REVIEW KONSERT MINGGU 5 GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023


REVIEW KONSERT MINGGU 5

GEGAR VAGANZA ALL STARS 2023

MISTERI


Kredit foto : Gempak.com
 
 
  1. LIZA HANIM – KEMBALI TERANG (71%)

    Choyyy skip habes awal 1st verse yg banyak lower register, bila nak boleh dengar lower register KakLiza oii.. Ada part yg agak shouty ah, kedengaran struggle Liza nyanyi part last chorus tu, siap ada sikit strained di awal2nya, hujung phrasing.. Intonation ada flat di hujung 1st verse bila Liza nak buat fake vibrato sikit. Pastu yup di last chorus, coda, descending scale Liza mmg banyak off di hujung2, hilang kestabilan oscillation jugak.. Dinamik juga agak kureng sbb perbezaan texture atau volume antara part ke part lain tak terasa sgt. Tapi ada usaha kat verse awal..

    Selain drp tu hebat dah.. Kawalan vokal & pernafasan kat part2 lain drp yg taip kat atas tu dah bagus dah.. Juga part2 lain utk adlib, runs dah cantik sesuai dgn lagu.. Articulation Liza most of the time jelas & jitu.. Penjiwaan yg sgt berkesan, terasa di hati setiap kita yg mendengarnya selain part yg shouty tu mcm terkerut sikit ahaks.. Overall, heartbreaking performance.. (Tapi kejinya guna gambo2 bebudak Gaza huhu.. Eh mana ada.. Uols yg nangis.. Iols tak nangiiisss..😭)

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 13
10
10
2 3 66
Attitude, showmanship 2
Darjah kesukaran 3



  1. NAQIU – HAKIKAT SEBUAH CINTA (70%)

    Persembahan Naqiu ni komplen iols ialah ada sikit jah masalah intonation, iaitu 1st note (sbb banyak bergerak sgt di intro) & flat di tengah2 last chorus (bila dah ada pengulangan, senang sgt nak kesan).. Showmanship IMO too theatrical, atau terlampau dark utk jiwa lagu ni, persembahan pergerakan atas pentas jelah, dlm Naqiu punya vokal, IMO dah bertepatan dgn jiwa lagu ni.. Dinamik pada iols mcm takdek beza sgt ek part acapella dgn yg sebelumnya, iols cuma mengharapkan ada sikit bezalah, mungkin lebih soft ke, texture ke vokal Naqiu tu, barulah bila masuk ke modulation last chorus tus seluruh chorus tu akan lebih memberi impak, bukannya hanya baris last kat coda tu jah..

    Selain drp tu awesome.. Kawalan vokal & pernafasan sgt bagus most of the time.. Articulation seketul2 keluar dr mulut heols terang, jelas & padu.. Penjiwaan mantap.. Overall, persembahan yg sangat bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 15
10
10
1 2 66
Attitude, showmanship 2
Darjah kesukaran 2



  1. JACLYN VICTOR – PERPISAHAN (69%)

    Nyanyian Jac kali ni ada bbrp off-pitch 2 kali kat tengah2 verse2 awal. Jarang sgt Jac ada masalah pegang note, tapi kali ni mmg terganggu kot emosi sheols.. Ada off-tempo sikit jah kat awal2 & sikit kat hujung2 chorus sebelum modulation tu..

    Tak banyak masalah sgt ekk nyanyian Jac ni, cuma bila ada part yg sheols hilang pegangan note kat hujung phrasing tu sikitlah hilang kawalannya, tapi most of the time awesome sgt bab ni. Yelah dgn nak letak banyak2 emosi sedih dlm vokal ni, dinamik pun membuai2 mcm bawa emosi kita dr verse sebak sikit2, sampai chorus dah start bergenang air mata, kat modulation, terus mengalir air mata, gaytoh penangan nyanyian & lirik cerita lagu ni. Iols dah bbrp kali sentuh masa GV9, Jac ni yg specialnya dlm vokal sheols mcm ada break2 kecil yg membuatkan bila kita dengar sheols nyanyi lagu jiwa sedih mcmni, ia akan menusuk terus dlm hati. Anugerah Tuhan ye tak.. Namun, terjejas sikiiiit je lah articulation kerana penjiwaan ini.. Tindakan bijak ye buat dim jah light atas pentas, sgt membantu menguatkan lagi rasa kehilangan tu.. Ditambah lagi dgn vokal Jac yg terasa memenuhi segenap ruang dewan tu, masyaAllah berkecai hati mendengarnya.. Ohye, cara Jac build up nyanyian sheols pun sgt efektif, sgt selari dgn volume muzik iringan.. Overall, heartbreaking performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
25 15
10
8
5 1 63
Attitude, showmanship 4
Darjah kesukaran 2



  1. NIKKI PALIKAT – DEPRESI (68%)

    Alaaa cubaan Nikki buat pentatonic scale (run yg mengandungi 5 note dlm 1 octave, Nikki buat E5-F5-G5-A5-B5) kat hujung 2nd verse sebelum music bridge tu kurang menjadilah, bukan major atau minor, plak tu hujung2 strained sgt. Harap Nikki takdek masalah kesihatan sore throat atau pape lepas cubaan ni, mcm dah melebihi kemampuan sebenar Nikki dah ni rasanya. Lagipun sheols try capai note2 tinggi tu dgn mixed voice.. Anyway, nyanyian Nikki ada sikiiit jah masalah intonation selain drp yg iols taip tadi. Ada note head tone yg flat di hujung2 1st verse, pengulangan di 2nd verse much2 better. Maksudnya yg ni pun ada masalah kawalan vokal sikitlah, selain drp yg atas tadi.. Kali ni iols tak dapat rasa dinamik sgt dlm nyanyian Nikki terutama dlm hal selari dgn intensity muzik iringan..

    Selain drp tu iols rasa bagus dah.. Articulation dah jelas & padu most of the time.. Dr segi penjiwaan iols dapat rasa jiwa cerita lagu ni mostly dlm vokal Nikki, terutama part “dalaman sudah gilaaaa” di hujung 2nd verse tu, Nikki bijak kat sini, dgn diikuti run yg gila serta memek muka & body language yg mcm “gila” jugak, wow. Iols cuma mengharapkan Nikki buat lebih banyak lagi part yg mcm beri gambaran depression tu, tapi usaha yg Nikki dah buat ni mmg bagus jugaklah.. Walaupun Nikki tak banyak choreo tapi pergerakan yg Nikki buat di atas pentas tu agak berkesan jugak.. Overall, very good performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 11
9
8
2 3 61
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 2



  1. ALIFF AZIZ – PENGHUJUNG RINDU (66%)

    Nyanyian Aliff ada bbrp off-pitch, kat tengah2 1st verse, 2 kali kat tengah2 pre-chorus, & kat tengah2 last chorus.. Nyanyian agak kurang dinamik, tp ada build up dr verse ke pre-chorus ke chorus yg menaik dr segi volume..

    Selain drp tu, bagus dah.. Kawalan vokal & pernafasan Aliff dlm persembahan ni adalah yg paling bagus setakat ni, IMO.. Penjiwaan Aliff hebat, boleh rasa menusuk ke hati cerita dlm lagu ni, dlm vokal heols pun terasa feel nya.. Articulation dah bagus, cuma kurangnya hanya kat lower register.. Iols especially suka part coda heols, mendayu.. Overall, good performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 14
10
8
2 0 62
Attitude, showmanship 2
Darjah kesukaran 2



  1. SITI NORDIANA – NGAJAT TAMPI (66%)

    Dalam nyanyian Nana kali ni ada bbrp masalah off-pitch bermula di bridge, iaitu selepas 2nd chorus, & sebelum 3rd chorus, nampak tak betapa panjangnya lagu ni? Haha.. Anyway, kat sini sheols dah start hilang kawalan pernafasan, dah semput, kat sini jugaklah datangnya low register, banyak shaky kat sini, banyak notes sheols takleh support dah. Yg kat tengah last chorus tu pun mcm ada bbrp notes berturut2 gitu.. Dinamik pun mcm kureng sgt, hanya ada bila lenggok berlaku..

    Ha lagu irama tradisional mcm ni mmg sesuai dgn Nana. Tak perlu ber”power vocal” bagai, lenggok yg merdu ialah kekuatan sebenar Nana, sheols pun nampak happy nyanyi lagu mcmni, suka tengok sheols senyum jah sepanjang lagu. Penjiwaan hebat, showmanship bagus, ada usaha Nana choreo sikit2 ikut groove.. Articulation selain drp part2 yg iols taip kat atas tu, dah jelas & jitu.. Overall, persembahan yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
24 10
10
8
2 2 56
Attitude, showmanship 6
Darjah kesukaran 4



  1. TOMOK – BIARLAH RAHSIA (65%)

    Hanatttt terkejut iols Tomok dok tenung2 gitu mcm hantu, huhu.. Anyway, tak banyak sgt salah Tomok dlm nyanyian heols kali ni, tapi tak wow jugak.. Yg iols dapat dengar cuma ada bbrp flat kat hujung2 1st verse & hujung2 last chorus. Ada yg sbb tak smooth transition dr chest ke head tone.. Oh lagu ni pun dah rendah key kan, transpose utk Tomok? Dinamik makin berkuranglah jadinya, Tomok pun takdek usaha sgt ke arah tu melainkan kat last chorus.. Ingat tak iols pernah sentuh pasal vocal onset Tomok masa GV9? Heols jenis hard/glottal onset, di mana heols sokmo nak start phrasing tu, heols inhaling, pastu heols akan tutup vocal chords ketat2 (tahan nafas). Pastu heols keluarkan tone dulu, pastu baru letupkan keluar breath. Dalam lagu ni boleh dengar beza bila heols buat “attack” ni & bila heols tak buat.Banyak kali jugakkan dengar letupan2 ni di awal2 banyak phrasing dr mula sampai habis, kali ni oleh kerana lagu ni lagu jenis lembut mendayu, dlm usaha Tomok lembutkan suara banyak ikut style TokSriTi, tp tetaplah kedengaran jelas bab ni, bila ia berlaku. Aliff Aziz pun ada masalah ni kadang2 (ikut lagu), sbb tu deyols kadangkala jelas kedengaran letopan konsonan “p” & “b” terutama di permulaan phrasing, bukan masalah micing sebenarnya.. IMO lah hihi.. Oh & masalah ni jugak menyebabkan Tomok hilang terus kawalan pernafasan di tengah2 pre-chorus di mana heols kedengaran mcm tercungap2 sampai terpotong2 perkataan kat situ, nampak tak betapa tak efektif vocal onset jenis ni?

    Walaubagaimanapun, nyanyian Tomok dlm lagu ni jugak jelas articulation nya.. Penjiwaan Tomok jarang tak mantap. Kalau ada pun bila heols silap interpretation. Tapi utk persembahan lagu ni, konsep ringkas Tomok agak memberi impak, sesuai sgt dgn cerita lagu.. Overall, persembahan yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
28 11
10
9
2 1 61
Attitude, showmanship 3
Darjah kesukaran 1



  1. HADY MIRZA – BIRU MATA HITAMKU(63%)

    Sapo punya idealah nak tukar arrangement jadi Billie Jean ni, tak ngamlah vocal dgn music arrangement.. Choyyy even Rock pun hilang dr arrangement ni argh.. Hady macam tak boleh grasp betul2 groove muzik ni. Heols mcm dah tap kaki ikut beats, tapi ntah kenapa nyanyi tak ikut pun groove ni. IMO tak payah nak buat legato sgt kalau nak tukar arrangement jadi funky pop dance gini, yg penting nyanyi ikut rhythm (bass + drumbeats), masukkan banyak2 “punch” kat part2 yg nak highlight liriknya, growling ke, atau tambah sikit2 syllable ke kat mana perlu, tak perlu riff pun, lagipun riff yg Hady buat langsung tak kena dgn melodi lagu.. Yg penting perlu kenalah dgn jiwa cerita lagu ni. Dlm persembahan ni, iols tak dapat feel kecewa & marah tu dr Hady.. Nyanyian jugak takdek dinamik..

    Walaubagaimanapun, iols nak puji Hady punya keseluruhan intonation masih stabil walaupun ada pergerakan tarian sikit kat hujung2 persembahan yg membuatkan suara heols sedikit bergegar.. Kawalan pernafasan bagus utk lagu upbeat gini.. Ada sikiiiit jah cracked kat tengah2 1st chorus, tapi tak menjejaskan persembahan pun.. Showmanship dah bagus, cuma sikit jah pergerakan Hady.. Overall, persembahan yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 11
4
9
0 0 54
Attitude, showmanship 5
Darjah kesukaran 4



  1. AZHARINA – KU INTAI CINTA DALAM RAHSIA (62%)

    Nyanyian Azharina ada off-tempo kat verse2 awal. Ada bbrp off-pitch start kat tengah2 verse awal, hujung2 pre-chorus, hujung2 1st chorus.. Kat 1st chorus ni jugak berlaku masalah kawalan pernafasan hingga terpotong2 perkataan, mungkin jugak sbb Azharina banyak guna falsetto utk cubaan dinamik di bbrp tempat. (Cubaan dinamik ni byk yg tak menjadi). Falsetto mmg boleh buat kita kehilangan banyak udara dlm sistem pernafasan sbb draining too much air dgn cepatlah kan, nak compensate yg hilang ni yg kita mcm agak struggle sikit.. Run Azharina yg kat 2nd chorus mcm kurang kena dgn melodi & tempo lagu..

    Tapi riffs&runs kat 3rd tu IMO better, cuma kedengaran agak try hard, agitchew.. Articulation sheols mostly terang, jelas & padu.. Penjiwaan pun most of the time dah bagus, cuma kekadang jah rasa pelik tengok gelagat sheols yg asyik pegang in-ear monitor.. Overall, persembahan yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
23 12
9
9
3 2 58
Attitude, showmanship 2
Darjah kesukaran 2



  1. EZAD LAZIM – PADA SYURGA DI WAJAHMU (61%)

    Eh chorus dah direndahkan key kah? Iols ada dengar bbrp flat berlaku di tengah2 verse2 awal & hujung2 last chorus.. Dinamik kureng sgt, takdek beza part ke part lain, texture vokal pun sama.. Entahlah mmg tak rasa wow sgt persembahan ni..

    Namun, penjiwaan Ezad sebenarnya dah bagus, cuma kadang2 rasa mcm lupa, pasal apa ekk lagu ni? Agitchew.. Sbb iols mmg sokmo ada problem dengar Ezad articulate rasa “tak lepas” kadang2, yg jugak boleh menjejaskan intonation IMO lah. Tapi bukan sepanjang masa, cuma bila heols “place”kan tone ke dalam mask, sama ada masa nak nyanyi note2 yg tinggi atau masa ada sebut “ng” & “ny”. Yg sebenarnya heols ada masalah berkaitan hidungkah? Pada iols kali ni pun persembahan vokal Ezad mcm cukup2 makan jah.. Tak teruk, tapi tak wow.. Overall, good performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
26 11
10
8
2 1 58
Attitude, showmanship 2
Darjah kesukaran 1



  1. NORYN AZIZ – ASMARA (61%)

    Iols bukanlah expert, tapi IMO dr segi mainan & texture vokal Noryn, mcm takdek beza sgt antara part Swing dgn part Salsa tu, melainkan Noryn ada tambah attitude seksi sikit kat permulaan Swing (1) & ada adlib (powerful BTW) kat permulaan Salsa (2). Oh & ada beza cara sebutan konsonan “rr” di permulaan part 2 jugak spt sifat Salsa tu.. Tapi tu jelah, mcm tak konsisten lah. Tak carry on sampai habis setiap part tu, Noryn mcm lebih kpd nak menyanyi dg power most of the time. Jadi dinamik pun mcm kureng sikitlah.. Dr segi intonation, Noryn ada bbrp off-pitch bermula di 1st chorus, kat hujung2 phrasing sbb vibrato yg fake tu, tapi bukan semua frasalah jadi flat ni.. Juga ada sikit off-tempo di tengah2 1st verse..

    Selain drp tu hebat dah.. Articulation terang, jelas lagi jitu.. Banyak powerful phrasing.. Kawalan vokal & pernafasan dah bagus sgt selain part2 yg mcm kalau masa Noryn nak buat seksi, dinamik tu membuatkan Noryn hilang pegangan note ke acamtoh.. Tapi mmg power betul ornament yg Noryn buat dlm dua2 part lagu ni.. Itulah, penjiwaan iols rasa dah bagus cuma ada masa mcm lost.. Yg penting showmanship sgt bagus. Ada attitude bila perlu, gerakan badan pun penuh groove, masa mula2 masuk jah mcm pelik sikit, berlari2 hihi.. Overall, very entertaining performance..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
21 11
6
10
1 4 49
Attitude, showmanship 7
Darjah kesukaran 5



  1. AYAI – PUSARA DI LEBUH RAYA (57%)

    Adeh, off-tempo kat verse sama, part yg sama dlm pengulangan melodi. Oh & ada sikiiit kat tengah2 chorus.. hmm macam pendek sgt kan.. Lagu ni IMO mcm perangkap, kalau tak cuba ubah besar2an akan jadi mcm monotonous. Ayai dah bagus sgt buat modulation di last verse (coda), tapi somehow masih tak mencukupi utk buat dinamik yg berkesan, mungkin patut dinipiskan lagi texture vokal Ayai di 1st verse, supaya impaknya lebih ketara.. Kawalan pernafasan kurang memberansangkan di last verse tu, sampai ada perkataan terpotong2..

    Selain drp tu bagus dah.. Penjiwaan dapat dirasakan menusuk jiwa pendengar, dlm vokal Ayai penuh dgn feel ni.. Articulation Ayai mmg thorrrbaek, sgt jelas, padu & jitu, keluar seketul2 terang benderang dr mulut Ayai walaupun masa terkejar2 tempo.. Overall, persembahan vokal yg bagus..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
21 11
9
10
2 1 53
Attitude, showmanship 2
Darjah kesukaran 2



  1. ZAMANI – MAHAKARYA CINTA (53%)

    hmmm banyak sgt part off-tempo lah. Ada 2 part jah iols rasa Zamani takdek masalah ni iaitu di bridge & masa adlib “ooohhh” di last chorus (usaha ni haruslah diberi kredit ye).. IMO Zamani jugak ada masalah coordination antara pernafasan dgn articulation sama dgn Aishah.. Mungkin ada masalah dgn kawalan otot di paru2 & sekitarnya, sgt susah nak support setiap suku kata sampai setiap suku kata tu keluar lambat2, IMO mesti susah nak nyanyi lagu yg tempo laju2.. Sampai 2nd half Zamani hilang terus kawalan ni, kadangkala kedengaran heols struggle nak bernafas.. Nyanyian Zamani tiada dinamik, sama jah dr mula sampai habis, dr segi texture vokal & sebagainya..

    Walaupun begitu, iols rasa articulation Zamani most of the time jelas terang benderang, sampai bila ada sikit sebutan yg pelik sampai jelas sgt kedengaran.. Penjiwaan Zamani cukup2 utk jiwa lagu ni, tak kurang & tak lebih.. Overall masih persembahan yg baik..

Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
19 10
10
9
0 1 49
Attitude, showmanship 2
Darjah kesukaran 2




NOTA KAKI:
  • Berikut merupakan markah penuh:
Intonation,
tempo
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation,
diction
Phrasing,
dynamic
Improvisation,
ornamentation
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Attitude, showmanship 8
Darjah kesukaran 5



  •  Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊






Comments

Popular posts from this blog

REVIEW KONSERT MINGGU 11 ALL STARS GEGAR VAGANZA 202E

REVIEW MINGGU 1 GEGAR VAGANZA 2021