI (56%)

    Ini iols rasa duet yg paling takdek chemistry, dlm nyanyian harmoni & juga persembahan keseluruhan. Kurang kerjasama, Usop hanya menyanyi & bergerak sedikit secukupnya saja. Iols juga rasa mcm kedua2 Upiak & Usop tak betul2 menghayati cerita lagu ini. Rasa mcm ada dengar beberapa kali Upiak tak hold note betul2 di hujung2, kedengaran sedikit flat. Kawalan vokal juga mcm banyak yg tak stabil. Even crack di part dangdut. Starting notes Usop di solo agak goyah. Heols banyak menyanyi “into the mask” sounded agak sengau & agak kureng dr segi articulation.

    Namun, iols rasa usaha Upiak menerapkan sedikit gaya dangdut tu bagus, walaupun part ni kurang dijayakan oleh Usop, sheols punya cengkok cantik jugak, mmg jelas sgt modulation tu. Gerak badan kat situ pun mcm ada sikit2 nuansa dangdut. Intro Upiak iols rasa agak bagus jugak walaupun tak smooth sikit transition nya, too jarring imo. Dinamik hanya datang dr Upiak. Walaupun kurang chemistry, dr segi intonation harmonisation duet ni dah bagus. Articulation Upiak juga bagus most of the time. Overall, masih persembahan yg bagus..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
18 8
6
2
7 5 46
Chemistry, showmanship 4
Darjah kesukaran 6

  • NOTA KAKI:
    • Berikut merupakan markah penuh:
    Intonation,
    tempo
    Harmonisation,
    chemistry
    Breath,
    volume
    control
    Expression,
    interpretation
    Articulation
    diction
    Phrasing,
    dynamic
    improvisation
    (Jumlah)
    VOKAL
    22 20
    10
    10
    10 10 82
    Chemistry, showmanship 10
    Darjah kesukaran 8












    • SEKIRANYA MARKAH RAKAN DUET DIAMBIL KIRA SEHINGGA 20%



    1. SUKI LOW & KHAI BAHAR – TIGA MALAM TANPA BINTANG (90.4%) 
    2. AWEERA & AZMI SAAT – SETAHUN SUDAH BERLALU (77.2%)
    3. ADIBAH NOOR & ALI SARIAH – TANYA SAMA ITU HUD HUD (76.8%) 
    4. ALIFF AZIZ & IMAN TROYE – BELENGGU RINDU (72.8%) 
    5. SA.YA & ERNIE ZAKRI – HAMPIR KE SITU (68.8%)
    6. NIKKI PALIKAT & SYAMEL – GURINDAM JIWA (67.6%)
    7. SHIDEE & HAQIEM RUSLI – DI SUDUT KAMAR HATIKU (66.4%)
    8. ANI MAIYUNI & DINIE RASHID – CHIKADUN (66.4%) 
    9. AZAN SCAN & TAJUL – MALAM SEMAKIN DINGIN (63.6%)
    10. BANDI AMUK & EWAL – SEPARUH NAFAS (58.4%)
    11. UPIAK ISIL & USOP – SEMBUNYI (54.8%)




    •  Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊



    Comments

    Popular posts from this blog

    REVIEW KONSERT MINGGU 11 ALL STARS GEGAR VAGANZA 202E

    REVIEW KONSERT MINGGU 5 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

    REVIEW KONSERT MINGGU 10 ALL STARS GEGAR VAGANZA 2023