REVIEW KONSERT MINGGU 1 GEGAR VAGANZA 2022

KONSERT PENGENALAN

 

 
Kredit foto : Gempak.com
 
 
  1. JACLYN VICTOR – DI BAWAH POHON ASMARA/GEMILANG (84%)

    Kenapa ye mcm ramai plak peserta kali ni yg kedengaran sakit tekak. Jac pun sama nampaknya. Bbrp part kedengaran strained. Mcm banyak sgt part yg turun key. Pastu mcm dengar ada flat kat tengah lagu Gemilang sebelum last chorus. Note besar yg last belted note tu pun hampir flat, nasib baik dapat jugak, haha.. Kalau ada part yg disebabakan sakit ni jadi terpeleot ke apa, iols terpaksa potong banyak, tp oleh krn Jac mcm tak terjejas sgt, iols mcm potong sikit2 lah ye..

    Walaubagaimanapun, Jac tetap Jac. Kawalan pernafasan Jac sudah tentu hebat. Kagum betul dengar cara sheols support note tinggi dgn tenaga & resonance, goosebumps. Sebutan agak bagus. Penjiwaan pun mantap. Showmanship menarik, transition dr lagu pertama ke lagu ke-2 mcm dramatik gitchew.. Overall, persembahan vokal yg powerful..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
29 17
10
7
8 4 75
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 2



  1. SHILA AMZAH – PATAH SERIBU/MEMORI TERCIPTA (83%)

    Satu2nya masalah iols dgn persembahan Shila ni ialah kurang penghayatan. Terutamanya dlm lagu Patah Seribu. Dari gerak geri, phrasing, mainan tempo semua pun mcm ada sedikit kurang kena dgn cerita lagu..

    Selain drp tu awesome sgt. Especially dlm lagu Memori Tercipta yg persembahan vokal Shila flawless, very powerful, fierce di kemuncak. Riffs & runs kedengaran hebat, ada agility tepat sesuai dgn key & tempo lagu. Dinamik bagus sgt, volume & intensity selari dgn muzik iringan. Articulation mmg padu & jitu dr note pertama sampai terakhir. Kawalan pernafasan pun takdek masalah. Overall, very powerful vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 16
5
10
8 7 76
Attitude, showmanship 4
Darjah kesukaran 3


  1. DINA NADZIR – CINTA DATANG LAGI (82%)

    Iols takdek komplen sgt pun dgn persembahan Dina yg ini. Articulation je lah ada problem sikit sbb Dina mcm nak masukkan attitude dlm sebutan sheols, ada plak bbrp konsonan jadi senyap. Oh 1 lagi kalau mengikut pendengaran iols, sheols ada 1 flat kat 1st chorus. Itu jah.

    Selain drp tu, amazing. Kawalan pernafasan yg bagus, kat hujung2 pun masih boleh belt panjang2 lebih kurang 9 saat tu. Ada runs yg cantik jugak. Falsetto yg powerful di hujung. Transition dr chest ke head ke chest balik pun smooth. Dinamik awesome, build up volume & intensity pun cantik jah. Penjiwaan bagus, cara sebutan Dina pun menambah penjiwaan tu. Showmanship mantap, tak perlu byk menari pun, cantik groove nya. Overall, powerful energetic performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
29 14
10
5
8 5 71
Attitude, showmanship 8
Darjah kesukaran 3



  1. BOB YUSOF – CINTA SEORANG TEMAN (81%)

    Tanpa tenaga & kawalan pernafasan yg cukup, Bob tak dapat bulatkan bbrp low notes di awal2 1st verse & sekali lagi 1st note di last chorus betul2 selepas bridge yg grand itu. Malah ada perkataan yg terpotong2 kat 1st verse tu. Itu sahaja masalah Bob dlm persembahan ni.

    Selain drp tu awesome. Intonation bersih, dinamik sgt2 cantik, membuai2. Lembut & powerful di tempat2 yg betul seiringan juga dgn muzik. Hujung2 coda tu sgt2 powerful, memberi impak. Penjiwaan pun hebat. Overall, persembahan vokal yg hebat..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 12
10
9
10 4 75
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 1



  1. ROY KAPILLA – DIKIR RAMBONG (80%)

    Utk persembahan ni, iols cuma nak komplen, banyak sgt part mung dok nyanyi abe wehhh, nok nyanyi ko dok ni? Ahaks cuma heols takdeklah diam terus, byk jerit naikkan semangat audiens meriahkan konsert kan.. Ok lah, utk konseert pengenalan iols langsung tak sentuh pasal buat mcm konsert sendiri ni. Lgpun mcm kena plak dgn lagu ni kan. Jogho kan mcm lebih kpd menyampaikan nasihat agitchew.. Lg 1 iols rasa yg kurangnya dinamik lah kot..

    Tapi dinamik Roy kat intro bagus. Articulation selain part Siam pd iols sgt bagus. Keseluruhan riffs & runs bagus, stabil, powerful, menarik & penuh attitude. Yg staccato banyak2 tu pergh awesome sgt, powerful & penuh attitude. Masalah2 mcm intonation ke tempo pun iols tak jumpa. Kawalan vokal & pernafasan agak hebat, stabil, energetic, powerful. Overall, persembahan yg sangaaaatt entertaining, energetic & powerful..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 14
10
6
5 7 72
Attitude, showmanship 8
Darjah kesukaran 0



  1. TOMOK – SEJARAH MUNGKIN BERULANG/MERAUNG (73%)

    Ada bbrp flat di permulaan chorus lagu Meraung & hujung2 last chorus lagu SMB. Iols takdek masalah Tomok nyanyi terlebih agresif, cuma masalahnya kawalan pernafasan jadi goyang, bbrp perkataan jadi terputus. Cuma iols harap Tomok kurangkan pergerakan2 yg terlampau agresif tu jugak. Kan hujung2 dah tak cukup tenaga nak nyanyi note tinggi tu aiyooohh. Lagi 1 iols tak paham, vokal Tomok tenggelam timbul sbb teknik micing yg teruk, kenapa takdek juri tegur pun?

    Penjiwaan Tomok mmg impressive. Dinamik pun agak bagus. Iols rasa hebat jugaklah Tomok berjaya menyanyi dgn intensity yg selari dgn muzik iringan. Overall persembahan yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 11
10
7
7 2 65
Attitude, showmanship 6
Darjah kesukaran 2



  1. PAT CANDY – AKAN KU TUNGGU (69%)

    Pd pendapat iols lah kan, drp Pat dok main gitar tp hujung2 cuma main rhythm plak tu tenggelam dgn 2 org gitaris lain, baik tak payah main lah dekkk haha.. Imo hanya membuang tenaga kat tempat yg tak perlu. Dr segi nyanyian Pat plak, hujung 1st verse ada sharp. 2nd verse kalau salah lirik harapnya lain kali teruskan jah, kalau tak, jadilah mcm mengumam gitu. Last chorus ada bbrp flat. Kawalan pernafasan mcm kureng sbb byk note yg mcm sheols sentuh jah, kurang tenaga nak hit note yg agak tinggi. Iols rasa drp Pat sibuk nak jerit kat audiens baik sheols simpan tenaga tu utk nyanyian part2 yg ni, sampaikan flat jadinya note2 tu kat last chorus. Dinamik agak kurang jugak pd iols..

    Walaubagaimanapun iols rasa penghayatan Pat dlm persembahan ni dah hebat. Harmonisation antara Pat & pemuzik lain bg iols bagus. Overall, persembahan yg menghiburkan..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 11
9
7
4 0 59
Attitude, showmanship 8
Darjah kesukaran 2


  1. VE – TUNGGU/KERNA SAYANG (68%)

    hmmm rasa mcm tak perlu kot lagu Tunggu ni kat dlm persembahan ni sbb kat sini yg harmonisation sgt off terutama yg upper harmony, iols tak dapat tangkap sape, pastu ada lagi sikit kat tengah2 lagu Kerna Sayang. Awal2 terutamanya kat intro nampak dorg main2 mcm bukan buat persembahan plak kat situ, agak menjejaskanlah penjiwaan. Ekceli mcm mmg kureng kan penghayatan VE kali ni. Dlm ramai2, solo Sam iols rasa plg tak memberangsangkan sbb tonal quality yg kurang stabil..

    Selain drp tu bagus dah. Part2 lain harmonisation awesome. Walaupun legato Lah (dlm versi asal) musnah di tangan Adeep, tp heols masih bagus sbb vokal stabil, bertenaga, runs pun bagus. Solo yg lain2 bagus. Articulation agak bagus keseluruhan, adalah part2 yg kureng, tp keseluruhannya masih nice. Yg plg iols suka ialah dinamik persembahan vokal VE ni mmg cantik ye dr permulaan yg lembut tp bertenaga di hujung2. Overall, persembahan yg bagus..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
24 13
6
4
6 8 61
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 2



  1. HAIDA HASNAN – HAJAT (64%)

    Ummm mcm agak byk jugak ek off-tempo, iols tak dapat cari part yg langsung takdek masalah ni. Agak mengganggulah pd iols. 1st belted note tu mcm ada sikit flat ye kat hujung. Ada part2 verse2 yg mcm tak jelas langsung apa Haida nyanyi, part2 ni je lah kurang jitu. Bila selesai chorus rangkap ke-2 tu boleh nampak kepuasan hati sheols dapat hit & sustain note tinggi2, kat situ terganggulah sikit penghayatan..

    Walaupun ada part cubaan dinamik Haida menyebabkan vokal tenggelam timbul, namun keseluruhan nyanyiannya dinamik bagus, kena dgn lirik & jiwa lagu, mendayu2. Penjiwaan bagus. Coda bagus. Articulation agak bagus, walaupun kat part2 yg terkejar2 tempo. Overall, persembahan nyanyian yg bagus.

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
23 11
8
7
7 4 60
Attitude, showmanship 3
Darjah kesukaran 1


  1. FUAD RAHMAN – BILA RINDU (63%)

    Hmmm kalau vibrato Fuad semula jadi mcm ni, maka seharusnya Fuad kena kawallah jgn sampai menjejaskan nyanyian. Sbb agak banyak jugak flat disebabkan vibrato ni. Dinamik pun mcm tak berapa sgt walaupun kalau jerit high note bunyi mcm halilintar powernya, sbb Fuad mcm takdek nak usaha lembutkan vokal di tempat2 yg perlu, sama jah dr mula sampai habis volume nya.. Ekceli iols geram tengok posture Fuad ni masa nyanyi high note. Setiap kali nak sampai part tinggi, mesti tunduk, sbb tu nampak & kedengaran terseksa..

    Tapi iols agak kagum dengar Fuad punya articulation, seketul2 ek keluar jelas & padu. Penjiwaan sgt bagus, pergerakan pun takdek yg terbazir ke buat benda2 tak perlu. Vokal dr mula sampai habis power betul. Overall, powerful vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
24 11
9
9
3 0 56
Attitude, showmanship 3
Darjah kesukaran 4


  1. TOM – LAGU UNTUK KUALA LUMPUR (62%)

    Ada bbrp off-pitch bermula dgn flat di hujung 1st verse, kat 1st & last chorus tu mcm too sharp plak. Ada sikit off-tempo di 1st verse,tp yg kt bridge tu lg teruk off-temponya, hujung part ni ada flat jugak. Sebutan, articulation agak banyak tak jelas, pelat pun ye, bab ni agak cringeworthy. Dinamik kureng, iols menjangkakan ada modulation di last chorus yg mungkin lebih laju tempo & intense tp meleset. Malah lepas bridge dah semput nampaknya. Iols masih kurang pasti kenapa, tp nampak & kedengaran strained sgt nyanyian high note Tom, struggle. Yg peliknya kat part2 ni nampak mcm bukan masalah placement, Tom ni sakit tekak ke? Kawalan pernafasan & tonal quality jadi kurang stabil..

    Agak menarik bila note2 sheols struggle takleh sustain panjang2 & sheols potong jd ala2 staccato tu lah yg lebih memberi attitude sesuai utk lagu ni. Walaupun pada iols gaya gerak badan attitude Tom dlm persembahan ni kadangkala lebih ke arah metal terutama part hujung2 tu, tapi keseluruhan showmanship Tom ni hebatlah, mesti bg kredit lebih kat sini. Very energetic, ada phrasing2 powerful jugak. Penjiwaan boleh didengari dlm vokal walaupun dgn struggle tu td.. Overall persembahan yg sgt bertenaga..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
23 11
10
4
4 3 55
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 0


  1. ASHEED DEF GAB C – CINTA SAKTI (61%)

    Pitchy sgt chorus2 mostly sbb phrasing Asheed byk attack kat tempat2 yg tak perlu. Awal2 1st note lagi dah cracked, pengulangan note yg sama plak goyang. Off-tempo plak kat coda, sampai missed terus lirik perkataan tu. Most of the time suara Asheed tenggelam timbul. Dlm persembahan lagu ni iols boleh speku heols dapat tone unik ni sbb heols buat placement yg kurang bagus & membuatkan heols mcm takdek nyanyi note2 yg jauh sikit drp speaking level. Kalau perasan, range vocal line lagu ni sgt kecil, kedengaran monotonous. Tapi takpelah buat masa ni iols nak perhati dulu & bandingkan dgn lagu2 lain.

    Walaubagaimanapun, iols suka sgt penjiwaan Asheed, imo kena sgt dgn cerita lagu ni. Iols plg suka nyanyian Asheed dlm part2 refrain, kat sini tonal quality heols plg bagus, stabil. Iols rasa terkejut juga dengar articulation heols agak jelas, seketul2 gittew. Showmanship iols rasa dah kira bagus, siap ada interaksi dgn pemuzik walaupun pergerakan heols agak terbatas. Overall, masih persembahan yg menghiburkan. Walaupun tak sehebat lagu asal, bassline dgn drumming yg agak best dlm persembahan ni kedengaran promising pd iols utk minggu2 akan datang, hehe..

  2. Intonation,
    tempo
    Breath,
    volume
    control
    Expression,
    interpretation
    Articulation,
    diction
    Phrasing,
    dynamic
    Improvisation,
    ornamentation
    (Jumlah)
    VOKAL
    22 10
    10
    7
    3 4 56
    Attitude, showmanship 5
    Darjah kesukaran 0



  3. HAZRUL NIZAM – KAULAH SEGALANYA (57%)

    hmmm masalah pendengaran sungguh kot, tp mmg masalah sumbang Hazrul ni start bila muzik/pemuzik start masuk. Off-tempo sikit, diikuti dgn note2 flat gile. Pastu kebanyakkan (eh ke semua) riffs/runs Hazrul akan jadi off-pitch, cuma iols bglah sikit point bab ni sbb ada usaha kan..

    Selain drp tu ok jah. Plg bagus penjiwaan, sekali dgn gerak badan semua, iols rasa sgt kena dgn cite lagu. Kawalan pernafasan masih agak bagus iols rasa sbb dapat buat runs panjang2. Articulation nice. Dinamik ok. Overall, masih persembahan yg baik..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
17 12
10
7
6 1 53
Attitude, showmanship 4
Darjah kesukaran 0







NOTA KAKI:
  • Berikut merupakan markah penuh:
Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 8
Darjah kesukaran 5

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 8
Darjah kesukaran 5



  •  Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊






Comments

Popular posts from this blog

REVIEW KONSERT MINGGU 5 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

REVIEW KONSERT MINGGU 1 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

REVIEW KONSERT GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023 MINGGU 3