REVIEW KONSERT MINGGU 4

GEGAR VAGANZA 2022

AMAN DI MATA DAMAI DI HATI


                     Kredit foto : Gempak.com

 


 
  1. JACLYN VICTOR – YOU RAISE ME UP (85%)

    Boleh dengar lagi tekak Jac belum pulih, kekadang strained ye note2 besar & tinggi. Iols rasa ni lah sbbnya ada part kat coda tu dengar mcm sheols nak buat riff tp putus, sikit jah.. Satu lg iols rasa mcm susah betul nak faham sebutan Jac, braces ke? Plural bertukar menjadi singular contohnya, pastu mcm tak keluar seketul2 gittew. ok tu jah..

    Selain drp tu awesome sgt.. Intonation bersih dek.. Walaupun ada masalah di vocal tract, Jac masih berjaya mengawal pernafasan & vokal keseluruhannya dgn sgt bagus.. Dinamik cantik sgt vokal mendayu2 dr awal, tp bila muzik modulate fuhh powerful dekkk. Belting yg resonant, majestic.. Penjiwaan thorrbaekk, part ni pun selari dgn muzik.. Tak payah pergerakan langsung, vokal Jac dah berjaya memenuhi di segenap ruang penjuru dewan tu.. Overall, very beautiful powerful vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 14
10
6
9 7 76
Attitude, showmanship 6
Darjah kesukaran 3



  1. BOB YUSOF – SUMAYYAH (81%)

    Ada sekali dua lah flat nyanyian Bob, kat hujung2 1st verse & permulaan 1st chorus.. Ini disebabkan Bob kurang kawalan pernafasan & tenaga bila nyanyi low register, nak naik ke pre-chorus tu pun mcm kurang smooth sikit.. Ok tu jah komplen iols..

    Selain drp tu awesome sgt.. Articulation part2 lain dah awesome sgt, seketul2 perkataan keluar dr mulut Bob walaupun heols sentiasa buat dinamik tu, kawalan vokal dr aspek & part2 ni hebat.. Keseluruhan nyanyian Bob mmg cantik dinamiknya.. Kat coda tu wow impressive sungguh dgn powerful nya, tambahan lenggok qasidahnya, cantik & stabil plak tu.. Part coda ni mmg memberi impak kan, mcm semua org dr dewan sampai yg kat rumah pun tetiba jadi ternanti2 apa yg Bob nak buat seterusnya, awesome, I loiikkee.. Penjiwaan pun bagus.. Overall, very engaging vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 12
10
8
8 7 73
Attitude, showmanship 4
Darjah kesukaran 4



  1. VE – KAULAH SEGALANYA (80%)

    Adoiii klako laaa KakLina & Sherry ahahahah.. Iols cuma nak komplen pasal kawalan vokal bukan setakat solo. Dr segi volume, harmonisation mcm kadang2 menenggelamkan vokal ahli yg tengah nyanyi main vocal. Dlm solo, Hakim (ntah betul ke tak, sbb iols tertukar yg mana Hakim, mana Fakhiz, sorry hihi) yg mcm ada masalah nak buat riff, membuatkan heols cracked & off. Iols rasa sbb heols la kot yg tetiba terpaksa amek part bass, bila selama ni tak biasa guna lower register ni jd mcm tak stabil. (iols speku Hakim buat suara bass dgn tarik larynx ke bawah, bila kedudukan larynx tak neutral, tonal quality jadi hilang kestabilan) sbb tu bila heols nak kembali ke suara asal, jadi goyang..

    Nyanyian VE kali ini keseluruhannya pd iols sgt bagus.. Adeep, Cham & Fakhiz takdek masalah sgt.. Harmonisation kat intro tu hebat dekk, dah ada pun part bass, jadi 3 parts harmony (takleh buat 4 ek? Hihi).. I loikkee intro tu.. Part2 lain harmonisation mostly mmg dah tight dekk. Penjiwaan setara, nyanyian semua ahli mula & habis serentak.. Articulation pun most of the time mmg bagus.. Dinamik boleh rasa dr intro menaik ke chorus menaik ke last chorus dgn vokal solo bertenaga dr Adeep.. Amazing part ni.. Overall, persembahan vokal harmoni yg sgt bagus..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
28 16
5
8
7 7 71
Attitude, showmanship 4
Darjah kesukaran 5



  1. TOMOK – KAU YANG SATU (77%)

    Rasanya Tomok mcm takdek masalah besar sgt dlm persembahan kali ni, melainkan teknik micing yg agak mengganggu lah kekadang.. Kenapa Tomok mesti jauhkan mic bila nak nyanyi high notes? Tak memasal jadi tenggelam timbul suara.. Owh 1 lagi, strained sgt lah note tinggi yg closed vowel “ee” tu.. Terperanjat mendengarnya. Kalau buat mainan vowel utk bg lebih terbuka mesti lagi bagus.. Lagi 1, kalau Tomok boleh kurangkan phrasing yg terlampau kasar atau tegas, mesti lagi wow nyanyian Tomok..

    Tp wow awesome sgt graf persembahan Tomok dgn lagu ni.. Build up nya cantik betul, kenaikan intensity tu tak mendadak/jarring sgt kali ni, volume vokal Tomok pun setara dgn muzik iringan, jadi dinamiknya bagus juga.. Walaupun cara nyanyian Tomok sebenarnya agak kasar/terlampau tegas, sebutan takde dinamik, tapi mmg boleh dengarlah kat verse tu vokal heols lembut sikit, pastu naik part modulation terasa bersungguh2 dgn tegasnya hanya pada yg satu tu (Allah) hidup heols, acamtoh.. Pastu turun ke last verse, agak mendayu dgn ada sedikit crying sensation tu di hujung tu.. Intonation Tomok bersih.. Articulation agak bagus.. Overall, beautiful emotional performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 12
10
7
6 4 69
Attitude, showmanship 6
Darjah kesukaran 2



  1. HAZRUL NIZAM – KU MOHON (77%)

    Haha adoii gandingan TokFinaz + KakLina+ Sherry mmg klako.. Pasal Hazrul, tak banyak masalah pun, tp ada 1 flat di 2nd verse.. Tapi mmg tak banyak lah yg Hazrul lakukan dlm arrangement nyanyian heols. Sbb lagu ni agak mendatar, iols jangkakan lebih banyak perubahan yg Hazrul buat.. hmm ntahlah segala2nya ttg persembahan Hazrul ni bg iols sederhana sahaja.. hmm camane ek? Contohlah heols suka tambah riff kan kekadang, tp riff heols buat tu tak salah pun, cuma kurang agility & power, kedengaran lemah tak bermaya pun ye jugak.. Even note falsetto yg plg besar & tinggi tu pun mcm cuma cukup2 makan.. Articulation kurang jitu.. Ntahlah IMO nyanyian Hazrul biasanya mmg agak kurang power agitchew, iols suspek heols tak dapatkan betul2 breath support di diaphragm..

    Namun, yg sebenarnya betul vokal Hazrul mmg soothing & merdu, cuma cukupkah ini dlm satu2 pertandingan? Ko lawan Jac bang, haaa.. hmm selain tu, penjiwaan dah bagus sgt.. Dinamik pun dr segi nyanyian & persembahan, semuanya bagus.. Showmanship menarik, kiut sgt bebudak buat sign language, rasa nak pelukkk jah.. Overall, persembahan yg menenangkan jiwa..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
29 12
10
6
7 4 68
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 4



  1. SHILA AMZAH – PUDAR (74%)

    hmmm nyanyian Shila shaky agak banyak di 1st verse, haaa itulah dulu lagi iols bebel pasal posture. Ko duduklah macamana pun nak tertonggeng ke baring ke cuma yg penting kena kepala ke spine kena betul2 selari dek.. Pastu ada bbrp riffs&runs Shila kali ni yg rasa mcm tak kena dgn melodi lagu, ada yg off plak tu, sekali lagi mungkin kerana sheols memaksa setiap hujung phrasing mesti nak kena ada riff tu. Cuma taklah sekasar/rushed mcm konsert 3. Kali ni mungkin sheols hanya nak lari jauh dr versi asal.. Tak cukup breath support utk sustain note tinggi & tenaga jugak utk switch registers, transition dr chest ke falsetto/head voice ke chest balik pun tak smooth, kadang2 kena break pastu sambung..

    Selain drp tu dah hebat dah.. Penjiwaan terutama di verse2 awal & akhir tu mmg menusuk jiwa sungguh.. Dinamik cantik betul kat part2 ni.. Articulation walaupun ada juga sedikit terjejas di part2 kesalahan di atas, part2 lain sgt padu.. Tambahan Amylea di hujung2 tu juga agak memberi kesan yg lebih tragis lagi kpd keseluruhan persembahan Shila ini.. Overall, nice heartbreaking performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
26 11
10
8
6 2 63
Attitude, showmanship 6
Darjah kesukaran 5



  1. DINA NADZIR – MEWANGI (68%)

    OMG konsert ke-4 ni rasa mcm malam girl power haha, Dina pun klako ahahhah.. Anyways, nyanyian Dina adalah pitchy sikit jah, bermula dgn sedikit sharp di tengah, flat sikit hujung2 1st verse.. Articulation kadang2 tak jelas langsung, mcm tak cukup tenaga & nafas gittew nak bulat2kan perkataan. Aspek ni lah yg plg mengganggu pd iols; kawalan pernafasan Dina, sgt bermasalah terutama di 2nd half, nak2 ada falsetto (benda ni mmg buat kita lepaskan lebih banyak nafas berbanding phrasing biasa) kat hujung2 1st half, sampai ada bbrp perkataan yg terpotong2 jugak. Iols rasa Dina kena usaha utk tambah stamina lah. Mcm 1st konsert tu..

    Tapi falsetto tu baguslah, cantik & penuh feel. Transitionnya pun smooth.. Penjiwaan sgt bagus.. Dinamik persembahan Dina pun sgt membantu, boleh rasa turun naik, last sekali boom! coda yg powerful.. Cantik.. Overall, persembahan vokal yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 9
10
5
6 4 62
Attitude, showmanship 3
Darjah kesukaran 3



  1. FUAD RAHMAN – LAYANG-LAYANG TERPUTUS TALINYA (65%)

    Jap.. Betul ke mcm yg TokRam cakap tu, air mata Fuad tu propa? Iols takdek kat situ jadi iols tak tahu.. Yg iols tahu, vokal Fuad sgt2 terjejas okay, & menunjukkan simptom2 sebak & menangis.. Bukankah bila kita menangis teruk, kita susah nak bercakap? Samalah bila kita menyanyi jugak.. Kenapa? Sbb bila sebak, kita susah nak maintain penyelarasan yg perlu utk nyanyian yg bagus. Mucous membrane dlm throat & hidung mengembang.. Kalau nangis teruk, pernafasan & vocal tract ter”block” & otot dlm muka jadi twisted.. Lebih teruk bila kita tahan2 plak air mata yg nak keluar.. Lagilah banyak mucous terhasil, hidung jadi mcm tersumbat, throat muscle pun mengembang/bengkak, hasilnya vokal jadi kurang clear, tonal quality terjejaslah kesimpulannya.. Hoarseness/serak teruk yg masa heols mula2 nyanyi tu pun dah jelas kedengaran terjejas tu.. Baca lirik lagu ni mmg kena sgt dgn cerita hidup Fuad.. Ada bbrp part dengar mcm heols takleh articulate betul2 clear.. Terlampau overwhelmed dgn emosi sedih ni.. Sayang sekali heols tak berkebolehan kawal emosi ni dr kacau vokal masa menyanyi.. Astro punnn sibuk benor tayang vt sedih2 sebelum nyanyi..

Perasan tak kat tengah2 persembahan, muzik dah modulate baru heols try ubah emosi heols dgn tukar fokus? Gerak2 badan sikit, pastu kat music bridge angkat tepuk2 tangan ke arah peminat, tersenyum2.. Yang penting kat sini iols nyampahlah lulz, terus potong byk markah kat persembahan & interpretation sikit.. Kawalan vokal Fuad byk gaklah terjejas, ada crack sikit sekali dua, ada sikit vibrato yg agak flat.. Iols rasa peliklah, kenapa Fuad ni menyanyi mcm tense sgt ek? Takleh relax2 sikit ke bang? Masa nak phrasing yg ada note2 tinggi besar mesti heols nak start phrasing tu heols mcm tense sgt. Agak tensen iols tengok posture heols belting kali ni ayyoo.. Ohya, Fuad masih ada masalah posture masa nyanyi note2 tinggi bukan belting tu,ntah nape ek mcm kena paksa plak note2 tu keluar. Alangkah baiknya jika Fuad treat part ni sama mcm heols menjaga belting heols, relax tp powerful..

Anyway.. Rock/metal belting yg ascending sampai G#5 tu awesome. Sliding dah makin smooth.. 2,3 kali belting hujung2 tu awesome, very powerful, memberi impak.. Most of the time dr nyanyian heols boleh rasa jiwa sedih & penyesalan spt dlm cerita lagu.. Dinamik dah bagus dah, volume & intensity terutamanya selari dgn muzik iringan.. Overall, persembahan yg bagus.. BTW astaghfirullah al-azeem KakLina PomPom dgn Sherry ahahahah gelak guling2 iols..🤣

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
26 10
8
4
5 5 58
Attitude, showmanship 2
Darjah kesukaran 5



  1. ASHEED DEF GAB C – ANDAI KU TAHU (64%)

    Sedikit off-tempo di permulaan last chorus.. Ada bbrp flat di hujung2 phrasing, start kat hujung 1st verse, ada yg disebabkan oleh vibrato jugak.. Bbrp crack masa chorus, articulation tak jelas kadangkala.. Iols perasan jugak sepanjang GV ni rasa mcm kurang sgt dinamik dlm nyanyian Asheed.. Itulah kadangkala identiti unik penyanyi tu boleh juga jadi kekurangan sebenarnya. Cuma pd iols, kalau Asheed usahakan utk betulkan sikiit jah aspek2 penting ni sambil2 masih kekalkan identiti unik tu mesti lagi majestic.. Sbb iols rasa ada benda2 tu yg boleh dibetulkan tanpa korbankan identiti tu. Contohnya, distortion yg dibuat Asheed tu sebenarnya boleh jah nak jadikannya kedengaran lagi gah. Fry register tu boleh jah dibuat dgn tone placement yg lebih berkesan, spt cuba bayangkan tone tu di”place”kan kat bahagian atas sikit, kat mask ke, barulah boleh nyanyi note2 yg lebih tinggi, lebih selesa lah jugak dlm pitch control acamtoh..

    Walaupun begitu, penjiwaan Asheed awesome.. Cerita dlm persembahan yg cuba di persembahkan Asheed sgt menarik.. Overall, persembahan yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
27 12
10
6
0 0 55
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 2



  1. TOM – HANYALAH SATU (58%)

    OK pada yg tak tahu lagi, “intonasi” yg dimaksudkan TokSyafinaz ni maksudnya kebolehan/sensitivity penyanyi terhadap ketepatan pitch ye. Iols ada dengar lagi even penyanyi yg masih guna intonasi mcm refer kpd suara, sbb dlm percakapan kita biasa guna istilah mcm ni. Jadi kpd mereka yg tak suka kita guna jargon/istilah2 vokal yg berasal dr root nya;Italian, tolonglah faham. Kadang2 istilah bahasa kita guna utk percakapan sbnrnya takleh guna utk teknik vokal/muzik. Bukan nak berlagak, tp itu je caranya bila kita perlu nak bincang pasal teknik2 ni, bila direct translation dia ke BM terus jadi lain makna, cth lain ialah “shaky”, “vibrato”(mekaseh byk2 TokFinaz dah terangkan sebutannya, iols dah sentuh pasal ni dlm review GV season2 lepas sbb rengsa dengar org suka buat lawak lucah psl ni).. Dr segi intonation, Tom masih ada bbrp flat yg ketara bermula di awal2 1st verse lagi..

    Seperti yg iols dah terangkan dlm review lepas, bila Tom elak nak “place”kan tone sheols lebih belakang drp nasal & mouth cavity, keep it berlegar dlm ruang2 ni je, sheols akan jadi nasal. Jadi kali ni iols pujilah usaha Tom fix masalah nasal ni dgn “place”kan tone sheols ke belakang sikit mostly. Bila nak belt note2 besar & tinggi, “pharynx” (sbg resonator) yg terletak di belakang ini perlu digunakan secara maksima, kalau tak, takleh pergi. Mmg kedengaran strained, sbb kat situlah part yg sakit kan. Tp dr segi ketepatan pitch dah betul & vokal pun bertenaga, selari lah dgn muzik.. Serak/hoarseness yg membuatkan ia kedengaran terlebih marah pd iols, grit kan.. Tp mmg adalah part2 lain yg pada iols kedengaran agak terlampau kasar & agresif articulation Tom ni. Menjejaskan jugak kawalan pernafasan Tom jadi sekali inhale takleh distribute jadi phrasing yg panjang2. Perasan kan, mcm tercungap2 sikit kat part2 yg terlebih agresif ni. Pastu ada crack sikitlah.. Dinamik pun kurang sbb mellow cuma di awal2 1st verse jah.. Vokal keseluruhannya iols rasa masih bagus, powerful.. Tom pun nampak cantik & sweet.. Overall, masih persembahan yg baik..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
24 11
7
6
4 0 52
Attitude, showmanship 2
Darjah kesukaran 4



  1. PAT CANDY – KEMBARA DI TANAH GERSANG (56%)

    Pat ada masalah intonation yg sgt ketara, majoritinya berlaku bila sheols nyanyi verse2, masa menyanyi low register, banyak flat lah terutama di 1st verse. Kat part2 lain ada sikit jah hujung2 phrasing. Tapi yg penting bila pergi ke middle register, bagus, smpai low je sikit terus cenderung utk flat.. Kawalan vokal agak kureng dek, most of the time mcm ok, tp kadangkala berkerut2 dengar sbb tak jelas articulation Pat.. Dinamik pun kureng sebenarnya, walaupun sheols ada modulation di last chorus, yg sekurang2nya adalah naik skt intensity. Dgn ini iols bglah sikit kredit. Cuma tulah, volume sheols samaaa jah dr mula sampai habis.. Off-tempo ada sikiiit kat hujung 1st chorus..

    Walaubagaimanapun pd iols, Pat sudah berjaya menjiwai lagu ni secukupnya, tak kurang & tak berlebihan.. Dr segi persembahan iols mcm kurang berkenan dgn pergerakan Pat, penari2 tu takpayah ada pun lg bagus sebenarnya IMO lah.. Yg penting KakPat nampak cantik gile dek.. Overall, masih persembahan yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
21 12
10
6
1 1 51
Attitude, showmanship 3
Darjah kesukaran 2



NOTA KAKI:
  • Berikut merupakan markah penuh:
Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6



  •  Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊



Comments

Popular posts from this blog

REVIEW KONSERT MINGGU 5 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

REVIEW KONSERT MINGGU 1 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

REVIEW KONSERT GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023 MINGGU 3