REVIEW KONSERT MINGGU 2 GEGAR VAGANZA 2022

MALAR SEGAR

 

Kredit foto : Gempak.com

 
 
  1. VE – KASIH BERUBAH (80%)

    Tak banyak masalah sgt pun. Kalau cakap pasal pitching, kalau ada pun solo Hakim dengar mcm ada sikiiit sharp masa heols attack. Solo Adeep betul2 hujung heols punya runs ada sikiit flat. Di pendengaran iols ada jugak sikit riff Adeep yg tak kena melodi. Kawalan vokal Cham masih sama mcm minggu lepas, kadang2 kedengaran tonal quality nya tak selari dgn yg lain in term of volume & intensity. Juga kadangkala menjejaskan juga articulation. Memandangkan VE ahli2nya banyak nyanyi legato panjang, kadangkala mereka slurr sahaja sbb mungkin susah nak atur kot kawalan pernafasan ni..

    Selain drp tu awesome. Harmonisation mantop. Penghayatan cukup. Dinamik dah tentu bagus. Overall, beautiful vocal harmonisation performance..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
28 15
6
8
6 8 71
Attitude, showmanship 4
Darjah kesukaran 5



  1. HAZRUL NIZAM – UNTUKMU IBU (79%)

    Masalah iols dgn persembahan ni hanyalah pd articulation Hazrul. Boleh tak kalau iols nak cakap ini “sindrom penyanyi nasyid”? Maksud iols menyanyi mcm dah tak makan 2,3 hari, agak lemah pd iols. Yg penting kena merdu. Suara tak keluar bulat 100%, sebutan tak jitu, camtoh..

    Tapi, bab2 lain awesome. Intonation bersih. Dinamik hebat, mendayu2 dr mula sampai habis. Kawalan pernafasan masih bagus. Improvisation Hazrul dlm lagu ni pun bagus. Modulation 2nd pre-chorus, intro & coda pun best. Penjiwaan hebat, boleh didengari terbit ikhlas dr vokal heols. Setuju dgn TokPinaz psl pergerakan yg tak perlu.. Pd iols, lagi bagus kalau pentas gelap, lampu simbah atas Hazrul, haaaa mesti berkecai jiwa tengok persembahan ni.. Overall, very good emotional vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 12
9
4
9 7 71
Attitude, showmanship 3
Darjah kesukaran 5


  1. TOMOK – JANJI PADAMU (79%)

    Choyyy mmg mudah lupa diri bila naik sheikh ek haha.. IMHO iols mmg kurang gemar nyanyian Tomok di part2 modulation, sama mcm konsert minggu lepas, sbb terlebih agresif, tak selari dgn muzik iringan yg pada iols taklah agresif pun, cuma lebih intense je lah drp part2 yg sebelumnya. Tomok jadi terlampau agresif sampai menjejaskan kawalan vokal. Iols yakin heols yg sebenarnya nak vokal heols jadi lebih besar & intense di part2 modulation ini, tp sebaliknya plak yg berlaku kerana keagresifan heols tu, posture ke mana, kawalan vokal ke mana. Sudah tentu articulation pun terjejas sekali. Vokal heols bukannya jadi lebih power, cuma bertukar jd harsh jah pd pendengaran iols..

    Selain drp tu bagus dah. Walaupun iols tak suka peserta berinteraksi terjerit2 kpd penonton, tp utk persembahan ini iols rasa mcm sesuai plak dgn cerita lagu, mcm Tomok tuju nyanyian heols kpd peminat2nya tuh.. Persembahan ni secara keseluruhannya ada juga dinamiknya. Feel pun sampai. Intonation pun bersih disebalik semua masalah dia atas tu.. Overall, very entertaining performance.

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 11
10
6
7 4 68
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 4



  1. SHILA AMZAH – GETARAN CINTA DI JIWA (78%)

    Tak banyak komplen pasal persembahan Shila ni.. Iols rasa dlm proses sheols nak lari dari versi asal, dinamik ni hilang banyak. Even riffs yg Shila tambah banyak tu pun tak membantu sgt sbb mostly semua mcm penuh power, “punch”2 sampai habis, sampai kat separuh lagu dah terjejas sikit kawalan pernafasan, sikit lah.. Satu lagi iols agak rengsa sheols suka main tempo sampai hujung2 phrasing jadi terkejar2. Dlm hal ni iols prefer Roy Kapilla lagi..

    Selain drp tu awesome dah.. Plg hebat dlm nyanyian Shila semestinya articulation. Dr mula sampai habis clear betul. Hampir semua riffs Shila buat dlm ni tepat, agile, powerful.. Kawalan vokal & pernafasan hebat dah.. Penjiwaan most of the time bagus.. Overall, very powerful vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
29 14
8
9
4 6 70
Attitude, showmanship 4
Darjah kesukaran 4



  1. JACLYN VICTOR – GERIMIS MENGUNDANG (74%)

    Sebenarnya off-tempo kalau dilakukan dgn sengaja utk efek feel dlm lagu slow tempo & sedih biasanya ok jah, masalahnya kebanyakkan off-tempo Jac dlm persembahan ni bukan shj jauh sgt beza, tp jugak kedengaran sheols terkejar2. Iols ada terdengar flat sikit kat awal2 verse rangkap ke dua. Selain drp tu biasanya bila dengar Jac menyanyi iols akan rasa kurang puas dengar sebutan Bahasa Melayu sheols. Sama ada konsonan jd senyap atau cuma sedikit pelat. Bukan pelat teruk, ringan jah mcm seolah2 dengar org Kelantan bertutur dlm Bahasa Melayu KL gitoh..

    Walaubagaimanapun dinamik nyanyian Jac bagus sgt, mendayu2.. Riffs & runs cantik.. Tp yg plg hebatnya penjiwaan Jac masya-Allah sebak mendengarnya. Sedikit crack dlm sebutan sheols memberi feel sedih ni lebih tragic lagi.. Overall, beautiful heartbreaking vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
25 15
10
5
7 5 67
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 2



  1. BOB YUSOF – KEPULANGAN (68%)

    Ehhhh kenapa ek dlm GV ni rasa mcm Bob mcm dah kureng low register heols? Shaky, heols takleh support note2 rendah ni dgn kawalan pernafasan yg betul, off-pitch pun kedengaran jelas jugak bbrp kali, hujung 1st verse, permulaan 1st chorus, lagi part modulation tu lg hmmm, dahlah menda tu mari dgn tetiba, kedengaran agak jarring camtoh.. For some reason iols rasa Bob sebenarnya rasa stressed kot dgn modulation last chorus tu. Boleh nampak kot kat muka, iols rasa dah kurang markah bab penghayatan ni..

    Tapi kan, once part ni dah lepas, heols tetiba dapat feel sedih tu. Dinamik masih awesome, Bob kan ahaks, walaupun ada ketika dengar note tak articulate dgn lebih padu mcm Bob yg dulu.. Overall, persembahan vokal yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
26 11
6
6
9 2 60
Attitude, showmanship 4
Darjah kesukaran 4



  1. PAT CANDY – MAKHLUK TUHAN PALING SEKSI (65%)

    Ahahahahahah lol KakLina, Suraya Borhan, guling2 iols gelak ahahahah.. Argh ni yg buat iols rindu sgt kat band AFMEGASTAR neh, boleh bayang dah betapa majestic jadinya lagu ni kalau Edry KRU & band AFMegastar yg handle. Tapi part hujung2 tu masa Edrie Hashim shredding pergh awesome siot, cuma mcm ada sikit audio problem, mcm tak jelas bunyiknya.. Si isterinya Pat mcm tak payah amek gitar langsung pun lagi bagus iols rasa, “takpayah lah dekkk” bak kata KakLina haha.. Menciiik okay permainkan perasaan iols mcm ni, ingatkan nak harmonising ke guitar duel ke choyyy sgt.. Eh tapi tetiba iols terpikir kalau dua ni masuk jadi duo mcm best kan? Bukan apa sbb outro tu mcm Edrie plak yg bertanding ahaks.. Anyways.. Nyanyian Pat 2nd verse pitchy. Untuk lagu mcm ni tentunya kita mengharapkan ada attitude gittew kan, tp mcm takdek langsung, kurang kena dgn jiwa lagu ni.. Kalau tak kerana part refrain, iols rasa takdek langsung dinamiknya..

    Selain drp tu, iols rasa bagus dah.. Nyanyian yg energetic.. Articulation bagus.. Agak mengejutkan kawalan pernafasan Pat dlm persembahan ni agak bagus ek utk lagu dgn tempo yg agak challenging ni.. Overall, persembahan yg bertenaga..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 15
2
7
3 2 57
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 1


  1. DINA NADZIR – KU TERUSKAN (62%)

    Owh ye lah ada bbrp improvisation Dina yg tak sesuai dgn lagu ni, sejak awal2 1st chorus, riff tu bukan sahaja tak kena malah off plak. Pastu mmg ada yg bagus jugak, tp masih ada bbrp yg tak kena langsung. Penjiwaan pun mcm tak kena, terlalu agresif kebanyakkan masanya. Terjejas jugaklah showmanship..

    Walaubagaimanapun, aspek plg bagus dlm persembahan ni ialah dinamik. Transition vokal between registers cth dr chest ke head ke chest balik, mostly smooth jah. Cantik. Runs yg menjadi tu mmg hebatlah, cth mcm yg kat coda tu, setelah habis last chorus, run yg bagus, powerful,agile. Kawalan pernafasan masih bagus, sehingga mampu buat runs yg panjang. Articulation masih bagus most of the time. Overall, persembahan vokal yg bertenaga..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
22 12
4
6
8 4 56
Attitude, showmanship 3
Darjah kesukaran 3



  1. ASHEED DEF GAB C – PERCAYAKAN SITI (61%)

    Owh okay sakit, patutlah. Tapi takdeklah Asheed duduk atau berdiri malas2 je kan? Articulation mmg terjejas sebenarnya disebabkan Asheed sentiasa nak buat tone unik ni. Iols agak yakin ia terhasil bila heols nyanyi guna fry register nak cipta salah satu distortion ni. Masalahnya lg dgn placement ni, heols mcm terperangkap dgn vokal range yg limited. Tapi takpelah kalau dah Asheed punya style, pilihan sendiri.Asalkan sesuai dgn jiwa lagu.. Kalau lupa lirik pun lain kali sebut jah sesuatu spy tak kedengaran off..

    Sebenarnya iols suka 1st verse Asheed ni walaupun hujung2 flat. Kat sini jelas jitu, stabil & clear lower register heols. Nyanyian most of the time penuh attitude sesuai dgn jiwa lagu. Showmanship masih bagus walaupun ada ketika heols mcm lost camtoh.. Overall, persembahan yg menghiburkan..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 11
9
2
4 2 56
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 0


  1. HAIDA – DI SEBALIK SEJUTA WAJAH (60%)

    Pitchy nampaknya nyanyian Haida dlm persembahan ni. 1st verse tu yg paling byk flat, mostly sbb takdapat hold note betul2.. Point Bunda tu iols setuju, patutnya last chorus tu buatlah modulation. Nyanyian pun jadi kurang dinamik. Adlib di coda pun mcm kurang impak jadinya..

    Selain drp tu bagus. Articulation selain drp ada part2 yg mcm sedikit mengumam, part lain mmg mantap, clear, jitu. Penjiwaan Haida pun bagus, kena jah dgn lagu. Tambahan part yg pakai mask di intro tu pun menarik. Kalau tak jd dull dah persembahan ni.. Overall, good vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
24 13
8
8
3 0 56
Attitude, showmanship 4
Darjah kesukaran 0


  1. TOM – KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH (60%)

    Pantomim? Urgh bosannya.. Ok mcm sakit tekak lagik jah.. Tom mcm sehabis boleh taknak melibatkan kawasan yg lebih belakang drp mouth & nasal cavity. Bila sheols terpaksa jugak pakai pharynx sbg resonator tu yg bunyi vokal sheols sgt strained. Nampak sakit weyh. Adus, kesiannya.. Kawalan pernafasan terjejas sgtlah disebabkan masalah ni. Articulation plg terkesan sebenarnya.. Owh & nyanyian agak pitchy jugak, awal2 1st verse lagi..

    Walaubagaimanapun, penjiwaan Tom pd iols hebat sgt. Jiwa ni terbit dr vokal sheols, memek muka, gerak geri, persembahan pentas.. Overall, heartbreaking performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
26 9
10
2
5 0 52
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 3


  1. FUAD RAHMAN – SUARA CINTA (57%)

    Ooookayyyy, metalhead + nampak mcm hero Tamil heee.. Semangaaat iols tengok GV kali ni ahaks.. haha.. Anyways nyanyian Fuad hmmm, mcmnilah.. 1st half masalah vibrato yg draggy & flat tu masih ada, tp dah kurang sikit kan.. Iols rengsa dengar Fuad asyik kulum perkataan, kurang jelas articulation kali ni.. Pastu u sengih tetiba dah kenapa bang? Sbb menyanyi meleweh kan? Haha dlm vokal iols boleh rasa feel tu, tp showmanship kureng lah.. 2nd half plak, agak jelas yg Fuad tgh ada masalah breath management. Kawalan vokal pun teruk kat sini. Tonal quality sgt bergoyang sbb heols tak atur pernafasan dgn baik. Hujung2 plak heols terlampau kuat sgt pegang mic & rapat sgt dgn dada sampai boleh menghalang airflow atau pengembangan rib cage.. Entahlah heols mungkin pakai mic stand utk elak posture yg teruk minggu lepas, tp bila pakai mic stand heols jadi tak selesa plak kot, acane tuh? Harap2 lepas ni Fuad kena titik beratkan pasal ni lah. Mengganggu sungguh nyanyian.. Yg penting nyanyi kena relax bang, cuma jgn sampai tersengih2 dahlah ek.. hihi..

    Menyanyi bukan cuma belting jah bang.. Suka benor dia dapat belt tinggi2, yg last note siap buat metal belting lagi, awesome part2 ni.. Dgn power, resonance, endurance.. Overall, masih persembahan vokal yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
26 9
6
5
6 0 52
Attitude, showmanship 3
Darjah kesukaran 2


  • ROY KAPILLA – IZINKAN SELAMANYA NAMAMU DI HATI (57%)

    Verse 1 agak shaky lah nyanyian Roy, terutama masa permulaan phrasing. Owh wobbly ni biasa jah sebenarnya berlaku kpd penyanyi yg dah berusia, agak terjejas jugaklah nyanyian, jd flat kekadang. Kalau pandai kawal bersama dgn breath management yg bagus, sudah tentu flat atau shaky tak berlaku. Ada bbrp ketika off-tempo, start kat hujung 1st chorus kalau tak silap, tu pun pada pendengaran iols, taklah jauh sgt mcm Jac. Yg kat 2nd half tu byk yg mcm disengajakan utk efek feel (good example bila nak kata ada penyanyi sengaja bermain dgn tempo lagu sedih utk beri lebih feel). Articulation tak jitu sgt most of the time..

    Walaubagaimanapun, penjiwaan tu sampai jugak kadang2, nak2 kat last chorus tu kan. Kalau tak terjejas krn masalah terlampau berhati2 kdg2 tu, mesti awesome, sbb last chorus tu meruntun jiwa jugaklah walaupun dgn jeritan “aku ingin bahagia!” tu hihi. Segala usaha Roy harus diberi kredit lah ye, ada bbrp riff sgt cantik dlm nyanyian Roy dlm persembahan ni, kalau tak krn ni mungkin terus kosong markah dinamik tu.. Overall, persembahan yg bagus..

  • Intonation,
    tempo
    Breath,
    volume
    control
    Expression,
    interpretation
    Articulation,
    diction
    Phrasing,
    dynamic
    Improvisation,
    ornamentation
    (Jumlah)
    VOKAL
    25 11
    6
    5
    2 3 52
    Attitude, showmanship 4
    Darjah kesukaran 1







    NOTA KAKI:
    • Berikut merupakan markah penuh:
    Intonation,
    tempo
    Breath,
    volume
    control
    Expression,
    interpretation
    Articulation,
    diction
    Phrasing,
    dynamic
    Improvisation,
    ornamentation
    (Jumlah)
    VOKAL
    30 17
    10
    10
    10 10 87
    Attitude, showmanship 8
    Darjah kesukaran 5

    Intonation,
    tempo
    Harmonisation,
    improvisation
    Breath,
    volume
    control
    Expression,
    interpretation
    Articulation,
    diction
    Phrasing,
    dynamic
    (Jumlah)
    VOKAL
    30 17
    10
    10
    10 10 87
    Attitude, showmanship 8
    Darjah kesukaran 5



    •  Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊






    Comments

    Popular posts from this blog

    REVIEW KONSERT MINGGU 5 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

    REVIEW KONSERT MINGGU 1 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

    REVIEW KONSERT GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023 MINGGU 3