REVIEW KONSERT MINGGU 3 GEGAR VAGANZA 2022


REVIEW KONSERT MINGGU 3

GEGAR VAGANZA 2022

PILIHANMU, OKAY LOCK 


 Kredit foto : Gempak.com
 


 
  1. SHILA AMZAH – SECANGKIR MADU MERAH (80%)

    Honestly iols rasa mcm sesak nafas dengar Shila mcm memaksa diri letak cengkuk di setiap hujung phrasing, oleh kerana terkejar2 dgn tempo laju, cengkuk yg terhasil kedengaran terlampau kasar mostly, ada juga yg iols dengar ada terhasil break yg kurang menyenangkan di hujung2 persembahan.. Mmg susah nak menghasilkan dinamik dlm nyanyian dangdut yg fast tempo mcmni sbb byk pengulangan..

    Namun, Shila berjaya tambah percanggahan tempo di intro dgn ral tempo (beransur2 jd perlahan) & menambah intensity di tengah2 dgn sedikit nuansa rock, membantu sedikit dinamik dlm persembahan ni.. Iols rasa mcm tak jumpa plak masalah pitching, hebat.. Penjiwaan bagus.. Kawalan vokal bagus, dr 1st note sampai last sangat clear & jitu articulation Shila.. Overall, very powerful performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 13
7
9
4 4 67
Attitude, showmanship 8
Darjah kesukaran 5



  1. BOB YUSOF – ZALIKHA (78%)

    Haaa itulah yg iols try nak cakap pun pasal konsert 1 dulu, band (drummer sbnrnya especially, tp duo guitarists pun) yg baru ni lebih bagus drp yg sebelum2 ni, minggu ke-2 kureng sikit sbb org lain rasanya.. Bassline utk lagu ni power betul, Band Leman ni mmg abam bassist tu the best dr dulu lg (Iols pernah juga cakap kalau boleh nak band AFMegastar + bassist dr band Leman utk GV), tp tulah GV ni kan TokRam punya ahaks.. Anyways,tak banyak sgt problem Bob kali ni.. Adalah sikit kurang aturan kawalan pernafasan di lower register sampai perkataan terpotong2. Ada juga starting frasa yg shaky sikit itupun kat hujung 1st chorus.. Ada bbrp note yg sharp sikit & off-tempo kat 2nd half.. Urgh jerit kat penonton jugak..

    Tapi yg penting agak terkejut la dekkk tengok Bob tetiba jadi energetic mcm ni.. Showmanship power betolll kali ni, iols rasa memek muka gerak geri semua pun on point kot.. Articulation bagus most of the time.. Dinamik pun bagus, energy, intensity & gaya nyanyi pun betul2 selari dgn muzik iringan. Walaupun dr segi volume suara Bob takdek dinamik sgt, tp bila muzik modulate jd rentak etnik/arabic sikit, nyanyian Bob pun modulate sekali bertukar gaya dgn tambahan lenggok sikit, acamtoh.. Pastu heols ada tambah attitude ala2 nakal sikit, sesuai dgn jiwa lagu.. Overall, very energetic performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
27 11
10
8
5 6 67
Attitude, showmanship 8
Darjah kesukaran 3



  1. ASHEED DEF GAB C – YANG PENTING HAPPY (72%)

    Nyanyian Asheed dlm persembahan ni agak kurang kawalan pernafasan, kedengaran semput sikit, jelas kat part modulation tu sampai ada part jadi shaky sikit. Articulation agak terjejas jugak.. Nyanyian kurang dinamik, part modulation tu pun heols nyanyi lebih kpd lajukan tempo jah & mungkin bertambah sikit volume & intensity lah..

    Tapi OMG terkejut gaklah bila sampai part modulation tu kan.. Awesome, energetic ahahah kiut jah.. Selain drp tu iols rasa Asheed nyanyi most of the time attitude tu ada.. Yg plg best semestinya penjiwaan lah dekkk.. Showmanship Asheed awesome.. Nampak tak, tak perlu jerit2 kat audiens pun tetap happening.. Overall, very energetic entertaining performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 11
10
6
3 3 63
Attitude, showmanship 8
Darjah kesukaran 1



  1. HAZRUL NIZAM – FATWA PUJANGGA (71%)

    Iols agak setuju dgn TokRam, nyanyian Hazrul kali ni mcm tak menggambarkan sgt isi cerita jiwa lagu ni. Tak kedengaran rindu pd yg jauh, sedih rasa tak dapat jumpa pengirim surat tu. Nyanyi plak byk tersenyum2 jah.. Flat pun ada sikit lah, start kat tengah2 1st verse..

    Lenggok Irama Malaysia cantik sgt kat awal2 verse, tp makin lama makin hilang kestabilan oscillation, most of the time part hujung2 tinggal vibrato jah.. Walaupun ada part2 yg mcm Hazrul hilang kawalan vokal, tp most of the time bagus dah.. Belted note tinggi tu bertenaga & memberi impak.. Dinamik bagus dah sebenarnya, boleh rasa jugaklah mendayu2 tu kadangkala.. Articulation pun kebanyakan masanya jelas.. Overall, persembahan vocal yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 12
4
8
7 6 65
Attitude, showmanship 3
Darjah kesukaran 3



  1. FUAD RAHMAN – GADIS MELAYU (71%)

    Alaaa janganlah, metalhead+persis hero Tamil+pandai main bass, drum pulaaakkk.. Nasib baik tak minat J-music & anime nnt iols kena bersara drp buat review ahahahah.. Anyways ko dah kenapa bang nak jugak belting gaya metal kat outro tu, sempat lagi lulz. Potong markah interpretation sikit ek.. Lagu ni agak monotonous ye, tambah modulation yg ciput kat hujung2 kalau membantu pun sikit jah.. Part sliding ascending notes tu Fuad tak bridge terus 2 note tu sbb tak cukup nafas lettew. Pasal kawalan pernafasan ni, walaupun dah improve, iols rasa ada jugaklah part yg heols tak atur betul2 terutama kat hujung2 chorus nak2 yg last tu, sampai hujung phrase tone kurang stabil skt.. Setiap kali ada lompatan oktaf rasanya, tone heols juga sedikit kurang stabil cuma tak goyang sgt lah..

    Tapi kan haaa Fuad dah boleh kawal dah vibrato, dah takdek flat dah.. Articulation most of the time clear & padu.. Penjiwaan awesome, showmanship mantap.. Plak tu mcm kena jah persembahan dgn watak2 yg baru masuk (KakLina & Azira), tak terjejas langsung penghayatan & persembahan heols, malah mcm blend sekali plak jadinya aksi2 dorg.. Tp OMG KakLinaPomPom klako gile!! haha.. Overall, persembahan yg sangat menghiburkan..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 13
9
8
2 1 61
Attitude, showmanship 8
Darjah kesukaran 2



  1. JACLYN VICTOR – PERAWAN ATAU JANDA (69%)

    Owh rupanya.. Okay iols mintak maaf sgt2 tapi iols dengar Jac mcm tengah nyanyi lagu pop jah, ala2 lagu2 gedik BBNU ahahah.. Dah kenapa tetiba ada awkward belting hujung2 coda tuh? Lulz.. Tapi effort Jac harus diberi kredit lah kan, ada juga dlm dua kali sheols buat riff juga spt penyanyi asal. Yg part intro tu, adalah usaha nak buat cengkuk, tp tetap keras lah.. Most of the time Jac cuma nyanyi ikut tempo & melodi gitu jah.. Punya rasa awkward sampai ada gak off-pitch kat hujung2 last chorus.. Tapi penghayatan masih ada kadangkala.. Dinamik pun kurang sgt sama jah dr mula sampai habis, volume terutamanya..

    Yup, usaha Jac yg byk tambah vocalisation utk bagi attitude gedik tu, pastu tambah riff kat hujung phrasing spy bunyi lenggok sikit tu bagus.. Articulation masih jelas most of the time.. Paling bagus pd nyanyian Jac ni iols rasa ialah kawalan pernafasan & vokal.. Showmanship bagus, usaha nak bg meriah suasana dgn melibatkan KakLina tu pun iols rasa bagus, cuma terjejaslah persembahan Jac sikit.. Klako lulz.. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
29 14
4
6
2 3 58
Attitude, showmanship 6
Darjah kesukaran 5



  1. TOMOK – HUKUM KARMA (66%)

    Apa yg Tomok jerit mula2 tu ek? Iols tak dapat tangkaplah.. hmmm okay, camnilah.. Pd pendapat iols, lirik lagu Hukum Karma ni boleh ditafsirkan ceritanya pergi ke arah mana kita nak agaknya, kalau baca liriknya sahajalah.. Tp kita kena tengok jugak bentuk, mood, jiwa lagu tu. Bila Tomok ubahsuai lagu ni jadi lagu yg mcm terlampau ceria, ringan mcm Samrah ni, yg pd iols bunyinya mcm Tomok cuma santai jah, mcm tgh nyanyi lagu menasihati pendengar terutama audiens kat konsert tu mcm agak tak kena la agitchew.. IMO lagu ni ceritanya lebih ke arah bila karma tu dah berlaku, penulis lagu sbg pemerhati buat lagu ni moodnya mcm “padan muka ko”, kenapa? Sbb lagunya lagu hard rock dgn nuansa dark. Penyanyi asal pun nyanyi dgn gaya geram & fierce kan, acamtoh.. Pada iols ini lah masalah besarnya.. Tomok nampaknya cuma kekalkan tempo pd vocal line, yg lain ubah banyak kan? Menarik ubah arrangement, tapi harap hormatlah karya asal dgn usaha kekalkan jiwa lagu tu.. Pendapat iols je lah.. BTW nyanyian Tomok ada bbrp flat di last chorus & mcm ada sikit off-tempo kan di bridge.. Tonal quality pun kureng sgt sepanjang lagu, lebih kpd mcm nak buat lenggok, tak jadi, buat lagi, shaky. Last kat coda baru ada bunyi Samrah tu dr nyanyian Tomok..

    Walaubagaimanapun, dinamik agak bagus sbb most of the time, bila muzik modulate jd lagu rock sikit, heols usaha nyanyi dgn lebih power. Bila tukar semula kpd samrah, vokal Tomok jd lebih lembut.. Articulation okay.. Overall, very entertaining performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
27 11
2
6
6 2 54
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 5



  1. VE – DARI SINAR MATA (64%)

    Wah merudum terus, harmonisation tak rich & loose sgt kali ni, apa dah jadi? Susah sgt agaknya jadikan lagu Rock Kapak ni kpd R&B.. Pada iols, dr segi ni, Forteen dlm GV5 lebih bagus kadang2 dgn 3 parts harmony dorg. Nak2 kalau dibandingkan dgn persembahan ni lah. Sekurang2nya dorg ada part bass acane tu. Rasa tercabar tak hihi.. Lagi 1 yg paling mengganggu ialah kawalan vokal, separuh ahli bagus, separuh lagi tak.. Rengsa dengar solo Hakim yg lemah di permulaan, tempo heols pun pelik jah, mcm lambat sgt jah nak berbanding part2 lain, mcm teragak2 pun ada.. Pastu tetiba “BAM!” Faiz masuk mcm kena langgor rasa, dgn off nya, dgn cracked tone nya, ahahah.. Cuma kira ok lah sikit sbb muzik ikut modulate jd rock-ish..

    Walaubagaimanapun, iols rasa penjiwaan semua ahli VE masih bagus pd iols.. Cham & Adeep bagus dr segi intonation & feel.. Adeep mengalunkan vokal yg bertenaga & controlled dlm byk segi, riffs pun bagus.. Persembahan & nyanyian keseluruhannya ada dinamiknya.. Overall, masih persembahan yg bagus..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
27 7
4
7
5 5 55
Attitude, showmanship 4
Darjah kesukaran 5



  1. DINA NADZIR – LAKSAMANA RAJA DI LAUT (62%)

    Pitchy gak ek nyanyian Dina dlm persembahan ni, plg jelas flat last note sebelum music bridge tu kot.. Lenggok zapin/melayu asli Dina kurang berkesanlah. Oscillation tak stabil & tak cukup halus/refined. Banyak mcm dengar vibrato atau terketar2 pun ye jugak. Breath management pun problem, tak atur betul2 sampai hujung2 phrasing jadi shaky.. Banyak gaklah part yg terjejas ni, articulation juga terkesan, slurring banyak sama ada sbb nak buat lenggok/runs atau kejar tempo.. Dinamik keseluruhannya hmmm oklah..

    Walaupun begitu, iols paling suka Dina nyanyi sambil senyum jah sepanjang persembahan, seronok tengok.. Penjiwaan dah hebat kalau tak kerana ada part2 yg sheols lost haha.. Dgn attitude nya kekadang, bagus dah.. Tapi semestinya air lagu Irama Malaysia tu mmg sentiasa ada.. Overall, persembahan yg menghiburkan..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
24 11
7
3
3 2 50
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 5



  1. PAT CANDY – CINTA GILA (59%)

    Haaa yg ni iols tensen ni, lagu dahlah senang, plak tu mid-tempo, gerak sikit2 jalan2 atas pentas gitu pun takkan last chorus separuh ko bg kat penonton nyanyi kak? Aiyyoohh.. Dahlah hujung2 kedengaran semput plak tu, shaky plak.. Rasa terkejut lagi sekali dgn kawalan pernafasan Pat haha.. Pastu flat lagi di setiap hujung chorus, cracked pun ada.. Nyanyian takdek dinamik, kurang tenaga.. Takdek usaha nak mewarnakan nyanyian pun, sikit2 jah kat last chorus mcm tweak sikit hujung2 frasa.. Kalau buat modulation di”up-tempo”kan last chorus tu kan best..

    Papepun, Pat nampak happy nyanyi lagu ni, senyum sokmo.. Kena jugaklah dgn jiwa lagu.. Articulation just nice, lagipun tak byk sgt Pat nyanyi kan, hihi.. Harap konsert depan Pat nyanyilah dgn lebih bersungguh2 ye, ni pertandingan kot.. Overall, ummm engaging performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 11
7
7
0 1 54
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 0



  1. TOM – GOYANG INUL (59%)

    Owh mmg agak byk flat kat hujung2 frasa terutamanya, mengganggu betul.. Despite ada buat vocalisation attitude yg sesuai dgn lagu ni, nyanyian Tom tetap kedengaran monotonous.. Cengkuk mcm tak kedengaran langsung kan.. Boleh dengar usaha Tom nak articulate dgn lebih kejelasan tapi mcm byk terganggu dgn kawalan pernafasan yg agak kurang bagus sbb menari ligat, ada part2 yg shaky jadinya..

    Namun, penjiwaan Tom hebat.. Boleh nampak Tom bersatu dgn jiwa lagu ni, mcm kena rasuk dgn roh lagu ni pun ada ahahhah.. Showmanship thorbaekkk.. Overall, very energetic performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
20 11
10
6
0 0 47
Attitude, showmanship 8
Darjah kesukaran 4



  1. HAIDA HASNAN – NANG (58%)

    Ini satu lg persembahan yg agak terkejar2 tempo jugak. Kawalan pernafasan & vokal terjejas, banyak shaky. Articulation selain kat chorus kurang jelas & jitu.. Geram tengok setiap kali nyanyi low notes lah yg tetiba nak kena turun tangga, jalan2 apooo habislah off.. Inilah kot yg dikatakan kena pandai atur vokal & persembahan.. Nyanyian pitchy bermula kat 1st verse lagi, jelas kot yg permulaan belting kat bridge tu..

    Kalau tak kerana part2 bridge & modulation last chorus tu iols tak tahu kat mana dinamiknya nyanyian persembahan ni.. Yg penting nyanyi sentiasa senyum, kiuuutt jah.. Attitude ada terbit dlm vokal jugak.. Penjiwaan most of the time hebat dah.. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
22 11
9
4
2 2 50
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 3





NOTA KAKI:
  • Berikut merupakan markah penuh:
Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6



  •  Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊



Comments

Popular posts from this blog

REVIEW KONSERT MINGGU 5 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

REVIEW KONSERT MINGGU 1 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

REVIEW KONSERT GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023 MINGGU 3