REVIEW KONSERT MINGGU 8 GEGAR VAGANZA 2022


REVIEW KONSERT MINGGU 8

GEGAR VAGANZA 2022

KATA DI KOTA, NAMA DI CARTA


Kredit foto : Gempak.com
 


 
  1. VE – ROZANA (81%)

    Masalah iols dgn VE ni semua ahli ada kekurangan masing2dlm persembahan ni.. Adeep ahli bervokal paling mantap ada masalah interaksi dgn heols punya “Rozana”, kesian tengok penari tu mcm usaha nak dekat2, interact, tapi Adeep buat derk jah, nyanyi jah buat hal sendiri. Mende ni agak menonjol pada iols sbb ahli2 yg lain semua ada interaksi yg bagus dgn “Rozana” masing2.. Cham ada masalah kawalan vokal & pernafasan, sokmo volume tenggelam timbul, riff agak tak kena kadangkala jugak selain masalah tak stabil tu.. Fakhiz sentiasa menyanyi dgn bukaan mulut yg sempit, tak pasti adakah ianya perlu sbb nak tahan dr suara heols kalau keluar 100% jadi kasar ke apa, tapi perkara2 ni agak mengganggulah pada iols.. Articulation VE selain Adeep agak kurang padu pd iols, mungkin sbb masing2 takut terbabas drp kelembutan mood slow Jazz, arrangement muzik yg mereka terapkan ini.. Tapi masalah ni kecik2 jah sebenarnya, lagipun biasanya 1 masalah cuma 1 ahli jah mostly buat problem..

    IMO Hakim the best kali ni, tapi rasa mcm heols punya part menyanyi paling sikit kan? Malangnya Hakim juga mcm takdek keistimewaan yg buat heols boleh menonjol.. TBH iols sgt mengharapkan Hakim kekal amek part bass dlm harmoni, sekarang dah berapa minggu VE tak buat 3 parts harmony dgn bass ni, agak mengecewakan pd iols. Tapi menilai drp harmoni yg VE buat dlm persembahan ni, iols rasa dah cukup tight seadanya.. Iols perhati part yg selalu ditekankan dlm VE punya persembahan, semestinya di coda, harmonisation VE cantik sgt kat situ.. Intonation pun takdek masalah.. Penjiwaan dah hebat dlm vokal masing2, kena dgn cerita dlm lagu.. Oh & kali ni VE dah buat step tarian yg menarik, tight jugak chemistry VE dlm persembahan ni.. Overall, very good vocal performance..

Intonation,
tempo
Harmonisation
Improvisation
Chemistry
Breath,
Volume
Control
Expression,
Interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
Dynamic
(Jumlah)
VOKAL
30 15
5
9
5 5
69
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 5



  1. JACLYN VICTOR – LELAKI INI (80%)

    Tak banyak komplen pun tentang persembahan Jac ni.. Kat pre-chorus ada lah sedikiiiit kawalan pernafasan yg terganggu akibat usaha mengatur breath support di 1st verse yg agak terlalu rendah utk Jac, sampai terpotong2 perkataan..

    IMO dr segi range vocal dlm lagu ni, lower register nya tidaklah terlalu rendah even utk seorang soprano spt Jac, ia tak memberi masalah sgt sebenarnya, taklah sesusah lagu P.Ramlee atau Judika dulu.. Tapi good job kat part tu.. Selain drp tu awesome.. Intonation bersih.. Kawalan pernafasan & vokal Jac di part2 lain dah bagus sgt.. Articulation most of the time sgt jelas & padu.. Dinamik pun bagus, lembut & intense di part2 yg sepatutnya.. Volume & intensity selari dgn muzik iringan.. Penjiwaan pun bagus, boleh rasa jugak feel cerita lagu ni dlm nyanyian Jac.. Kagum plak tengok Jac boleh guna kejutan tu jadi sebahagian drp persembahan sheols, langsung tak kekok, malah memberi boost lagi pd persembahan tu sbb kena dgn cerita lagu.. Overall, very powerful vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 12
9
9
6 4 70
Attitude, showmanship 6
Darjah kesukaran 4



  1. BOB YUSOF – MY BABY YOU (76%)

    Komplen iols tak banyak utk persembahan Bob ni.. Articulation agak kureng di 1st verse sbb most of the time kat sini Bob kekurangan breath support jadikan note2 tu padu, diction keseluruhannya pun iols ada dengar kadangkala plural jd singular, sbb takdek “s” kan, camtoh..

    Selain drp tu awesome dah.. Intonation bersih, kawalan vokal & pernafasan kat part2 lain hebat dah.. Dinamik cantik betul, build up nya bagus, seiring dgn muzik.. Bermula dgn tone yg lebih lembut di 1st verse, bila sampai chorus, vokal Bob dah mula bertenaga.. Kat music bridge, Bob isi dgn adlib runs yg kedengaran spt harmonisation dgn “main” melody gitar, betapa precise run ini, hebat sgt.. Vokal Bob keseluruhannya membuai2, boleh rasa romantik feel dlm vokal Bob.. Penjiwaan mantap lah tu dekk.. Overall, very good powerful vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 13
10
6
7 4 70
Attitude, showmanship 4
Darjah kesukaran 2



  1. HAZRUL NIZAM – WIDURI (74%)

    Review konsert berapa ek iols ada sentuh pasal vocal onset Hazrul ni? Lupalah, malas nak check, tapi breathy onset bukan onset yg bagus lah sebenarnya.. Notes tak articulate dgn jelas, banyak konsonan yg hilang..Yg bagus adalah onset yg balanced antara breathy & glottal.. Kpd yg tak tahu lg, dlm persembahan ni Hazrul dah guna kedua2nya, nampak beza antara kedua2 jenis vocal onset ni.. Nyanyian Hazrul yg 1st half iaitu sebelum music bridge/interlude tu semuanya breathy onset, & start kat 2nd chorus bila modulation berlaku, utk selaraskan dgn muzik yg makin intense, Hazrul tambah tenaga dlm nyanyian heols, maka berlakulah balanced onset ini..

    Iols sgt suka part 2nd chorus ni. Nyanyian lebih bertenaga, articulation lebih jelas & padu.. Intonation bersih.. Penjiwaan mantap, boleh dengar & rasa dlm nyanyian heols betapa angau lelaki ni terhadap si gadis tu.. Dinamik Hazrul pd iols mmg dah awesome, cantik mendayu2, terbuai2, tapi agak tenggelam timbullah di 1st verse, just my 2 cents.. Overall, beautiful vocal performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 12
10
6
7 2 67
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 2



  1. TOMOK – MENTERA SEMERAH PADI (72%)

    Ehhhh mmg selama ni Tomok pakai mic merah ekk? hmmm dr segi nyanyian, Tomok tiada dinamik.. Banyak part yg strained jugak.. Iols yg sebenarnya hairan jugak, makan ubat apa ekk Tomok ni, nyanyi straining mcm tu tetiap minggu tapi tak sakit plak nampaknya, ada beberapa peserta pertandingan nyanyian lain kalau nyanyi gini dlm pertandingan setiap minggu, minggu ke 3 atau 4 dah hilang suara dah, suara bercakap pun jadi hoarse hmm.. Argh markah yg iols peruntukkan utk persembahan tak banyak spt markah vokal, jadi fahamlah ekk kalau markah iols utk Tomok kurang sokmo berbanding juri2?

    Walaubagaimanapun, intonation Tomok bagus.. Oleh kerana stail nyanyian Tomok lebih kpd bertutur jah bunyinya, jadi articulation agak padu most of the time.. Tomok juga kedengaran & kelihatan spt telah dirasuk oleh roh lagu ini, penjiwaan mmg hebatlah.. Suka betul dapat duel dgn band Leman ekkk, ketukan drum Tomok pun kedengaran spt kena rasuk, nampak Tomok mcm nak melepaskan geram gitchew.. Showmanship nombor syatu la dekkk, Tomok sorang2 pun presencenya terasa sampai keseluruh dewan tu.. Overall, powerful performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 10
10
7
0 2 59
Attitude, showmanship 8
Darjah kesukaran 5



  1. SHILA AMZAH – COBA (71%)

    Aik kenapa Shila gelak ek, lepas belting kat hujung 2nd refrain tu? Tu mmg ada dlm persembahan ke? Nyanyian Shila kali ni, off-pitch ada kat hujung2 1st verse kerana vibrato yg jatuh & flat juga di hujung2 2nd verse kerana tak cukup nafas & tenaga.. Kawalan pernafasan agak kureng kali ini bila perkataan pun ada yg terpotong2 2, 3 kali.. Nyanyian Shila jugak kali ini kekurangan dinamik, dr mula sampai habis mcm sama jah volume nya, cuma ada perbezaan sikit lah dr segi intensity kalau nak dibandingkan verse 1 dgn part2 yg dah modulate ke mood yg lebih “hard rock”, sikit jah, pastu iols lost lagi sekali dengar tak tahu mana chorus, mana verse dah haha.. Riffs Shila kali ni langsung tak kena dgn stail & genre muzik lagu ni..

    Selain drp part tergelak tu, iols rasa dah bagus dah penjiwaan Shila.. Iols suka Shila kadang2 kedengaran fierce, sgt kena dgn cerita lagu ni, boleh terasa “rage” sbb sakit hati tu.. Articulation most of the time sgt jelas & padu.. Shila pd iols dah berjaya menyuntik sebanyak mungkin jiwa lagu ni dlm persembahan sheols, jadinya showmanship agak bagus.. Overall, persembahan vokal yg bertenaga..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 11
8 9 2 4 62
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 4



  1. FUAD RAHMAN – LAILA NAMAMU TERATAS (66%)

    OMG hujung rangkap 2 Fuad, tapi dengar mcm takde pape kan? Bila dengar betul2 baru perasan Fuad tersilap kat situ, heols gi amek chord kat hujung rangkap 1, jadi key & melodinya lain.. Patutlah rasa mcm, “aik, kenapa tetiba ada instrument mcm pause?” haha ayyyooo nasib baik masing2 pandai cover.. Fuad bila dah habis verse tu heols larikan muka dr mic, nampak lain macam dah muka heols kat situ, kecewa kot, tapi pandai heols cover.. Iols kira off-key 1 bar ekk? Sbb yg 1 lagi tu bila musician semua dah recovered, jadi musician2 dgn penyanyi2 sekali dah pun masuk key yg betulla, sbb masing2 dah berpakat ikut key & melodi penyanyi haha.. Aduss, kalau tak kerana part ni dah bersih dah intonation Fuad.. Fuad masih ada masalah kawalan vokal, yg iols baru jah confirm puncanya, iaitu phlegm (atau extra mucus yg masuk dlm throat, spt yg iols sentuh dlm review lepas2).. Banyak sbb sebenarnya terbentuknya phlegm ni,antaranya acid reflux, allergy ke, mungkin juga disebabkan lifestyle yg kurang minum air atau pape cecair, udara kering sokmo dlm tempat tinggal ke, tp iols rasa sbb utama phlegm pd Fuad ni sebenarnya sbb tabiat merokok.. Bayangkan bbrp jam nak menyanyi pun masih hisap rokok lagi, haa acane tu? Merokok jugak bg affect buruk pd setiap part tubuh yg penting utk menyanyi. Mulut, throat, vocal cords, larynx, paru2.. Bila sedut asap rokok, ianya seolah2 sedut abu terbakar tu masuk dlm vocal tract. Vocal cords jadi kering & irritated, serta-merta buat otot2 sekeliling membengkak. Vocal cords hilang banyak keanjalan fungsinya yg sepatutnya bergetar laju & stretched bila menyanyi note2 tinggi, & bergetar perlahan & menebal bila menyanyi low notes. Bila nyanyi speech level range dgn chest voice plak ia berada dlm fixed position.. Transition antara register2 ni susah nak berlaku smoothly kalau keanjalan vocal cords ni hilang, perasan tak suara Fuad keluar break2 sikit setiap kali heols habis nyanyi notes tinggi & pergi low notes, atau middle range pun? Sbb tu kita mesti pastikan vocal cords kita lembap setiap kali nak menyanyi, kalau saje keringkan mmg cari nahaslah.. Satu lagi efeknya kat paru2, bila dah tercemar, hilang elastik & tak boleh berfungsi dgn sebagus mungkin. Maka ia tak bolehlah bg breath support yg padu utk sustain notes ke, agitchew..

    Namun, dalam macam2 masalah di atas, iols agak kagum jugak bila Fuad kedengaran mcm takdek masalah kawalan pernafasan sgt pun. Most of the time, padu articulation Fuad, clear jah.. Salah masuk key & melodi pun, nampak tak terjejas pun fokus Fuad tu, mcm takdek pape pun, haha, penjiwaan mantap lah tu maksudnya.. Dinamik Fuad pun dah semakin bagus, lembut & intense di part2 yg sepatutnya seiring dgn muzik.. Overall, good vocal performance.. (Anyway, ahahhah dah agak dah mesti KakLina nak cakap nama sheols Laila lulz.. Pastu ahhhhhh Didi, Nana, Jojo sooooo kiiiyyyooootttttt!! Geramnya nak pelukkkk haha, tapi Ya Allah klako betul Nabil masa ni ahahahh gelak guling2 iols)

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
25 11
9
8
4 2 59
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 2



  1. ASHEED DEF GAB C – TIARA (63%)

    hmmm GV9 mmg paling kompetitif kan, sampai ramai peserta usaha menonjolkan sisi kreatif masing2. Tapi pd iols, arrangement tu mestilah kena dgn cerita & mood lagu asal kan. Mcm Asheed ni cuba masukkan sedikit elemen muzik Pasodoble, bagus, kreatif.. Masalahnya mcm melepaskan batuk di tangga, dahlah sekejap2 & agak berterabur, pastu takdek langsung usaha dr Asheed utk cuba “incorporate” stail nyanyian muzik ni dlm nyanyiannya.. Muzik modulate bbrp kali pun nyanyian Asheed tetap sama jah dr mula sampai habis, kurang dinamik pun ye jugak.. Nyanyian Asheed kali ni jugak agak pitchy, banyak jugak ye flat, bermula di hujung baris pertama lagi, kebanyakkannya mcmnilah kat 1st half tak dapat hold note betul2, banyak jatuh, 2nd half baru okay, adalah sekali gitu jah flat.. Kawalan pernafasan pd iols better drp minggu lepas, tp tetap termengah sikit bermula selepas chorus. Perkataan pun terpotong2, agak mengganggu penghayatan lah pd iols..

    Walaubagaimanapun, penjiwaan Asheed ke atas cerita lagu tu iols rasa dah bagus.. Articulation agak jelas most of the time, cuma bila shaky jadi tenggelam timbul sikitlah.. Iols setuju dgn Dato' Syafinaz, mmg tone quality Asheed lain kali ni, jadi bertambah “rich”. Sbb, kali ni Asheed usaha menyanyi dgn throat yg lebih open, barulah senang sikit nak pitch jauh sikit dr heols punya speech level range tu.. Selama ni iols perhatikan tone Asheed byk constricted kat pangkal pharynx disebabkan tounge placement heols yg sentiasa (ummm cane nak explain ni ek) agak terangkat lah, & sumbat part pangkal pharynx tu, jadi tone yg dapat keluar forward hanya halus jah tinggal.. acamtoh.. Iols dah sentuh bab ni dlm review konsert lepas2, tapi mende ni dikatakan aspek unik & memberi karakter dlm vokal Asheed kan, jadi, iols abaikan jah mende ni dlm nyanyian heols yg selepas2nya.. Persembahan pun tak statik sgt.. Overall, good performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
24 11
7 7
2 2 53
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 5



  1. DINA NADZIR – HIJAU (61%)

    Ayyooo rengsa dengar Nabil dok “voice stress”2, “voice rest” lah cik abg oi, Dina betulkan pun heols buat derk jah lulz.. Anyways.. Raga? Mana raga? Gitchew perasaan iols dengar.. Bukan apa sbb tak dapat detect langsung Gamaka nya tu.. Kat 1st refrain hujung2 sebelum chorus? Ke runs yg kat chorus tu? Mcm takdek jah.. Tak jadilah dekk.. (Oh BTW, Raga tu lenggok/run dlm Carnatic music.. Gamaka tu maksudnya penyambung yg diisi dlm interval (ruang kosong antara note ke note) dlm Raga tu).. Iols keliru, sorry.. Iols rasa yg kat refrain tu.. Yg sebenarnya Dina mmg adalah usaha nak buat stail nyanyian classical Indian tu, tapi tak menjadi, camtoh, iols bagi jugak kredit atas usaha Dina tu. Tapi lain kali harap tolong letak stail nyanyian tu di part yg ada elemen classical India lah ekkk.. Mcm yg intro tu, patutnya buatlah Raga kat situ, barulah first note kat 1st verse tu boleh articulate lebih solid.. Ya, mmg banyak pitchy Dina kali ni, tak tahu kenapa setiap riffs & runs Dina mcm tak kena jah, start kat 1st refrain lagi.. Falsetto pun tak stabil.. Jadi banyak terganggu penjiwaan Dina pun, mcm tak bersemangat jah Dina kali ni.. Kesian..

    Selain drp tu, iols rasa dah bagus.. Articulation most of the time jelas jah.. Dinamik dah bagus, cuma tak banyak part Dina boleh buat mende ni bg lagi umph lagi.. Showmanship ok dah, interaksi jauh antara Dina dgn abang yg main trumpet & yg buat Raga banyak tu, iols rasa agak menarik sebenarnya, cuma argh geram kan, mcm tak 100% camtoh.. Overall, persembahan vokal yg menarik..

Intonation,
tempo
Breath,
Volume
Control
Expression,
Interpretation
Articulation,
Diction
Phrasing,
Dynamic
Improvisation,
Ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
20 12 4 7 4 4 51
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 5



NOTA KAKI:
  • Berikut merupakan markah penuh:
Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6

Intonation,
tempo
Harmonisation,
improvisation
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 6



  •  Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊



Comments

Popular posts from this blog

REVIEW KONSERT MINGGU 5 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

REVIEW KONSERT MINGGU 1 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

REVIEW KONSERT GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023 MINGGU 3