REVIEW KONSERT MINGGU 6 GEGAR VAGANZA 2022


REVIEW KONSERT MINGGU 6

GEGAR VAGANZA 2022

CINTARASA ANTARA BENUA


Kredit foto : Gempak.com
 

Untuk konsert minggu 6 ni, oleh kerana iols tak tahu / faham bahasa2 asing lain selain english tu, maka iols abaikan jah diction, ganti clarity notes jah yg dikira dlm aspek tu ekkkkkk..😊
 
  1. JACLYN VICTOR – BUKAN RAYUAN GOMBAL (80%)

    Owhhh Jac mcm biasa akan ada masalah sikit kat lower register, sikit jah dlm 2 note pertama tu shaky sgt, & mmg sikit off ek, kerana mmg range yg bawah ni agak jauh dr tessitura Jac.. Susah sikit Jac nak support note2 ni dgn kawalan pernafasan yg baik.. Satu lagi, pd iols yg tengah2 1st verse ni masa drum masuk balik lepas pause tu, dengar mcm ada clash sikit Jac dgn drum.. Itu jah..

    Selain drp tu awesome.. Walaupun iols tak suka, tapi interaksi Jac dgn audience mungkin dah sesuai dgn cerita lagu ini, mcm liriknya ditujukan kpd peminat kan.. Articulation di semua part, kecuali part yg verse tu, mmg seketul2 jelas note2 dlm nyanyian Jac.. Kawalan vokal Jac selain part tu pun mmg awesome, belting terutamanya sentiasa well-supported, powerful, resonant, kagum mendengarnya.. Walaupun kalau ikutkan tak banyak dinamik dlm nyanyian Jac kali ni, tapi sheols bagus ye mengawal volume & intensity nyanyian supaya sentiasa selari dgn muzik iringan, hebat.. Tapi perasan tak even timing sheols duduk atas sofa selepas nyanyi tu pun serentak dgn muzik.. Bagus Jac mcm agak banyak jugak buat perubahan di last chorus tu, jadi coda agak memberi impak walaupun tak terasa mcm klimaks yg besar sgt berbanding kat part2 chorus lain.. Walaupun tak banyak bergerak, vokal Jac berjaya mendominasi seluruh pentas.. Overall, very powerful vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
(Clarity
notes)
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
29 13
10
9
5 4
70
Attitude, showmanship 6
Darjah kesukaran 4



  1. BOB YUSOF – KURIK KUNDI (79%)

    hmmm ada bbrp part mcm turun key ke ek? Rasa dr selepas intro, sampai part yg sebelum irama Dikir Barat dgn loghat Kelantan tu, rasa mcm rendah betul.. Jadi masa chorus terutama 1st chorus tu vokal Bob tenggelam sgt oleh backup singers, mcm off sikit kat hujung2 part ni pun ye jugak.. Ini mungkin kerana tempo laju, kena harmonise lg dgn backup singers di chorus2, takdek rehat langsung, Bob terjejas sikit kawalan pernafasan di bbrp tempat sampai volume tenggelam timbul, runs pun terputus2, tp sikit jah.. Iols dah cakap iols agak fasih dialek2 Pantai Timur, jadi mmg boleh rasa terganggu jugaklah dengar sebutan Bob yg part Kelate tu, cuma iols takkan potong markah diction jah..

    Tapi kan, apa yg buat iols kagum ialah, mmg boleh dengar perbezaan lenggok Bob di setiap part irama tu kedengaran berbeza antara satu sama lain.. Memang lagu ni banyak modulation irama kan, jadi setiap melodi mesti kena selari lenggoknya. Rasanya ada 4 modulation semua, kau rasa??? The best part lenggok Bob ialah part Dikir Barat, tepat lenggoknya dgn melodi, dinamiknya, malah part ni lebih bagus drp versi asal, IMO lah, sbb versi TokTi terlampau refined, tak kena dgn sifat lenggok Dikir Barat.. Penjiwaan Bob mantop.. Tambahan vocalisation yg pelbagai juga memberi attitude meriah & seronok dlm nyanyian Bob.. Showmanship dr gerak geri sampai memek muka kena sgt dgn lirik lagu.. Overall, very good entertaining performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
(Clarity
notes)
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 13
10
6
5 6 68
Attitude, showmanship 6
Darjah kesukaran 5



  1. SHILA AMZAH – I WILL SHOW YOU (76%)

    Dlm 1st verse & verse selepas part rap, agak jelas ek shaky tu, sbb tak cukup breath support tu, adalah bbrp note yg off sikit.. Kawalan vokal & pernafasan mmg kureng lah kat sini.. Part2 ni jugak agak kurang clarity ye dlm articulation Shila, mcm slurring byk..

    Walaubagaimanapun, part2 dr mid ke upper range Shila dah bagus dr segi clarity notes, stabil & powerful.. Dinamik dah agak bagus, cuma, selain drp 1st verse tu mungkin boleh dilembutkan lagi? Iols jugak tak dapat rasa sgt build up dr Shila dr segi volume ke, supaya selari dgn muzik.. Penjiwaan dah bagus sgt most of the time, kadang2 jah nampak sikit lost.. Yg penting part rap tu iols rasa tindakan yg bijak, sbb Shila mcm buat kesimpulan supaya semua org2 Melayu boleh faham kan isi cerita lagu ni, hebat.. Ada falsetto yg kat last chorus tu ada sikit flat di hujung, tapi yg lain2 adlib runs semua bagus dah.. Showmanship walaupun kurang bergerak, bagus dekk.. Overall, powerful vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
(Clarity
notes)
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 11
9
6
5 6 65
Attitude, showmanship 6
Darjah kesukaran 5



  1. TOMOK – EVERYBODY (75%)

    Nyanyian Tomok takdek dinamik langsung, sama jah dr mula sampai habis.. Kalau ada pun datang dr inflection/ornamentation yg heols buat utk bg attitude yg fierce tu.. Jadi kredit haruslah diberikan atas usaha heols ini..

    Lagipun, ianya sgt konsisten sepanjang lagu, dgn tenaga nya, langsung tak waver ye, dr mula sampai habis persembahan.. Kawalan vokal pun most of the time bagus dah stabil jah sepanjang lagu.. Intonation bersih, articulation pun jelas & padu sgt mostly sbb dr mula sampai habis heols banyak “attack/punch” suku kata.. Ohye, vocal onset Tomok sgt berlawanan dgn Hazrul, Tomok jenis hard/glottal onset, mcm iols tulis tadi, “attack” suku kata.. (Tapi sebenarnya dr segi terminology, “hard/glottal onset” ni “vocal onset” yg nak start phrasing si penyanyi inhaling, pastu tutup vocal cords ketat2 (tahan nafas), dah keluar tone, baru letupkan keluar breath, hasilnya tone jadi pressed, kedengaran pushed, acamtoh klako nya penerangan lulz).. Penjiwaan haha, dah Tomok mcm kena rasuk dgn roh lagu, nak potong kat mana lg aspek ni? Hihi.. Showmanship sgt impressive, seluruh venue tu terasa hype nya.. Overall, very2 entertaining performance.. (OMG hahahahh show anak-beranak.. KakLina jadi floor manager ahahahahhahh)

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
(Clarity
notes)
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 12
10
8
1 1 62
Attitude, showmanship 8
Darjah kesukaran 5



  1. HAZRUL NIZAM – YUE LIANG DAI BIAO WO DE XIN (74%)

    Haha kiut jah Hazrul buat bunyi trumpet, boleh tahan ek, tapi biasanya kat music bridge lagu Jazz penyanyi akan buat scat, iaitu nyanyi improvised vocalisation yg imitate melodi alat muzik, biasa akan selari lah dgn muzik iringan, tapi ni betul2 imitate bunyi trumpet literally, acane tu? Haha, kreatif gaklah, tapi iols prefer scat lagi lah, baru leh uji Hazrul punya groove, agitchew.. Iols dengar ada bbrp flat, start kat tengah2 1st verse kerana riff yg jatuh, break/crack yg buat note jatuh jugak, pastu sebelum music bridge heols tak pegang note hujung tu betul2, dah tak sabar kot nak buat bunyi trumpet tu hihi.. Iols rasa mcm peliklah, Hazrul mcm dah nyanyi verse2 tu mcm staccato dah mostly, tp tetap tak padu sgt note nya, sbb heols kurang “tekan” konsonan (nanti iols terangkan di bawah), jadi mcm hilang jah sokmo edge nya.. Pastu, penjiwaan, 1st half jah terasa sbb soft Jazz mcm masih sesuai dgn lirik, lepas music bridge macam hilang, nak2 masa tempo dah makin laju.. Lagi satu, iols percaya Hazrul mcm dah try kot nak modulate volume part2 selepas music bridge tu, tapi tetaplah takdek beza sgt bunyinya, mcm sama jah dr mula sampai habis. Tempo muzik dah modulate pun mcm sama jah.. hmmm..

    Tapi dr segi dinamik suara heols, iols rasa dah terasa dah.. Transition ke falsetto pun bagus. Tapi kan, memanglah high note Hazrul kedengaran smooth, terutama falsetto, sbb vocal onset heols jenis soft atau breathy/aspirated (maksudnya heols nak start phrasing tu heols start dgn hembuskan “air”/nafas dulu, sbb tu majoriti konsonan heols tak jelas, tapi konsonan2 yg jenis bunyi “h” jelas sbb bunyi hembusan angin tu).. Falsetto byk guna “air”/nafas ni, tu yg smooth jah sbb tak perlu tukar2 onset, camtoh.. Lagipun kalau nyanyi tak banyak sgt incorporate chest voice terutama part2 yg root tu, bila nak pergi tinggi, tak payah tetiba nak buang “berat” chest voice tu sebelum transition ke head voice/falsetto.. Part yg paling iols suka ialah runs Hazrul di coda yg berakhir dgn lower register yg padu tu, awesome.. Yg penting, showmanship Hazrul mantap dekkk.. Overall, great “feel good” performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
(Clarity
notes)
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 12
5
4
5 6 61
Attitude, showmanship 8
Darjah kesukaran 5



  1. VE – KILLING ME SOFTLY (73%)

    VE, dr segi intonation, iols terdengar sharp sikit ek, kat tengah2 part intro ni dr abam yg nyanyi bass, Hakim kan. Pastu sekali lagi kat solo heols pun ada flat sikit, sikit jah.. Boleh tak suruh Fakhiz kurangkan agresif sikit suara heols tu, part solo heols jah rasa mcm out of place sikit, runs heols kedengaran terlebih grit lah.. Ada part harmoni sebelum solo Adeep tu mcm teruk sikitlah kawalan pernafasan sampai hujung2 jd shaky, nak kata sorang, mcm tak, entahlah sape.. Most of the time iols rasa VE banyak menyanyi melodi jah drp memberi dinamik dlm nyanyian tu. Dinamik hanya terbit dr runs memasing.. Articulation notes banyak slurring jah, rengsa mendengarnya..

    Walaubagaimanapun, iols suka gile harmonisation VE kat intro ni, very rich, awesome sgt.. Cuma iols perasan dah jadi pattern VE ni harmonisation yg rich 3 parts harmony ni hanya akan wujud di awal2 persembahan jah.. Tapi takpelah, dah ada tu pun hebat dah.. Yg penting, harmonisation intro & outro tu the best dekk!! Chemistry di awal2 persembahan pun awesome, boleh dengar dorg inhale pun serentak, hebat VE susun bab breath management ni, tapi awal2 jah, nak hujung2 hilanglah mende ni hihi.. Penjiwaan dah bagus dah, cuma kadang2 mcm tak selari jah, iols cuma rasa dr segi chemistry pergerakan tu sama, kadangkala rasa mcm lain sangat masing2 mcm buat hal sendiri, takdek eye contact ke apa, acamtoh.. Overall, good vocal performance..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
Chemistry
Improvisation
Breath,
Volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
(Clarity
notes)
Phrasing,
Dynamics
(Jumlah)
VOKAL
28 15
6
6
6 4 65
Attitude, showmanship 3
Darjah kesukaran 5



  1. FUAD RAHMAN – MY SACRIFICE (73%)

    hmm iols rasa pelik kenapa banyak sgt naik key? Ye faham vocal range Fuad sgt besar sebenarnya, cuma kena bijaklah okay, mcm intro yg melodi chorus tu, cantik betul part tu, siyes, hebat betul kat situ, vokal Fuad lebih lembut, dgn dinamik, penuh feel, transition registers dr chest ke falsetto smooth gile.. Tak sangka boleh jadi teruk bila kat chorus sebenar, Fuad guna full chest voice kan kat situ, harap Fuad sedar yg cracks tu berlaku di 2 notes yg heols cuba nyanyi dgn bawa naik semua quality chest voice tu iaitu Eb5 & E5..

    Bila dah bbrp kali benda ni berlaku pada note2 yg sama walaupun part2 lain dah bagus, itu maksudnya ia dah melepasi limit kita. Kita kena kenal “vocal break” ni, atau term nya “passagio”, iaitu vocal transition(sempadan?) antara 2 registers. Iols yakin utk Fuad, note2 Eb5 & E5 inilah passagio nya.. Kalau tetap taknak guna falsetto (sbb falsetto tu terlampau “soft” utk chorus yg modulate jd hard rock), maka kalau boleh, utk atasi masalah crack ni, cuba buang sebanyak yg boleh “berat” chest voice tu & terus bridge/mix kan sebanyak mungkin quality head tone.. Pitchy jugaklah nyanyian Fuad kali ni kerana bila crack ni berlaku, Fuad kadangkala hilang pegangan ke atas note ni & terpeleot ke note lain, lebih kpd jatuh lah.. Sebenarnya ada bbrp sebab crack ni berlaku, tapi dlm kes Fuad, iols agak yakin inilah punca sebenarnya, kemungkinan ia cuma mindset Fuad sendiri yg nervous nak approach passagio tu, jadi terjejas lah tekniknya.. Bila kita blend vocal registers, kita dah tak rasa basis yg solid spt getaran yg biasa terhasil kat chest ke, gittew.. Resonance pun bukan lagi terhasil di dada, mulut ke, jd sesetengah penyanyi takut sbb tak selesa, rasa mcm akan failed.. Jadi, drp mereka buat mende yg dorg tak yakin boleh kontrol, dorg akan cuba kontrol suara supaya pergi ke arah tempat yg yg lebih familiar spt lower register & upper register.. Selain drp ini, sbb2 lain boleh jadi juga kerana breath management (yg ni iols dah sentuh sikit dlm review konsert2 lepas.Iols dah cakap nyanyi relax2 jah, sbb kes mindset jugak ni. Bila nervous nak approach part passagio ni, mulalah kita holding back atau slowing down pernafasan. Kalau inhaling dah betul pun nak buat apa, sbb last2 airflow tak cukup plak lulz), cara kendali vocal cords, atau placement ke.. Tapi kan, upper passagio (middle ke head) Fuad takde masalah plak, nak2 yg konsert 6 ni la.. Middle ke lower pun dah takdek masalah sejak heols dah boleh kawal vibrato.. Part middle range Fuad jah (lower middle ke upper middle), come on AbgFuad, you can do eett!!

    Dinamik dah diusahakan Fuad bila volume sentiasa berubah2 dr soft (ballad/slow rock) ke hard rock, & nyanyian Fuad betul2 dah selari dgn muzik iringan ni, spt yg iols dah taip kat atas, especially part2 yg lembut ni, bagus dinamiknya.. Notes articulation Fuad sebenarnya sgt bagus ek, mmg biasanya jelas & padu, cuma slack part2 yg problem & sikit falsetto lah, sikit jah.. Lagu ni liriknya boleh ditafsir pelbagai cara kan. Walaupun ada gerak-geri Fuad yg iols rasa mcm tak sesuai utk cerita lagu ni, jd showmanship iols potong sikit, tapi dr segi vocal Fuad, penjiwaan heols yg baru menemui semula dirinya sendiri itu sgt terasa.. Kalau dapat lagu Rock mmg terus jadi naik sheikh ekkk? Haha.. THAT BELTING sliding ascending Eb5 to Bb5 dowh, epic!! Overall, very powerful performance.. (Nabil pun klako ekkk bila dia stressed dgn gelagat juri..ahahhahah gelak guling2 iols

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
(Clarity
notes)
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
26 9
10
8
5 4 62
Attitude, showmanship 6
Darjah kesukaran 5



  1. TOM – I HATE MYSELF FOR LOVING YOU (64%)

    Haaa ini satu contoh bila penyanyi lagu Rock mesti nak bunyi “rock” tu dgn buat serak yg membahayakan vocal tract & cords ye, iaitu dgn grinding tounge muscle.. Mcmana nak sihat betul2 sakit tekak tu KakTom kalau cenggini.. Breath management & vocal control agak lemah IMO.. Ada pitchy jugak nyanyian Tom kali ni 1st half ada bbrp sharp sbb inflection yg too jarring & flat yg Tom tak dapat nak pegang betul2 sbb tak cukup nafas, 2nd half pun sama flat tu.. Walaupun dgn tambahan yg cuba dibuat oleh Tom tu, masih tak dapat memberi dinamik dlm nyanyian Tom, namun atas usaha sheols, iols bagi jugaklah kredit kat situ..

    Selain drp tu, awesome dah.. Lagu ni banyak punch dlm phrasing, kadang2 mcm bercakap, maka clarity bukanlah aspek yg paling teruk dlm nyanyian Tom kali ni, masih nice sgt, sesuai dgn mood lagu lah.. Penjiwaan hebat sgt, rage & fierce tu terbit & jelas dlm vocal Tom dgn attitude lagi.. Showmanship thorrbaeekk, IMO dr dlm sangkar sampai lah keluar iols rasa selari betul dgn lirik, mcm simbolik gaklah.. Interaksi Tom dgn gitaris utama tu pun awesome.. Overall, very entertaining performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
(Clarity
notes)
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
26 10
10
5
1 1 53
Attitude, showmanship 8
Darjah kesukaran 3



  1. ASHEED DEF GAB C – SWEET CHILD OF MINE (59%)

    Adoiii rengsa dengar articulation Asheed ni hmm camne nak cakap ni ek, macam heols sliding jah setiap note tu dr note ke note (suku kata ke suku kata), iols tak kira diction pun, masalahnya most of the time takdek clarity langsung note2 yg dinyanyikan tu.. Pastu, Asheed ada sikit off-tempo selepas bridge.. Nyanyian pitchy jugak hujung phrasing terutama hujung2 rangkap sbb tak hold notes betul2.. Dinamik mcm awal verse 1 ok dah kan, tapi pastu terus takdek, bila music masuk, terus nyanyian Asheed jadi mendatar jah sampai habis, even bila muzik dah modulate.. Kurang tenaga pun ye jugak.. Iols rasa mcm persembahan Asheed kali ni dgn senyum2, jerit kat audience lagi, mcm kurang kena jah dgn cerita lagu ni, 1st verse jah boleh rasa jiwa lagu ni.. Mcmmana pun kita interpret lagu ni, ia tetap pasal sesuatu yg nostalgic, kita rindui, menyingkap memori, malah kalau nak tafsirkan sbg sebuah lagu cinta pun boleh jugak, tapi dah bawa budak kecik comel dlm persembahan ni, kang rasa mcm ada vibe pedo lah plak kan, lulz..

    Anywaysss, usaha Asheed ubah arrangement lagu ni bagus, plg best 1st verse.. Iols rasa kawalan pernafasan Asheed agak bagus jugak sbb dah banyak legato kan, tak kedengaran semput pun.. Overall, still, good performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,

Interpretation
Articulation
(Clarity
notes)
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
27 12
5
2
2 3 51
Attitude, showmanship 4
Darjah kesukaran 4



NOTA KAKI:
  • Berikut merupakan markah penuh:
Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
(Clarity
notes)
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
(Clarity
notes)
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6



  •  Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊



Comments

Popular posts from this blog

REVIEW KONSERT MINGGU 5 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

REVIEW KONSERT MINGGU 1 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

REVIEW KONSERT GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023 MINGGU 3