REVIEW KONSERT MINGGU 8 GEGAR VAGANZA 2021


REVIEW KONSERT MINGGU 8

GEGAR VAGANZA 2021

KU PETIK BINTANG

 

 Kredit foto : Gempak.com
 


 
  1. SUKI LOW – YOU'RE MY EVERYTHING (79%)

    Okay yg ni pun iols terpaksa banding2 sebutan penyanyi asal dgn Suki. Malangnya, sebutan mmg sgt kuranglah ye, sheols kedengaran spt mumbling kadangkala. Yup, iols setuju banyak aspek yg terjejas masa Suki menyanyi sambil main piano tu. Intonation. Dr segi kawalan pernafasan & vokal, banyak betul shaky. Articulation, sheols kedengaran slurring most of the time kat sini & mana2 part lain yg banyak nyanyi notes low ke mid register.

    Walaubagaimanapun, penjiwaan Suki hebat, dr awal sampai habis langsung tak waver sikit pun, nyanyian Suki sgt menyentuh jiwa di part main piano tu terutamanya. Oleh kerana sheols main sendiri, sheols ada kebebasan yg lebih dlm mainan temponya juga, memberi lebih lagi jiwa tu. Dinamik pun hebat. Note2 tinggi mmg kekuatan Suki, nyanyian sheols di last chorus terutamanya sgt powerful & kadangkala resonant juga. Overall, persembahan yg sgt bagus.. (BTW anak Suki kiutt!😍)

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 10
10
4
9
5
66
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6



  1. NIKKI PALIKAT – ZHENG FU (77%)

    Rupanya banyak jugak part yg Nikki potong ek, keseluruhan coda lagu asal kan. Ada bbrp note Nikki yg agak off-pitch start kat 2nd chorus, tapi sikit je lah. Riff mcm ada yg tak masuk pun ye jugak. Namun, usaha Nikki menambah sedikit adlib2 ini haruslah diberi kredit.

    Iols terpaksa Google lirik lagu ni, check satu persatu phrase bandingkan sebutan Nikki dgn penyanyi asal, takdek beza sgt pun, mungkinlah ada slang atau pape dlm diction Mandarin yg iols tak tahu, tapi kalau ikut perbandingan ni rasa mcm dah bagus sebutan Nikki. Malah sebutan Nikki IMO lebih bulat & padu kebanyakkan masanya berbanding penyanyi asal, tapi kalau nak bagi markah penuh mcm over plak kan. Lagipun mmg ada part2 slurring jugak. Kawalan vokal & pernafasan sgt bagus. Dr segi intelek bagaimana Nikki mengawal volume & intensity mengikut muzik, sheols mmg terbaik. Dinamik bagus. Penjiwaan pun mantap, terasa sebaknya walaupun tanpa kita memahami maksud sebenar lirik lagu ni. Overall, persembahan vokal yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 16
10
6
6
1
67
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 5



  1. AWEERA – DIA (75%)

    Urgh iols rasa agak rengsa dgn kawalan pernafasan Aweera, masih berada di takuk lama & menyebabkan kemerosotan kawalan terutamanya di last chorus dah start terpotong2 perkataan bila nak sustain note panjang selepasnya. Slang dah banyak kurang, cuma sebutan konsonan “r” jelah masih tergulung ke dalam. Iols rasa kali ni ada 1 part jah yg Aweera tak setarakan volume intensity dgn muzik, kat awal2 last chorus, mungkin Aweera lebih fokus nak tembak agaknya..

    Selain drp tu, awesome dah. Intonation sikit jah terjejas kali ni. Articulation dah bagus, most of the time mmg seketul2 keluar dr mulut. Dinamik kebanyakkan masanya pun dah bagus selain drp part awal last chorus tu, permainan volume tone yg lembut & powerful kena dgn tempatnya. Ada tambah raspy vocal lagi kat phrasing note2 kemuncak di last chorus tu. Penjiwaan mantap, boleh rasa dlm nyanyian Aweera dr mula sampai habis. Overall, persembahan vokal yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 11
10
8
7 4 68
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 2



  1. ADIBAH NOOR – DHOOM MACHALE (68%)

    Iols dah lupa kat part mana (sbb lagu ni banyak pengulangan & monotonous adeh), tapi dapat dengar adalah 2,3 kali phrasing Adibah off sikit, tak banyak sgt. Betul lagu2 rancak dgn beat2 yg powerful macamni mmg perlu dinyanyikan ikut groove nya. Iols rasa ada bbrp part rasa mcm Adibah hilang groove tu mungkin sbb semput, dah termengah2. Disebabkan tone sheols yg berat, sheols susah nak ikut groove ni sbb tone berat biasanya tak flexible, apatah lagi kadangkala keluar vibrato sheols kat hujung2 yg menyebabkan nyanyian sheols terasa bertambah berat lagi. Berlaku kat verse2 la. Kat chorus2 sheols dapat pick up balik. Nyanyian sheols dlm persembahan ni keseluruhannya mmg takdek dinamik, & kurang attitude..

    Namun, iols rasa penghayatan dah bagus dah. Articulation pun most of the time jelas & jitu, usaha tu yg penting, sebutir2 keluar dr mulut sheols. Kawalan vokal & pernafasan dah bagus di 1st half, 2nd half mcm kureng sikit siap ada crack2 sikit, kita yg dengar pun terasa semputnya. Papepun yg penting, showmanship bagus kot. Tarian Adibah cantik jugak. Overall, persembahan rancak yg menghiburkan..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
27 12
8
8
0 0 55
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6



  1. ANI MAIYUNI – NGAJAT TAMPI (67%)

    Nyanyian Ani pitchy sejak mula2 masuk lagi, pastu banyak yg datang dr vibrato yg flat. Inilah risiko lagu yg start dgn chorus dulu, start2 je dah perlukan tenaga yg banyak, bila bermasalah di sini, teruslah bermasalah intonation tu. Di 1st chorus ni jugak iols rasa Ani tak dapt groove lagu ni, tapi lama2 beransur bagus, start kat 1st verse. Agak mendatar ek lagu ni, even melismatic singing kat interlude tu pun tak dapat mengubah sgt. Ani mcm ada usaha nak buat modulation kat tengah2 tapi lahai mcm sikit sgt, tak dgn kena melodi lagi. TBH iols lebih tertarik dgn nyanyian backup singers berbanding Ani sbg main melody..

    Walaubagaimanapun, iols rasa ada ketikanya riffs Ani cantik & ada part vibrato yg menghasilkan riff cantik ni. Kawalan vokal most of the time dah bagus gaklah, & kawalan prnafasan jugak bagus utk lagu rancak pergerakan tak henti2 mcmni. Sebutan part2 laju je iols rasa bermasalah sikit, part2 lain bagus. Penjiwaan Ani hebat sgt. Dahlah senyum jah sepanjang lagu, langsung tak nampak letih ke apa, walaupun dapat didengar sikit2lah semput nak hujung2 lagu. Cantik sgt showmanship persembahan ni. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
24 12
10
6
0 2 54
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6



  1. SHIDEE – DI AMBANG SORE (64%)

    Hmm iols tak faham, lagu ni asalnya kan lagu pop jah, kalau nak sgt tukar arrangement ke Irama Malaysia, yg peliknya kenapa mcm tak brief jah dgn Shidee, sbb Shidee nyanyi mcm gaya lagu asal. Jadi kat sini kurang kesepakatan dgn pemuzik/pengarah muzik. Ok bolehlah kot potong separuh markah kat situ. Sbb kalau ikutkan Shidee ada banyak jugak letak riffs iaitu lenggok melayu asli itu. Tempo pula dicepatkan, iols rasa Shidee pun mcm tak pasti nak letak kat mana lenggok panjang2 sikit. Yg Bunda Hetty ajar tu tak kena tempo arrangement ni la IMO. Jadi, selain drp ini, apa sebenarnya silap besar Shidee? Selain drp ada 1 note dlm terlebih sharp kat 1st chorus, pastu masa start nak masuk tu mcm tak kena sikiiiit dgn tempo. Sikiiit sgt. Pastu dinamik kurang sikit kot, ntah iols dengar banyak jah phrasing heols yg heols buat lenggok cantik, dr riffs ni pun dah terbit dinamiknya. Agak panjang jugak nafas kat part2 tu. Dinamik dr segi volume pun ada. Pastu mungkin sbb lagu ni monotonous kot, Shidee plak mcm takdek usaha nak buat modulation kecuali kat coda tu. 1 phrase jah..

    Tapi kan, bagus apa part belting tu? Powerful, memecah keheningan & monotonous lagu tu, & ada penjiwaannya kat situ ala2 mcm Fazura cakap dlm filem “aku sunyi!”, tapi yg Shidee punya lebih kedengaran merintih lagi. Penjiwaan Shidee hebat dah dlm persembahan ni, kedengaran dlm vokal heols. Walaupun ada la part interlude tu mcm heols tunggu part seterusnya ibarat murid menunggu cikgu datang nak buat ucapan kat perhimpunan pagi, mcm takut2 je nak bergerak, berdiri tegak, jadi kaku kat situ. Iols lebih suka kalau heols buat sesuatu mcm baca puisi ke, berjalan2 sikit ke. Sebenarnya kalau nak lagi best, potong jah part tu. Senang. Mcmnilah adat GV, banyak betul lagu yg tak sesuai utk pertandingan. Articulation hebat seketul2 jelas & jitu, even oscillation lenggok heols pun stabil. Iols potong sikit aspek sebutan sbb ada sekali sebutan “s” yg jadi “sh” jah. Kawalan pernafasan pun bagus. Stabil kawalan vokal sepanjang lagu. Overall, persembahan vokal yg bagus.. (BTW anak2 Shidee sooooo kiyyyoooott!!😍)

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
27 15
5
9
2 2 60
Attitude, showmanship 2
Darjah kesukaran 2



  1. ALIFF AZIZ – RAPUH (64%)

    Ouch last belted note tu strained gile, takleh sustain panjang pun. Hmmm okay macamni, iols boleh katakan iols bahagikan nyanyian Aliff dlm lagu ni kpd 3 bahagian. 1) Part heols lebih banyak whispering, iaitu kat 1st half. Kat sini heols banyak sungguh slurring & mumbling (sbb salah lirik). Hujung2 1st verse ada off-pitch. Walaupun ada part2 awal chorus heols mcm nak bg lebih tenaga, namun baris2 berikutnya tenaga heols tetap jatuh sama spt verse awal. Pastu 2nd verse. Urgh rengsa dengar sama jah masalah dgn yg 1st verse tadi, hujung2 setiap verse mesti off, kesumbangan ni bersambung ke awal2 2nd chorus. Start kat sini bahagian 2.

    2) Part di mana heols cuba memberikan lebih tenaga berbanding part 1, kurang whispering. Agak berjaya sbb lebih intense berbanding part 1. Namun kat sini pun agak mendatar sama dgn part 1 di mana tenaga & intensity berada di graf yg sama tak naik turun langsung, walaupun ketika muzik dah modulate. Maksud iols, kalau ke tiga2 part ni dipisahkan ibarat 3 lagu yg berlainan, maka tiada dinamik langsung dlm nyanyian Aliff ni. Tapi kalau digabungkan, maka bolehlah dikatakan ada dinamiknya, ditambah lagi dgn falsetto yg walaupun tak clear sgt, tp ok lah, tak off pun. Then datang belted note yg sedeh tu. Pastu coda iaitu bahagian 3) Kembali dgn slurring & breathy. Tapi agak bagus lah part ni, tak banyak sgt kan. Kat sini mmg terasa pedih sedih hati Aliff tu dlm nyanyian heols. Actually mmg keseluruhan persembahan ni penjiwaan Aliff hebat. Setiap pergerakan, memek muka pun mmg nampak & terasa jiwa lagu ni. Overall, persembahan yg meruntun jiwa.. (BTW anak2 Aliff comeynyaaaaa😍)

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
24 10
10
6
5 2 57
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 2



  1. AZAN SCAN – RIGHT HERE WAITING (59%)

    Pronunciation agak hancur bang, berkerut2 mendengar sampai habis adoiyai. Kita belajar English sejak kecil masa sekolah lagi kot. Antara subjek wajib plak tu. Banyak betul articulation yg tak bulat/jitu. Agak banyak phrasing yg off ye, ni pun cringeworthy jugak. Tapi usaha Azan ni haruslah diberi kredit. Dinamik nyanyian pun kurang juga, ada kat vibrato dr low ke mid register yg ringing cantik jah. Azan mcm kadang2 nak usahakan intensity nyanyiannya spy naik sama dgn muzik di last chorus tu, tapi mcm tak jadi sgt sbb chorus awal2 tadi pun heols nyanyi dgn volume & intensity yg sama. Kawalan vokal & pernafasan pun kureng jugaklah, banyak sungguh break & crack, selain phrasing2 yg off tadi..

    Walaubagaimanapun, penjiwaan Azan hebat kali ni, sbb ada isteri kat depan agaknya ek. Tapi yg sebenarnya iols rasa kadang2 part yg heols tambah vocalisation “yeah” tu memberi jiwa tu lebih intense lagi, agitchew. Overall, masih persembahan yg baik..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
22 11
10
2
2 2 49
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 5



  1. SA.YA – BLUES TERENGGANU KITA (55%)

    hmmm iols pelik sebenarnya, kenapa minggu2 last Sa.Ya ni harmonisation dorg sumbang sgt? Part2 lain pun banyak gaklah, last belted note Yassin tu pun flat. Most of the time dlm lagu ni iols rasa Sa.Ya tak dapat ikut pun groove lagu ni. Yg sebenarnya sebutan sebenar dialek2 ketiga2 negeri Pantai Timur mmg iols biasa sgt, agak fasih gaklah, kalau ikutkan mmg agak hancur lah Sa.Ya ni punya sebutan, tapi bolehlah diberi kredit. Articulation pun mcm banyak jugak yg padu seketul2. Kawalan vokal kurang memberansangkan, harmonisation pun kureng sgt bab ni. Tambah plak jeritan2 tak perlu Apek kat hujung2 tu. Lahai. Sedih tengok prestasi Sa.Ya menurun sgt macamni..

    Walaubagaimanapun, persembahan ni meriah sungguh. Showmanship Sa.Ya mmg mantap sokmo. Penghayatan mmg awesome sgt. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
10 8
6
10
6 2 42
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6




NOTA KAKI:
  • Berikut merupakan markah penuh:
Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6



  •  Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊



Comments

Popular posts from this blog

REVIEW KONSERT MINGGU 5 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

REVIEW KONSERT MINGGU 7 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

REVIEW KONSERT MINGGU 6 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023