REVIEW PERSEMBAHAN VOKAL ANUGERAH JUARA LAGU 37


REVIEW PERSEMBAHAN VOKAL

ANUGERAH JUARA LAGU 37

Kredit foto: Berita harian.com.my
 


 
  1. AINA ABDUL – TERUS HIDUP (96%)

    Sikit jah problem iols dgn persembahan ni, Aina senyum2 sampai tahap iols kena tutup mata baru boleh feel betul2, lagipun selendang keras atas kepala tu mengganggu betul, sheols terpaksa betulkan setiap kali benda tu ikut jatuh bila sheols tunduk kepala ahhah sorry.. Lagi ada run dgn head voice selepas last chorus yg iols dengar mcm ada sikiiit strained, sikit jah..

    Selain drp tu masya-Allah, amazing.. Dinamik mendayu2, membuai2 perasaan.. Articulation jelas most of the time.. Vokal lembut & powerful, intense di part2 yg sepatutnya memberi impak even goosebumps!! IMO head register Aina tidaklah se'brilliant' Ernie punya, tapi Aina punya transition dr register ni ke register2 yg lain sgt smooth, effortlessly.. Istimewanya Aina ni sbb sheols ni komposer yg pandai mewarnai nyanyian juga.. Bayangkan setiap apa bunyi pun yg keluar dr mulut sheols tu penuh berisi jiwa, acamtoh. Mcm contoh break sebenarnya ialah sesuatu yg boleh dikatakan satu kesan drp silap teknik nyanyian, tapi sesetengah penyanyi menggunakan break ni utk bg lebih feel atau texture yg menarik dlm nyanyian, Aina ni salah seorangnya.. Selepas last chorus tu bila sheols start duduk walaupun dgn audiens bising tu pun masih lagi boleh merobek jiwa, menitik air mata mendengarnya.. Showmanship pun membantu kadang2 even bg goosebumps.. Overall, engaging powerful emotive vocal performance.. (Vocal range : B3 - G5 - Bb5(disconnected))

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation

Difficulty
30 20
14
8
10 9 5



  1. ERNIE ZAKRI – KORBAN (95%)

    Complaints iols utk persembahan Ernie ni hanyalah ada part yg feel sheols lost, sedikiiit jah.. 1 lagi ada part2 yg sebutan jadi kurang jitu, sikiiiit jah..

    Selain drp tu OMG almost flawless, looovvvee the operatic tone yg sheols buat di beberapa tempat, dgn precision, stability & controlled, very impactful, impressive, goosebumps.. Nyanyian Ernie sentiasa penuh kawalan, transition dr head ke chest registers awesome sgt, smooth gile seamlessly.. Ernie punya head register range nya sgt luas & rich, sheols sgt kreatif memanipulasi register ni dgn pelbagai stail, volume, intensity.. Kali ni sheols showcase lebih lagi drp yg sebelum2 ni, pergi note yg lebih rendah dlm register ni dgn power, stabil & controlled, semua resonant.. Intonation bersih & stabil, breath control Ernie hebat & efektif.. Dinamik nyanyian sheols masya-Allah sgt2 cantik membuai2 sampai kat last chorus iols tetiba rasa sebak, bergenang air mata, part2 yg penghayatan sheols sampai ni mmg menusuk ke jiwa rasanya.. THAT last belted A5 note tu masya-Allah badass.. Overall, very beautiful powerful emotive vocal performance.. (Vocal range : B3 - Bb5)

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation

Difficulty
30 20
13
7
10 10 5



  1. MARSHA – KEMBALI TERANG (78%)

    Hokay, iols kurang faham verse awal2 ni kedengaran spt tak menyelesakan buat Marsha (even dlm versi recording), sheols kedengaran susah nak “carry” lower register mcm ni tapi mcmana lagu ni tetap dgn key ni? Jelas tak smooth langsung peralihan dr low nak naik sikit note tu (masih dlm lower register). Peliklah.. Dlm live AJL ni IMO agak teruk shaky nyanyian Marsha kat verse awal ni.. Nak masuk pre-chorus tu mcm sedikit terlambat tempo sheols, tp sheols boleh pickup cepat jugaklah.. Iols jugak boleh dengar bbrp kali sheols flat di hujung2 frasa kerana vibrato, & sekali kat last chorus kat hujung jugak, yg ni sheols takleh sustained note.. Kat music bridge, run sheols yg 1st kedengaran strained sikit..

    Tapiiii yg seterusnya runs sheols awesome sgt, berakhir dgn F#6 super head voice, wow!! Powerful, goosebumps.. Last belted Eb5 note tu plg hebat sheols sustain 10 saat dgn powerful, stability, dgn vibrato cantik, iols impressed.. Articulation selain drp part verse awal dah bagus.. Dinamik sgt bagus walaupun inilah yg membuatkan sheols bermasalah sikit di permulaan.. Yg penting penjiwaan awesome dekkkk. Boleh rasa betapa sakit, seksa & perit hati sheols dgn perpisahan tu.. Overall, very powerful emotive performance.. (Vocal range : F#3(disconnected) - Bb3 - F#5 -F#6(disconnected))

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation

Difficulty
25 13
15
6
7 7 5



  1. LIZA HANIM & SHILA AMZAH – BAHAGIAKAN DIA (77%)

    Okeh, IMO lagu ni ibarat terbahagi 2, 1st half lagu duet, 1st half lagi lagu battle.. Iols tak nampak & dengar chemistry langsung antara dua rakan duet ni, okay taklah langsung takdek. Tapi sikiiit jah harmonisation dorg di 1st half yg Liza & Shila betul2 synchronised dr segi melodi, feel, pernafasan. Part lain, takdek, sorry. Sustained notes hujung2 frasa pun tak sync melodinya, iols mengharapkan sekurang2nya Liza & Shila saling berpandangan lebih lagi, tapi iols rasa mcm dorg takdek eye contact langsung kan, pelik plak, mmg disengajakan kah? Mcm tak kena plak dgn cerita lagu.. Call & response duet ni selepas music bridge tu banyak clash lah, rasa serabut mendengarnya.. Nyanyian solo Shila ada sikit shaky di first verse & tak smooth peralihan dr chest ke falsetto ke chest balik.. Liza plak riff sheols di verse agak tak kena dgn tempo & melodi lagu..

    Walaubagaimanapun, part2 lain awesome, intonation bersih.. Articulation selain part yg verse iols sebut tadi, kedua2nya hebat, terutamanya Liza lah.. Tapi nyanyian memang powerful. Masing2 mcm nak showcase betul2 dorg punya upper range. Iols suka Liza punya belting hujung frasa sheols yg topped kat F#5, dgn heady mixed, betul2 hujung 2nd chorus, cantik sgt dgn resonance lagi.. Shila pun awesome sheols punya falsetto kali ni lebih bertenaga, terutama yg G5 kat hujung runs kat music bridge tu.. Penghayatan di 1st half sgt bagus.. Overall, very powerful performance.. (Vocal range : Shila Amzah (Bb3 – F#5 – G5(disconnected); Liza Hanim (C#4 - F#5))

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Ornamentation,
dynamic

Difficulty
25 9
12
10
9 8 4



  1. DAYANG NURFAIZAH & AMIR MASDI – DEBU (76%)

    ermmm kenapa ekkk mcm tak kena jah Dayang ni.. Iols terpaksa cari & tengok persembahan duet ni di semi final dulu, & spt dijangka, versi yg tu mmg so much better.. Sikit off & shaky lower register sheols. Adakah habit kurang sihat pernafasan sheols dah mula memakan diri? Hmmm.. Ada off-tempo jugak di permulaan 2nd verse & permulaan 3rd chorus betul2 selepas bridge.. Amir kedengaran sedikit off dlm harmonisation heols kat tengah2 3rd chorus, masa nak masuk riff hujung phrasing tu.. Then kedua2 Dayang & Amir tak sync langsung masa harmonisation part baris tempo laju tu, kelam kabut, IMO.. Kadang2 suara Dayang terus tenggelam masa harmonisation..

    Sayang sekali sbb harmonisation duet ni sgt tight dr segi chemistry & mmg selari feel dorg.. 3rd (last chorus) tu cantik betul harmoni duet ni, in sync sampai habiskan sustained note pun serentak.. Dr segi vokal & pernafasan, Amir lebih terkawal sikit berbanding Dayang. Peralihan dr chest ke falsetto pun smooth.. Articulation selain drp yg masalah2 iols tulis kat atas, dah cukup bagus.. Penghayatan bagus.. Overall, persembahan yg bagus.. (Vocal range : Dayang (F3(disconnected) - A3 - E5); Amir (C4 - E5)

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Ornamentation,
dynamic

Difficulty
20 13
12
15
6 6 4



  1. NAIM DANIEL – MAINAN (75%)

    hmmm iols rasa, oleh kerana Naim nak jaga segala aspek nyanyian dlm menyanyi terbalik ni, heols mcm terlampau barhati2, hasilnya vibrato yg kedengaran spt nervous, nafas pendek2, heols articulate pun satu persatu suku kata, kedengaran spt takdek legato sgt, dinamik jugak hampir tiada kalau tak kerana 1st verse yg kedengaran sgt lembut spt bercerita.. Ada juga bbrp sustained note hujung2 frasa yg jatuh flat mostly kerana vibrato & ada pengulangan di hujung2 chorus yg kedengaran off sikit..

    Selain drp tu bagus dah.. Articulation sgt bagus, sebijik2 keluar, mostly jelas kedengaran & padu sebutan Naim.. Nyanyian lembut & intense di part2 yg sepatutnya seiring juga dgn intensity muzik iringan.. Penghayatan most of the time sgt bagus, cuma ada masa heols dok betul2kan in-ear monitor, terus lost kat situ.. For some reason, iols rasa nyanyian Naim dlm keadaan tergantung upside down ni lagi power phrasing nya berbanding biasa, adakah kerana vocal tract heols lebih relax? Sbb 1) vocal range tak besar, 1 octave, 1 note jah.. 2) Heols menyanyi majoriti placement dlm mouth cavity jah, yg penting attack semua pun kat situ.. Selagi heols jaga posture straight dr spine ke kepala & takdek tekanan kat bahagian depan abdomen, rasanya takkan ada masalah sgt. Lagipun tempoh tak lama sgt.. Menarik konsep menyanyi terbalik ni, kreatif, sama mcm dlm mv ekkk.. Impressive, showmanship mantop.. Overall, good engaging performance.. (vocal range : B3 – C5)

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation

Difficulty
28 15
13
8
4 2 5



  1. ALIF SATAR – ANUGERAH TERINDAH (71%)

    Iols dengar Alif ada sikit off-tempo di tengah2 first verse acapella, tp kudos krn berani buat arrangement sukar.. Ada riff yg off di awal2 last chorus betul2 lepas music bridge.. Ada part2 yg Alif tetiba lompat2 perlahan yg mcm tak perlu tu, mula2 okay, tapi bila diulang lagi jadi shaky habis notes, terutama yg part falsetto lepas music bridge tu. Akibatnya jugak Alif jadi terjejas kawalan pernafasan, hujung2 jadi mengah & bila tiba part rubato di coda, nyanyian heols dah shaky habis, sayang sbb part ni kalau buat betul2 lawa ni.. Entah kenapa feel heols tak berapa nak sampai kpd iols, iols rasa heols terlebih hyper berbanding jiwa lagu ni.. Lagi satu iols rasa music arrangement versi AJL ni kurang berkesan berbanding yg asal, hilang groove R&B asalnya.. Ada part iols rasa mcm clash plak harmonisation antara Alif & saxophone.. IMO lah..

    Selain drp tu awesome.. Articulation bagus most of the time, cuma kurang jelas masa falsetto.. Transition antara chest ke falsetto mostly bagus, smooth. Falsetto Alif pun sgt bertenaga.. Disebabkan ini jugak dinamik nyanyian Alif agak bagus.. Penguasaan pentas bagaimanapun mmg mantap walaupun iols lebih mengharapkan heols nampak lebih “angau” berbanding hyper tu.. Overall, persembahan yg menghiburkan.. (Vocal range : B3 - D5 - F5(disconnected)

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation

Difficulty
28 12
9
8
5 4 5



  1. SHIHA ZIKIR – IRAMA (69%)

    Tarian ligat Shiha membuatkan sheols kurang stamina utk sustain note dgn betul kadangkala, di hujung2 phrasing, jd ada bbrp flat part2 ni & ada vibrato yg flat jugak, ada part di 1st refrain sheols bolehlah cover dgn nyanyi dgn cara bercakap, tapi part lain agak jelaslah, bermula di tengah2 1st verse, terutama di hujung2 chorus2, & tengah2 2nd refrain.. Memang biasa kalau menari ligat sambil menyanyi sudah tentu hilang kawalan vokal, ada kesilapan di mana2, kalau takdek tu autotune namanya, ahaks..

    IMO nyanyian sheols ni kurang gedik berbanding dlm versi recording, tapi keseluruhan body language, facial expression sheols taklah bercanggah dgn cerita & jiwa lagu, sheols sentiasa tersenyum, ada tambah attitude sikit dlm phrasing, jadi penjiwaan masih baguslah.. Modulation yg sheols buat start kat 2nd chorus pun berjaya menambah sedikit dinamik dlm nyanyian.. Adlib sheols pun bagus, ada yg power betul.. Articulation sheols masih bagus most of the time.. Overall, very good energetic performance.. (Vocal range : Bb3 - F5)

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation

Difficulty
24 14
11
7
4 5 4



  1. KHAI BAHAR – SENGSARA (66%)

    Ada off-tempo di tengah2 1st verse.. Ada bbrp flat jugak di 1st verse dgn vibrato yg dibuat2 itu, sekali lagi di bridge bila heols kena lembutkan suara mcm di 1st verse.. errmm memang Khai selama ni nyanyi mcm ni ke ekkk? Kat verse awal, heols nyanyi mcm nak kedengaran spt berbisik? Kalau mmg ni 1st time, fahamlah kenapa heols mcm teruk beno masalah breath management.. Bila kita nak kedengaran whispery, biasanya kita akan kena jadi lebih kreatif dgn aturan airflow keluar drp jumlah yg kita dah inhale di awal phrasing. Kalau tak, jadilah mcm Khai dlm persembahan ni yg sgt shaky di tengah2 2nd verse & hilang kawalan pernafasan sampai terpotong2 perkataan di tengah2 bridge.. Mostly berlaku di area low register heols.. Articulation pun terjejas kerana ni & dinamik yg heols buat pun mcm tak stabil most of the time jadinya.. (Rasanya masalah tanking up pun ye jugak ni, sedut terlampau banyak udara bila nak mula phrasing, masa habis phrasing lebihan udara tu dikeluarkan dgn tergesa2), sampai hujung2 dah semput..

    Tapi nasib baik heols sentiasa boleh recover setiap kali heols menyanyi dlm tessitura (zone note2 yg selesa) heols, middle ke high register, heols punya mixed sama ada chesty atau heady sgt powerful, resonant & stabil, sbb airflow pun lebih stabil kat part2 ni.. Plg best Khai belt Eb5 bbrp kali dgn tu dgn resonant, stabil & beautiful vibrato.. Penjiwaan Khai hebat ditambah lagi dgn interaction dgn para penari2 yg sgt bagus, pd iols mmg kena dgn mood yg heols cuba bangkitkan dlm persembahan ini & jiwa lagu jugak.. Overall, good performance.. (Vocal range : Bb3 - Eb5)

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation

Difficulty
25 10
15
6
6 2 2



  1. IMAN TROYE – NANG (64%)

    hmmm mula2 sekali iols nak komplen, music arrangement lagu Nang ni utk AJL agak terlampau besar & gah utk vokal Iman yg bervolume kecil. Banyak beats dr synnth yg volumenya kecil (lebih sesuai utk volume suara Iman) digubah jd volume orchestra yg besar, rasa tenggelam vokal Iman dibuatnya.. IMO bukan salah Iman 100% vokal sheols jd tenggelam kadangkala.. Iols dengar sheols ada sikit jah off kat hujung 2nd verse & sekali lagi kat awal2 last chorus, sbb banyak bergerak kot.. Ada jugak rasanya sheols mcm tercepat masuk kat 1st chorus.. Iols rasa mcm rengsa jugak dengar articulation sheols ni, tak jelas seketul2, kerana vocal placement sheols yg lebih mcm menyanyi di dalam kawasan “mask”, mungkin sbb lagu fast tempo sheols takut jadi tercungap2, jadi lebih selamat utk “placed”kan vokal kat situ, pernafasan lebih kat situ & bila banyak bergerak vokal tak terikut sekali bergoncang(ayyyoo klakonya penerangan). Hasilnya vocal jd tak forward.. Kalau tak kerana ada sikit riff & run, vokal sheols langsug takdek dinamik.. Dr segi interpretaion yg iols pelik, iols jadi tak faham sebenarnya, sekejap Iman ni mcm nak nampak swag, sekejap tersenyum2, jd pd iols mesejnya tak sampai, agitchew..

    Walaubagaimanapun, iols rasa nyanyian Iman ni dr mula sampai habis sgt smooth & stabil.. Tambahan run kat ending tu menarik & agak efektif.. Showmanship mantap dekkk.. Overall, persembahan yg menghiburkan.. (Vocal range : B3 - E5)

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation

Difficulty
27 15
9
6
3 3 2



  1. NOKI feat MK – PAYUNG PELANGI (63%)

    Iols rasa dah 3 kali kot Noki ni masuk final AJL, 2 kali sebelumnya hanya sebagai rapper, kali ni plak sbg penyanyi. Sejujurnya pd iols Noki mcm tak menyerlah sgt, sbg rapper even dlm persembahan ni iols tak rasa heols improve sgt, cuma lebih attitude sikitlah kot kali ni, part rap lah.. Iols tak tahu kenapa iols tersenyum tengok persembahan ni, mcm tak kena jah dgn cerita & jiwa lagu haha.. Sbb heols menarik? Maybe, dgn pakaian mcmtu.. Tapi IMO iols rasa Noki ni selain kurang menghayati jiwa lagu, heols menyanyi betul2 mendatar, iols cuma rasa persembahan ni ada sikit perubahan intensity bila MK muncul rapping, part yg ni nice, tapi pastu mendatar balik, pelik rasa sbb Noki mcm usaha jugak masukkan adlib2, panjang kot.. Tapi entahlah, dgn ada runs yg agak tak kena tempo & melodi tu, sampai timbul tegang gile kot urat2 kat leher (ini petanda kawalan pernafasan yg tak betul, melainkan penyanyi tu terlampau kurus).. Kalau ikutkan, runs heols banyak yg tepat jugak, bagus terutama yg kat intro tu, cuma bayangkan volume masa runs ni pun mendatar, ko rase??? Tapi atas usaha, iols bg jugaklah kredit..

    Walaubagaimanapun Noki punya intonation bersih & stabil dr mula sampai habis.. Sebutan pun sgt jelas & padu.. Showmanship pun baguslah.. Overall, persembahan yg menarik.. (Vocal range : Bb3 - F#4)

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation

Difficulty
30 12
8
9
1 2
  • 1
  • VOCAL RANGE TRIVIA
  1. Note paling rendah = disconnected F3 - A3 (Dayang Nurfaizah)
  2. Note paling tinggi = Bb5 (Ernie Zakri); disconnected F#6 (Marsha)
  3. Supported vocal range terluas : Ernie Zakri (B3 - Bb5 (1 octave, 6 notes, 5 semitones)
  4. Vocal range terluas : Marsha (3 octaves); kalau supported range cuma 1 octave, 5 notes, 3 semitones
  5. Vocal range terkecil : Noki (5notes, 4semitone)

  • JOE FLIZZOW feat SONA ONE – SATU MALAM DI TEMASEK (76%)

hmmmm lagu ni menang sbb music arrangement versi AJL ni kan? Sbb versi asal mcm hambar jah, adunan beats, synth & snare trap yg basic jah. Hooks pun mendatar, hmmm.. Versi AJL bila dah ditukar jd orchestration baru kedengaran gah, jauh lebih gah.. IMHO, jah.. Honestly, lagu2 di Malaysia skrg mmg macam dlm final AJL ni ke, merudum teruk qualiti composition nya huhu.. Anyway, nyanyian/rapping SonaOne & Joe ni mcm mendatar sampailah last chorus baru rasa mcm tetiba ada progress ahaks.. Tanpa modulation last chorus ni yg mengubah semua aspek melodi, tempo, intensity iols mcm lost agitchew. Siyes iols kadang2 kalau dengar audio sahaja mcm tak jumpa mana rap, mana hook, plak Tu SonaOne slide jah nyanyian heols mostly, atau bercakap dgn sedikit melodi? Rhythmic flow mostly mendatarlah, takdek “punch” atau tenaga langsung IMO.. Masalah lebih banyak datang dr part2 Sona One..

Rhythmic flow,
Dynamic
Intonation,
Tempo
Breath,
Volume control
Articulation,
Diction,
Lyric
Attitude,
Showmanship
Jumlah
22
19 11 14 10 76




NOTA KAKI:
  • Berikut merupakan markah penuh:
Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation

Difficulty
30 20
15
10
10 10 5

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Ornamentation,
dynamic

Difficulty
30 20
15
10
10 10 5



  •  Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊



Comments

Popular posts from this blog

REVIEW KONSERT MINGGU 10 ALL STARS GEGAR VAGANZA 2023

REVIEW KONSERT MINGGU 9 ALL STARS GEGAR VAGANZA 2023

REVIEW KONSERT MINGGU 11 ALL STARS GEGAR VAGANZA 202E