REVIEW KONSERT MINGGU 7 GEGAR VAGANZA 2021


REVIEW KONSERT MINGGU 7

GEGAR VAGANZA 2021

KELENTANG KELENTONG

Kredit foto : Gempak.com
 


 
  1. NIKKI PALIKAT – RINDU (74%)

    hmmm kurang sgtlah dinamiknya kali ni nyanyian Nikki. Banyak sgt pergerakan lakonan, sampaikan ada part mengganggu pitching. Vokal pun ikut sekali phrasing too strong jadi too dramatic dr mula sampai habis, sampaikan Nikki lupa nak bagi lembut sikit di part2 yg sepatutnya. Mcm kat verse2 rasanya lagi bagus kalau dilembutkan sikit, nak bg kena dgn cerita kat part tu di samping memberi dinamik jugak. Pastu tambah intensity lagi di part2 seterusnya gitchew.

    Selain drp tu hebat dah. Kali ni iols rasa theatrical aspect dlm persembahan ni kena dgn cerita dlm lagu tu jugak, tak lari sgt penjiwaannya. Mcm Nikki balas dendam pun ye jugak kat lelaki durjana tu macam, kali ni kau kena ikut jah apa aku cakap & buat muahahhahah!! Camtoh.. Dlm vokal Nikki pun kedengaran jiwa cerita lagu ni terutama di chorus2, mmg bunyi mcm gerammm sgt, agak fierce lah. Walaupun adalah phrasing yg off sikit, tapi most of the time, kawalan vokal & pernafasan bagus dah, powerful & stabil. Articulation pun clear & jitu sepanjang lagu. Ada adlib2 yg menarik jugak, powerful even. Overall, very badass performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
26 14
9
8
2 3
62
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 5



  1. SUKI LOW – MARABAHAYA (71%)

    hmmm pada iols tak perlu pun maskulin utk nyanyi lagu ni. Cukup dgn menjadi badass pun dah kena dgn mood & jiwa lagu ni. IMO lah. Iols faham Suki mcm dah lega & happy sgt habis jah part rap, terus dibuang visor tersebut (hehe trick kan sbnrnya, senang nak tengok lirik heee). Tapi mmg lepas takdek visor tu, elemen lemah lembut sheols pun terus keluar memancar2 gitchew, dlm vokal sheols pun terus hilang “punch” yg wujud sebelumnya, jadi kurang sikitlah ye kat sini jiwanya tuh. Apatah lagi sheols mcm terlebih happy nampaknya kat situ. Rapping pun mcm takdek dinamik sgt, siap mumbling sikit. Modulation attempt ada sikit pitchy, & iols rasa di pertengahan Suki ada hilang sedikit groove.

    Part belting kat hujung2 tu sgt awesome IMO. Clear & powerful. Kawalan vokal & pernafasan agak bagus most of the time, cuma sikit jelah slack bila sebutan articulation kurang jitu. Dinamik hanya wujud di hujung2 bila Suki banyak buat mixed voice belting yg kedengaran sedikit grit di hujung (atau mungkin jugak hanya strained), somehow ianya jadi sedikit bersesuaian dgn lagu genre hard rock ni. Showmanship sebenarnya dah bagus, cuma pada iols ianya bukan 100% sbb Suki, Suki kurang bergerak sebenarnya, tp sentiasa dikelilingi penari yg sentiasa mengikut ke mana Suki pergi. Overall, persembahan yg menghiburkan.

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
27 12
5
8
4 5 61
Attitude, showmanship 4
Darjah kesukaran 6



  1. AZAN SCAN – PELITA (65%)

    Iols agak annoyed dgn bbrp note hujung2 baris, yg jd sharp for some reason. Kenapa tak boleh hold note tu betul2 ek? Di last verse coda Azan kedengaran sedikit shaky, sbb dah mengah. Segala kawalan kureng kat sini. Setuju sgt, mmg takdek dinamik nyanyian Azan, phrasing pun sama jah dr mula sampai habis. Kalau heols lembutkan sedikit tone heols di verse2 awal tu sudah tentu terbit dinamiknya.

    Selain drp tu bagus dah. Iols agak kagum dgn Azan punya lower register, clear & padu, menyebabkan nyanyian Azan di verse2 awal sgt stabil. Kestabilan ini juga yg memberikan penjiwaan Azan lebih padu lagi, boleh dengar determination dlm vokal heols. Articulation sebutan agak bagus. Overall, persembahan vokal yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 11
10
8
0 0 57
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 3



  1. AWEERA – NOKTAH CINTA (64%)

    Ada 2 perkara iols nak tegur pasal Aweera dlm persembahan ni. 1) Breath management. Adakah Aweera ni sejenis tak usahakan support pernafasan dgn otot2 keliling diaphragm, & hanya biar airflow circulate di bahagian dada jah, atau tanking up? Dua2? Kita patut tahu utk kawal benda ni, sepatutnya benda tu berlaku secara automatik jah, slow & steady. Sbb tu support dr diaphragm penting, sbb semua udara yg dikumpul dlm inhalation tu boleh diisi dgn lebih banyak & keluar plak dgn lebih berkala. Penting, sbb mmg menjejaskan nyanyian jugak. Hilang groove tu dah pasti. Stamina plak, cepat semput. Penghayatan kadangkala boleh terganggu. Kadang2 boleh mengganggu pemuzik yg mengiringi jugak, sbb kadang2 bnyi terlampau kuat yg keluar dr pernafasan ni mcm dah form note gittew.. 2) Slang. Konsonan “T” yg bunyi mcm omputeh tu 1 hal, 1 lagi tukar vowel “i” jadi “e” (bunyi mcm melayu lama, seksi sebenarnya heeee), kalau tak mengganggu intonation, takpe lagi, tapi kali ni mmg ada yg off-pitch. Pitchy part2 lain ada jugak, bila Aweera tak hold note betul2. Showmanship utk lagu yg lebih ke arah mid tempo mmg biasanya kurang sikit, tp iols mengharapkan Aweera kurangkan lagi gerakan2 yg tak perlu, mcm libas rambut ke khenn, taulah rambut cantik, hihi.. Kali ni plak Aweera mcm dah takdek nak masukkan teknik lain mcm falsetto spt selalu, ditambah lagi dgn kurang dinamiknya lagu ini, maka kurang dinamiklah nyanyian beliau.

    Walaupun begitu, ada bbrp belting yg cantik lah pd iols, best, tapi tak banyak & takdek impak sgt, sekadar ia ringing cantik jah & yg last tu ada mcm styling slow rock kan. Articulation iols rasa takdek masalah sgt selain drp sedikit masalah sebutan yg iols tulis di atas. Iols rasa penjiwaan boleh didengar dlm vokal heols sepanjang lagu. Overall, masih persembahan vokal yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
24 11
10
8
2 2 57
Attitude, showmanship 3
Darjah kesukaran 4



  1. SHIDEE – SELAMAT TINGGAL PUJAAN (64%)

    Ahahahah adoi Shidee dgn tarian tak synchronise nya, dgn hampir 3 bar off-tempo nya.ahahahah.. Tersenyum2 kita nengoknya. Tapi, bukankah ini pelik, Shidee terlampau happy hyper utk cerita lagu ini tentang lelaki yg baru berpisah dgn pasangannya. Interpretation Shidee tak kena lah maksudnya. Cuma pd iols boleh jugak kot kalau Shidee nak interpret mcm heols tak nak sedih2, sbb dok pesan2 kat pompuan tu spy jangan sedih gitchew kan? Sikit lah kena kot, tapi iols agak kecewa kali ni dgn Shidee. 1 lagi masalah ialah nyanyian kali ni takdek dinamik langsung. Yup.

    Walaubagaimanapun, dah nampak kan sekarang, beza penyanyi yg ada breath management yg bagus & efektif ni bila nyanyi lagu tempo rancak & tarian yg ligat berbanding penyanyi yg tak bagus bab ni? Takdek mengah langsung kan. Perasan tak, kawalan vokal pun hebat sgt, sbb tonal quality langsung takdek perubahan dr mula sampai habis. Powerful tone nya, walaupun dgn muzik yg agak besar volumenya. Kalau dengar betul2, ada 1 jah suku kata yg mcm dengar tak dengar, tu pun sebelum dance break. Articulation sgt padu. Usaha Shidee menambah vocalisation di bbrp tempat tu haruslah diberi kredit jugak. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
26 17
2
9
0 1 55
Attitude, showmanship 6
Darjah kesukaran 3



  1. ALIFF AZIZ – PESAN CINTA (63%)

    Argh, mcm makin teruk jah kawalan pernafasan Aliff ni. Tapi mungkin juga sbb started dgn tarian yg rancak kot, hmm.. Start kat 1st verse lagi kot, di rangkap kedua, ada off-pitch. Pastu kawalan vokal kureng di sini, shaky & tak stabil. Benda2 ni ada lagi berulang terjadi di part2 seterusnya. Tak sangka lah jugak, ingatkan bermasalah kat lower register jah. Apa yg lg pelik, lower register vocal line dlm lagu ni sebenarnya tak rendah mana, masih di middle range baritone, somehow Aliff membuatkan part ni kedengaran lebih sukar drp yg sepatutnya. Inilah dia antara masalah penyanyi yg memiliki habit breathy tone. Cepat semput, berpeluh2 even nyanyi lebih kurang 3 minit jah, lebih2 lagi banyak bergerak. Phrasing banyak yg kedengaran tak bermaya, tak berubah sgt mengikut intensity muzik, rasa mcm takdek dinamik gitu. Last chorus lah ada sikit, tapi dah mengah kat situ, pastu tetiba heols sibuk nak sambut isteri plak, kalau tak, bolehlah sekurangnya2 coda tu diisi dgn sedikit belting note yg panjang, mungkin?

    Articulation sudah tentu bermasalah di part2 yg iols nyatakan di atas tu terutamanya, di verse2 awal & yg 2nd pun lah. Slurring banyak. Tapi bila part2 yg lebih tinggi, jelas sikit kedengaran sebutan Aliff. Walaupun ada bbrp riff Aliff yg tak stabil, tak kena dgn melodi & tempo, tp ada jugalah yg menjadi. Yg paling penting showmanship Aliff mantap. Tarian mmg ikut groove cantik. Penjiwaan ada sikiiit jah ter”lost” masa heols rasa mengah, tapi part2 lain awesome. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
26 9
9
4
2 2 52
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 4



  1. ANI MAIYUNI – JIKALAU ABANG MERINDU (62%)

    Perkara pertama yg iols terfikir masa tengok persembahan ni ialah iols rasa Ani terlebih gedik atau lebih kpd sensual, dr segi gerak geri & vokal, di mana Ani banyak menyuntik vocalisation atau pape spt ketawa kecil atau rengekan yg menjadikanya kedengaran gedik & seksi. Pd iols agak terlebih2 plak. Ke-2 ialah most of the time kedengaran mcm legato yg panjang. Jadi banyak kali rasa mcm tak jelas apa yg ingin disampaikan. Plak tu kedua2 perkara ni banyak juga menyumbang kpd masalah intonation. Dan, what's with the intro? Mcm pelik hmmm..

    Namun, sudah tentu usaha Ani menyuntik attitude2 itu harus diberi kredit, apatah lagi ia memberi sedikit dinamik dlm persembahan vokalnya. Kebanyakan masa, penghayatan tu ada walaupun agak tak kena. Showmanship juga bagus. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
24 13
6
6
2 2 53
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 4



  1. ADIBAH NOOR – BERDIRI BULU ROMAKU (59%)

    Owh okay fahamlah kenapa Adibah boleh terfikir nak tukar arrangement ke dikir barat, sbb sahutan backing vocals dlm lagu Berdiri Bulu Romaku ni serupa dgn nyanyian awak2 kan? Iols okay jah sebenarnya rendition ni, kalau betul penjiwaannya. Sbb lagu asal tak berat & rhythm pun mcm lebih kurang sama. Masalahnya konsepnya caca marba. Intro lagu Beggin' tu langsung tak masuk dgn keseluruhan konsep persembahan ni, for some reason, ia kedengaran lebih “dark” drp yg sepatutnya. Pastu Adibah tetiba mcm menyampaikan sebuah sketsa lawak. Sedangkan cerita lagu ini bukankah pasal seorang wanita yg tengah angau terhadap lelaki yg disukainya & karakter lagunya lebih gedik? Interpretation tak kenalah kat situ. Apoo phrasing “tugu Mona” dgn suara gitu yg mcm tgh bercerita utk kanak2. Nampak tak maksud iols? Nyanyian Adibah pun pitchy jugak kalau ikutkan, sbb sheols terlampau ghairah nak suntik attitude yg bukan2, tak hold note betul2, sudahnya jadi mcm lagu kanak2. Camtoh. Dinamik pun takdek dlm nyanyian sheols kali ni. Tapi segala elemen2 yg disuntik sheols ni haruslah diberi kredit jugak kan, tak bolehlah kosong sgt ahaks.

    Perkara yg tak pernah hilang dr nyanyian Adibah sudah tentunya articulation & sebutan yg jelas & padu. Kawalan pernafasan & vokal pun sgt bagus, powerful, langsung tak waver dr mula sampai habis. Overall, persembahan yg sgt menarik..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
26 14
2
9
0 1 52
Attitude, showmanship 4
Darjah kesukaran 3



  1. SA.YA – PERONDA JAKET BIRU (56%)

    Ahhaahah OMG Yassin berapa kali dah heols kena improvise sbb salah masuk? Ahahahah teruk plak tu vocalisation yg buat cover tu plak tak kena langsung. Sa.Ya ni mmg tak dapat langsung kan groove lagu ni, banyak betul off-tempo nya kat chorus. Part2 lain mcm kat verse2 plak mcm dua2 memang tak dapat groove tu. Maksudnya timing, sense of swing antara beat ke beat tu langsung tak accurate, tak kena most of the time. Harmonisation plak yg 1st mcm ok lagi, sikitlah. Tapi yg 2nd tu sumbang terus.

    Selain drp tu oklah kot. Kawalan pernafasan takdek masalah sgt, yg masalahnya kawalan vokal tak berada di landasan yg betul. Kejap ke sini, kejap ke situ. Tapi iols suka grit yg banyak datang dr Apek. Heols juga ada buat falsetto yg sebenarnya tak stabil tapi bleh bg kreditlah atas usaha itu, hehe.. Articulation bagus dah, seketul2 keluar gittew most of the time lah. Kadangkala adalah jugak tak jelas sebutan tuh. Showmanship & penjiwaan agak hebat. Overall, persembahan yg sgt2 menghiburkan..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
15 7
6
9
8 1 46
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 3



  1. BANDI AMUK – I WANT TO BREAK FREE (55%)

    Argh phrasing Bandi ni agak menjengkelkanlah, banyak off di setiap permulaan phrasing heols. Ada juga bbrp note yg heols tak hold betul2. Pitchy. Nyanyian yg takdek dinamik langsung dr mula sampai habis. Takdek perubahan intensity pun sepanjang lagu, yg hujung2 jah tetiba jadi tenggelam timbul tak stabil, agak lemah lah ye kawalan vokal di sini. Articulation agak lemah jugak, banyak betul slurring, tenggelam dlm grit lagi. Sebutan English pun kurang memberangsangkan.

    Walaubagaimanapun, penjiwaan Bandi sgt bagus kali ni. Boleh dengar determination dlm vokal Bandi sepanjang lagu. Grit yg terhasil dr nyanyian distortion Bandi membuatkan nyanyiannya kedengaran fierce di samping tone yg dah mmg sedia powerful. Ia sgt membantu dr segi penjiwaan ni walaupun dr segi showmanship mcm tak selari, most of the time, ahaks. BTW I loooovvee heavy metal & music arrangement lagu ni sgt mengecewakan, IMO menyebabkan Bandi kedengaran lebih layu drp yg sepatutnya. Iols kalau muzik tak menjejaskan peserta iols malas nak komplen sgt, tp ini, aduss, hmmmm nak buat macammanakan? Kepuasan hati iols tak penting hehe. Overall, persembahan vokal yg powerful..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
20 10
10
4
0 4 48
Attitude, showmanship 3
Darjah kesukaran 4




NOTA KAKI:
  • Berikut merupakan markah penuh:
Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6



  •  Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊



Comments

Popular posts from this blog

REVIEW KONSERT MINGGU 10 ALL STARS GEGAR VAGANZA 2023

REVIEW KONSERT MINGGU 9 ALL STARS GEGAR VAGANZA 2023

REVIEW KONSERT MINGGU 11 ALL STARS GEGAR VAGANZA 202E