REVIEW KONSERT MINGGU 5 GEGAR VAGANZA 2022


REVIEW KONSERT MINGGU 5 GEGAR VAGANZA 2022

KU SERU LAGU BERTAMU

Kredit foto : Gempak.com

 


 
  1. JACLYN VICTOR ft AINA ABDUL – CINTA (89%)

    OMG almost flawless.. hmmm IMO, harmonisation duet ni kurang “rich” sbb dua2 kedengaran spt mengambil part soprano, takdek sapa yg amek part yg lebih bawah, kurang2 mezzo lah kan.. Kalau ada, volume si mezzo (atau lebih bawah lagi, alto) ini akan memberi bentuk & mendukung harmoni dgn lebih kukuh & kedengaran majestic lagi.. Aina banyak tersenyum2 ek boleh dikatakan sepanjang lagu walaupun lagu ni sebenarnya dark moodnya. Nasib baik Jac maintain penghayatan dr mula sampai habis..

    Takdek buat salah besar pun duet Jac & Aina ni.. Intonation bersih.. Kawalan vokal hebat dua2, Jac adalah sikit2 kedengaran strained tapi boleh difahami, masih ada saki-baki sakit tu kan.. Walaupun Jac kedengaran spt susah nak articulate dgn jelas di lower register kat 1st verse solo sheols, part2 lain bagus dah.. Dinamik pun agak bagus, lagu ni sape2 nyanyi pun phrasing mostly akan jadi agak keras kan.. Penjiwaan dlm vokal & persembahan Jac hebat.. Overall, very powerful vocal performance..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
25 19 10
10 8 5 77
Chemistry, showmanship 7
Darjah kesukaran 5



  1. FUAD RAHMAN ft NAQIU – GEMURUH (88%)

    Sikiiit jah nak komplen.. Iols rasa mcm ada sesuatu lah dlm tekak Fuad ni, yg membuatkan transition low note naik ke middle note kadangkala kurang smooth sikit. Mcm extra mucus dr lemak tenusu ke minyak ke, gitulah, iols kurang pasti sebenarnya.. Kalau betul Fuad masih consume lagi benda2 pantang penyanyi gini sebelum menyanyi atas pentas, harap tinggalkanlah ye bang (macamlah heols baca lulz).. Last belted note tu dah bagus sebenarnya, cuma yg bunyi crack2 sikit tu cuma Fuad punya edge/serak tu yg kurang stabil sbb masa heols start pitching tu heols tunduk, (lupa kot, sbb yg sebelum tu bagus jah posture) pastu baru dongak, jadi tone placement heols berubah2, resonance pun jadi berubah2.. Benda kecik sgt jah sebenarnya..

    Jap2, iols check Fuad belted Bb5 bbrp kali? Siyeslah, belt paling tinggi dlm phrasing/stanza setakat ni kan, kat GV.. Bila nak nyanyi lagu Metal ni BangFuad oiii.. Actually rasa goosebumps okay tengok persembahan ni.. Permulaan Fuad cantik betul, heols build up mood & volume ni slow2 dr permulaan 1st verse tu dgn ada dinamik, pastu menaik sikit, ada melodi cantik yg sesuai, pastu heols isi interval dgn adlib cantik (cantik harmonising dgn “main” guitar), jugak nak bg Naqiu sambung.. Yg part bridge Fuad banter dgn drum tu mmg thorbaekkk build up nya.. OMG awesome sgt chemistry duet ni, kagum tengok & dengar harmonisation dorg.. Masa hujung 1st pre-chorus phrasing “gerigis besi kaca dan pawaka”, Naqiu ada buat raspy vocal dgn false cords (ala Bandi tp dgn pitch control yg lebih bagus, amazing btw), hasilnya masa harmoni kat sini, serak Naqiu mcm menyelimuti vocal Fuad yg lebih clear, nyaring & lantang, ibarat mcm bukan selari jah, tapi dah bersatu gittew, bbrp kali dengar kat sini tetap rasa goosebumps tu.. Start kat sini sebenarnya yg bg goosebumps yg datang byk kali kemudiannya tu.. Terima kasih Naqiu kerana berjaya buat Fuad keluar dr rasa takut2 atas pentas GV tu, harap lepas ni Fuad tak takut lagi dah nak lepaskan jah “naga” dlm diri tu ahaks.. Anyway, selain drp tu, intonation duet Fuad & Naqiu ni bersih.. Keseluruhan dinamik nyanyian Fuad especially bagus, sentiasa selari dgn muzik iringan.. Articulation hebat, sgt clear & jitu most of the time.. Penjiwaan, kena komen lagi ke? Ahahah dgn naik sheikh mcm dah kena rasuk dgn roh lagu jah dua2 Fuad & Naqiu neh, dgn setiap pergerakan pun chemistry tu terasa tebal sungguh rasanya tak dapat nak dicantas markah sikit pun atau dipertikaikan lagi.. Choreo yg part setiap kali belting tu fuhh idea sape lah tu,goosebumps tengok.. Overall, very badass powerfull performance.. (Anyway, OMG ada berlaku perebutan jantan kah di atas pentas GV kali ni? Makin gigih pastu nampaknya KakLina adoiiii ahahhah astaghfirullah al-azeem klako betul gabungan KakLina dgn TokFinaz neh lulz)

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
25 20
6
10
9 5 75
Chemistry, showmanship 10
Darjah kesukaran 3



  1. SHILA AMZAH ft MIMIFLY – TAMPARAN WANITA (83%)

    Waaahh sharp tarian dlm segmen khas tarian tu ek, barulah boleh fokus tarian jah, awesome2.. Anyway, iols rasa verse awal tu boleh dibuat tanpa swag yg melampau kot, kalau nak betul2 kena dgn lirik lagu lah, IMO.. Lg kalau tarian ada gerakan yg mcm Shila & Mimi bersentuhan sikit mungkin akan lebih hebat lagi chemistry tu.. Dr segi nyanyian, Shila ada sikiiit flat di chorus pertama & di hujung belting sheols sebelum music bridge tu.. Dinamik pun kureng sgt, maklumlah lagu ni nampaknya banyak nak kena “punch” agitchew..

    Selain drp tu, amazing.. Showmanship mantop betul, bukan setakat seluruh pentas, tapi sampai ke bawah pentas pun sheols conquer haha.. Penjiwaan selain drp yg iols sebut kat atas, hebat dah, boleh rasa marah fierce tu sepanjang lagu.. Tak banyak harmoni yg dibuat dlm persembahan ni, jadi kureng sikitlah ye part ni, walaupun iols rasa harmonisation duet ni dah bagus dah, tone & volume selari, penjiwaan juga sama.. Articulation Shila bagus ye, most of the time dengar seketul2 jelas & terang mungkin juga kerana lagu ni mmg vocal linenya seketul2 suku kata tu, “punch” sampai habis.. Kawalan pernafasan & vokal Shila hebat ek, most of the time lah, maintain jah tenaga dr mula sampai habis.. Runs hujung2 tu sgt bertenaga & fierce bunyinya.. Overall, very powerful energetic performance..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
23 16
9 9 9 2 68
Chemistry, showmanship 10
Darjah kesukaran 5



  1. BOB YUSOF ft ZIZI KIRANA – OMBAK RINDU (82%)

    Aiseh, Zizi ada bbrp kali hilang kawalan pernafasan & nampaknya riff yg Zizi buat juga tak selari melodi dgn Bob punya. Haa ni lah masalahnya, harmoni kadangkala mcm kurang chemistry pun ye jugak, Zizi mcm kurang agak keras & dinamiknya, Bob plak agak mellow & penuh dinamik. Harmonisation yg hebat sepatutnya bila ke dua2 rakan duet selari/in sync dlm banyak aspek, dlm duet ni iols dengar agak banyak kuranglah. Ketahanan sustain note pun tak sama (last note tu jelas sgt), itensity kadang2, penjiwaan pun kadangkala tak selari.. Ini mengurangkan sikitlah ye markah di harmonisation..

    Selain drp tu awesome dah.. Dr segi nyanyian solo, Bob agak flawless di sepanjang lagu.. Articulation yg jelas & terang-benderang walaupun dgn dinamik yg sentiasa rasa mendayu2, amazing.. Penjiwaan bagus, terutama di 1st half tu, kena sgt dgn cerita lagu, mmg boleh rasa, nak2 dgn dinamik heols tu.. Iols paling suka bila modulation di last chorus tu berlaku, ke dua2 Bob & Zizi pun sama naik intensity nyanyian, modulate jugak, bila mellow balik di coda, nyanyian masing2 pun mellow balik, cantik sgt part ni.. Overall, very good vocal performance..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
25 16
8
8
10 8 75
Chemistry, showmanship 4
Darjah kesukaran 3



  1. TOMOK ft SUKI – MAWARKU (79%)

    hmmm iols tak suka lah part music bridge persembahan ni, Tomok & Suki buat adlib tu kan. Kat sini Tomok hilang sedikit soul yg heols dah berjaya maintain sepanjang persembahan ni, IMO lah. Tomok mesti nak jadi agresif jugak kan, dlm lagu apa pun, haha.. Ada jugak part iols rasa Tomok kureng sgt bab breath management sampai perkataan pun terpotong2. Suki pun masih ada ek masalah shaky sbb kawalan pernafasan ni jugak, di 1st half.. Satu lg yg kurang sgt pd nyanyian Tomok ialah dinamik, kali ni dinamik dr segi intensity persembahan yg heols cuba terapkan kurang menjadi, tp atas usaha tu iols mesti bg jugak kredit..

    Walaubagaimanapun, intonation bersih.. Keseluruhan duet ni iols rasa dah bagus sgt dah.. Harmonisation cantik, chemistry hebat. Bayangkan iols terdengar bbrp kali Tomok & Suki inhale serentak, sustain note pun serentak, selari jah dr mula sampai habis. Dlm masa yg sama sentiasa memastikan Tomok lebih menyerlah.. Dr segi showmanship pun begitu jugak. Setiap pergerakan mmg nampak well-thought, & most of the time kena dgn cerita lagu, boleh rasa romantiknya tu.. Last2, awww sweetnya Tomok bg bunga kat Suki.. Overall, persembahan duet yg sgt bagus.. BTW mmg klako lah KakLina, kalau dapat kat org lain part Tomok bg bunga tu tak tahulah boleh jadi klako mcm ni ke tak ahahah..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
25 20
5
8
8 1 67
Chemistry, showmanship 10
Darjah kesukaran 2



  1. TOM ft MUS MAY – SENJA NAN MERAH (76%)

    Okay, Tom ada bbrp kali flat di 1st verse solo & last chorus, mostly sbb tak hold note betul2. Mus pun ada sikitlah, sbb vibrato yg flat di 1st verse solo.. Dr segi nyanyian, mcm takdek dinamik sgt ek, ada pun bila naik turun intensity mengikut muzik iringan jah..

    Selain drp tu, awesome dah.. Penjiwaan Tom dah bagus dah.. Harmonisation hebat jugak, selari dlm banyak aspek, penghayatan, intensity, pergerakan pun well-planned ke dua2 nya. Chemistry ada 1 part jah yg iols rasa kureng sikit, iaitu di last chorus, ada masa Tom pandaaang jah Mus, tapi Mus tak toleh pun mcm tengah baca lirikkah? Ahaks, selain drp part ni, part2 lain bagus dah.. Kawalan vokal part kat verse depan jah iols rasa mcm shaky sikit, tp most of the time bagus dah.. Articulation pun sama, ada sikit jah part yg sebutan mcm slang2 sikitlah, part2 lain seketul2 keluar dr mulut Tom.. Persembahan pun keseluruhannya bagus.. Overall, persembahan duet yg bagus..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
23 18
7
9
7 2 66
Chemistry, showmanship 7
Darjah kesukaran 3



  1. VE ft NIKKI PALIKAT – HANYA MEMUJI (75%)

    Ehhh Nikki ada missed lyrics ek awal2 masuk? Masing2 ada moment off-pitch masing2 kat solo masing2, pastu phrasing ke-2 last tu harmoninya mcm off sikitlah.. Kenapa rasa 2nd half mcm caca-marba sikit ek? Awal2 rasa mcm best sgt tengok interaksi VE dgn Nikki, Nikki siap dgn attitude menggoda, VE pun masing2 dgn attitude flirting tu, wow sgt.. Tp pastu makin lama makin hilang.. Kawalan vokal pun mcm ada sikit kureng jugak kali ni..

    Pop + Jazz + Broadway fusion? Menarik sebenarnya, walaupun sama mcm persembahan duet ni yg makin lama makin kurang jiwa & chemistry tu, muziknya pun makin lama makin kelam-kabut, hmmm ntahlah.. Harmonisation pun sama, awal2 & sepanjang 1st half bagus dah & kemudiannya last phrasing, 3 parts harmony yg lebih padu lagi kali ni. Tapi lulz sekarang baru jelas sape sebenarnya yg amek part bass, Fakhiz ke? Yg pakai topi tu, walaupun sikit2 flat kat solo, mcm bagus jugak ek lower register heols, dlm ramai2 VE, part heols solo plg bagus pd iols, dgn tone clear, dgn penjiwaan, attitude lagi nyanyiannya.. Bila banyak part & asyik berubah2 tempo, melodi & mood (sorang VE, 1 segmen kan), dinamikya bagus jugaklah mostly.. Articulation nice jah semuanya.. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
20 16
5
8
7 6 62
Chemistry, showmanship 8
Darjah kesukaran 5



  1. HAZRUL NIZAM ft LIZA HANIM – HARAM (74%)

    Rasa mcm kat 2nd verse, lepas Liza nyanyi verse solo, permulaan harmonisation tu Hazrul off-key? 2,3 kali dengar pun masih berkerut2 dengar kat situ.. Iols rasa agak rengsa dengar Hazrul most of the time tak jelas langsung articulationnya. Kawalan pernafasan tak cukup utk bg kejituan tu masa nak buat dinamik, terus hilang jah suku kata, banyak plak tu.. Yg peliknya benda ni berlaku kat part2 middle range Hazrul. Ada sesuatu sebenarnya yg membuatkan suara Hazrul tak 100% keluar bulat2, salah satunya spt yg TokFinaz tegur minggu lepas tu lah, habit ke?

    Dlm banyak2 part persembahan ni, iols paling suka 1st verse solo Hazrul, jelas & padu betul lower register Hazrul ek, smooth je naik turun note2 kat sini, kagum mendengarnya, inilah kekuatan sebenar Hazrul, IMO.. Walaupun adalah jugak masa2 iols rasa mcm tak selari melodi riffs&runs kedua2 rakan duet ni, most of the time, bagus dah.. Ada bbrp kali kedengaran falsetto yg menarik.. Chemistry dr segi visual bagus kebanyakan masanya, masa bertentang mata tu lah.. Penjiwaan pun hebat dah, ke dua2nya selari dlm aspek ni.. Overall, persembahan duet yg bagus..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
21 18
4
10
5 6 64
Chemistry, showmanship 6
Darjah kesukaran 4



  1. DINA NADZIR ft KAKA AZRAF – KARMA (68%)

    OMG bassline best weyh dlm lagu ni, dah berapa kali nak kena dengar semula sbb perhatian iols asyik terganggu dgn bassline ni, nak2 slappin' kat permulaan music bridge, takleh nak fokus kat nyanyian, argh.. Sorry ahaks.. Anyways.. Dina sedikit pitchy lah nyanyian sheols. Flat di hujung2 solo yg 1st verse, sharp di tengah 2nd solo verse plak kerana phrasing yg kurang kawalan.. Lagipun vocal line lagu ni mmg susah kan, time signature yg mencabar, kata TokRam dulu, boleh dengar kan, macam banyak tak cukup nafas sampai habis phrasing, ada gaklah bbrp note hujung2 yg mcm nak jatuh gittew.. Penjiwaan kedua2 Dina & Kaka sepanjang persembahan iols rasa tak kena langsung dgn jalan cerita lagu ni, dgn tersenyum banyak, pastu gaya gerak-geri mereka ni mcm tgh sembang biasa2 jah dgn kengkawan agitchew.. Dinamik pun mcm takdek langsung ek dlm nyanyian Dina kali ni..

    Walaupun begitu, harmonisation bagus dah, dlm banyak aspek mmg Dina & Kaka in sync, penjiwaan, melodi, inhale pun kadang2, sustain note jugak.. Cuma masalahnya Dina mcm tak menyerlah sbb sheols amek part alto, mcm dengar tak dengar jah kadang2 articulation Dina part ni.. Showmanship hebat, Dina berjaya menguasai pentas tanpa dibayangi Kaka langsung, banyak gerak geri Dina yg iols rasa sgt menarik, sampai tak nampak terus kadang2 tu Kaka kat situ.. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
22 16
7
2
7 0 54
Chemistry, showmanship 9
Darjah kesukaran 5



  1. ASHEED DEF GAB C ft TAM SPIDER – ANGIN (68%)

    Persembahan Asheed kali ni mcm dah naik syeikh ek, seronok tengok.. Masalahnya, mula2 sekali rakan duet. Rasa mcm Tam ni kurang bersedia pun ada. Ada part flat sgt, lupa lirik, off-tempo. Rasa mcm tak percaya mendengarnya. Yg best cuma guitar solo tu lah kat music bridge, sorry.. Aiyyyoo kesian Asheed.. Asheed plak ada bbrp kali banyak hilang kawalan vokal plak, agak banyaklah phrasing yg off hujung2. Masa chorus pun banyak hilang kawalan, “punch” kuat sgt sampai ter”sharp” kadangkala. Pitchy lah keseluruhannya.. Dinamik? Lulz.. Duet ni IMO sgt kureng chemistry, ada sekali dua jah yg nampak mcm mereka berinteraksi betul2..

    Walaubagaimanapun, karakter vokal Asheed sgt2 sesuai dgn lagu spt ini, nyanyian heols penuh attitude.. Dan spt yg iols katakan tadi, Asheed betul2 enjoy menjiwai semangat lagu ni, semua orang pun gembira melihatnya.. Showmanship hebat, Asheed tak duduk diam langsung, sentiasa ada pergerakan menarik yg dilakukan.. Heols berjaya menguasai pentas dgn baik.. Overall persembahan yg sgt sgt menghiburkan..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
18 12
5
10
5 0 50
Chemistry, showmanship 10
Darjah kesukaran 5



  1. PAT CANDY ft AEPUL DRAMA BAND – BABAK PERTAMA (62%)

    Hanaaatt seram betul cite Pat, haha.. Uish banyak gak ekkk note2 yg too sharp dlm nyanyian Pat kali ni, sbb sheols takleh kawal vokal langsung di setiap phrasing yg kena “punch” suku kata laju2 tu, dr mula sampai habis mcmni, kecuali yg part “oh oh” (spt kata TokRam) tu & 1st verse jah. Tp ada sikit off-pitch plak kat verse ni.. Dinamik mmg langsung takdek.. Ada 2 part chorus yg dijadikan harmoni kan, yg chorus ke-2 tu kenapa tak kekalkan “role” masing2 sptmana di 1st chorus? Di 1st chorus Pat lebih menonjol sbb amek part soprano, manakala Aepul amek part baritone/bass (tak pasti), yg 1st tu barulah Pat lebih menonjol..

    Yg sebenarnya kalau ikutkan bagus jah harmoni duet ni, tak terbabas atau off pun, cuma tulah, sape yg menonjol tu je lah isunya.. Articulation pun nice dah, seketul2 keluar dr mulut Pat, cuma kurang jelas jah sebutannya tuh.. Tapi yg pasti seronok tengok Pat betul2 enjoy dlm persembahan ni, penuh tenaga persembahannya, tak luntur sikit pun sampai habis.. Overall, very entertaining high energy performance...

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
14 16
2
10
5 0 47
Chemistry, showmanship 10
Darjah kesukaran 5

  • NOTA KAKI:
    • Berikut merupakan markah penuh:
    Intonation,
    tempo
    Harmonisation,
    chemistry
    Breath,
    volume
    control
    Expression,
    interpretation
    Articulation
    diction
    Phrasing,
    dynamic
    improvisation
    (Jumlah)
    VOKAL
    25 20
    10
    10
    10 10 85
    Chemistry, showmanship 10
    Darjah kesukaran 5












    • SEKIRANYA MARKAH RAKAN DUET DIAMBIL KIRA SEHINGGA 20%



    1. FUAD RAHMAN ft NAQIU – GEMURUH (90%) 
    2. JACLYN VICTOR ft AINA ABDUL - CINTA (87.5%)
    3. SHILA AMZAH ft MIMIFLY – TAMPARAN WANITA (84%) 
    4. TOMOK ft SUKI – MAWARKU (82.5%) 
    5. BOB YUSOF ft ZIZI KIRANA – OMBAK RINDU (81.6%)
    6. TOM ft MUS MAY – SENJA NAN MERAH (78.3%)
    7. VE ft NIKKI PALIKAT – HANYA MEMUJI (75.8%)
    8. HAZRUL NIZAM ft LIZA HANIM – HARAM (75%) 
    9. DINA NADZIR ft KAKA AZRAF – KARMA (70%)
    10. PAT CANDY ft AEPUL DRAMA BAND – BABAK PERTAMA (66.6%)
    11. ASHEED DEF GAB C ft TAM SPIDER – ANGIN (62.5%)




    •  Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊




    Comments

    Popular posts from this blog

    REVIEW KONSERT MINGGU 10 ALL STARS GEGAR VAGANZA 2023

    REVIEW KONSERT MINGGU 9 ALL STARS GEGAR VAGANZA 2023

    REVIEW KONSERT MINGGU 11 ALL STARS GEGAR VAGANZA 202E