REVIEW KONSERT 4 GEGAR VAGANZA 2025


REVIEW KONSERT MINGGU 4

GEGAR VAGANZA 2025

KOLABORANZA


Kredit foto : Gempak.com
 
 
  1. ISKANDAR ft LIZA AZIZ – I WANT TO SPEND MY LIFETIME LOVING YOU (80%)

    Iols agak sedih bila salah satu lagu duet terpaling fav iols diperlakukan sebegini.. Part2 yg jantan habes versi asal, kat GV ni dah kureng jantan dah, sedih iols.. Kenapa Iskandar ni mcm takut dgn lower range ekk? Heols kan ada halkum.. 1st verse solo Iskandar pun naik jugak kan? Yg ni mengurangkan oomph nya. IMO mengurangkan dinamik duet ni.. Itu jah komplen iols hehe..

    Selain drp tu awesome.. Wow chorus tu naik key mmg dengar meremang weyh.. Harmonisation yg setara dr segi penjiwaannya, intensity & power nya. Sgt membantu bila belting ke dua2 duo ni masing2 ada resonance & vibrato yg bagus, walaupun lebih ke arah unison, volume yg lebih besar taklah menenggelamkan volume yg lebih kecil.. Intonation Iskandar & Liza bersih & stabil.. Articulation most of the time jelas & padu.. Overall, very powerful duet vocal performance..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
30 16
8
10
7 1 72
Chemistry, showmanship 3
Darjah kesukaran 5



  1. NUBHAN ft MAWI – KIAN (78%)

    Agak rengsa dengar Mawi nyanyi sokmo kulum perkataan di hujung phrasing, jd off di bbrp tempat.. Duet ni jugak kurang dinamiknya..

    Selain drp tu bagus dah.. Harmonisation dgn banyak call & response, bagus & efektif. Duo ni setara dr segi penjiwaan & intensity, saling melengkapi. Boleh rasa jugak chemistry duet ni.. Nubhan tak banyak masalah sgt. Intonation agak bersih & stabil.. Kawalan vokal & pernafasan masih mencukupi utk tak tenggelam masa harmoni, walaupun kadangkala terasa kurang tenaga Nubhan.. Visual setara dgn penjiwaan yg kedengaran dlm vokal.. Articulation masih jelas most of the time.. Overall, persembahan yg menarik..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
29 15
8
10
8 0 70
Chemistry, showmanship 5
Darjah kesukaran 3



  1. FRESHIES ft INA FRESHIES & MAMAT – RAHSIA POHON CEMARA (71%)

    Hmm iols tak jumpa banyak kesalahan besar sgt dlm persembahan ni.. Melihat kpd kedudukan & markah Freshies, iols menjangkakan persembahan yg mediocre, tp yg ni iols rasa bagus.. Mcm nasyid ke? Mostly sbb attire jah, selain sbb Freshies byk buat gesture tangan mcm dlm persembahan/MV nasyid IMO. Tapi apa salahnya kalau jd nasyid pun kan, masih sesuai dgn jiwa lagu.. Tp ada sikitlah problem, mcm semua ada sikit clashed mcm off-tempo di hujung2 coda, susah kat situ sbb tetiba ada part break, mcm pause sikit then disudahkan dgn note panjang, tp sustained note ni cantik harmoninya.. Mamat ada kedengaran off-tempo & off sikit di hujungnya dlm solo heols. Pastu ok.. Satu lg versi ni dah turun key kan di chorus yg pertama, menyebabkan 1st half agak kurang dinamik..

    Tapi modulation kan kat chorus last sbb dr 3 part harmonies di 1st half, last chorus ni tetiba pecah lg jadi 4 part harmonies. Menarik pd iols bab ni. Tambah lg di chorus pertama ada yg bergilir2 jd back up dgn wailing voice, ada call & response kat situ, nice lg, cuma sikit sgt lah. Iols betul2 harap bab ni ada di semua part harmoni deyols, mesti lg best.. Harmonisation & chemistry sgt tight, boleh dengar almost di semua tempat mereka sync/setara dr segi penjiwaan, volume suara, kawalan pernafasan pun mcm dah plan nak buat kat mana.. Ejie agak solid tapi Shima yg iols rasa sgt bagus kali ni, jauh meningkat berbanding minggu2 lepas. Vokal sheols pun clear & padu.. Showmanship masih agak menarik walaupun gerakan sgt minimal.. Overall, persembahan yg bagus..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
27 16
7
7
7 1 65
Chemistry, showmanship 3
Darjah kesukaran 3



  1. KRISYA ft AZMI SAAT – FANTASIA BULAN MADU (69%)

    Bukankah bila berduet, kita mahukan harmoni mereka kedengaran spt dialunkan oleh seorang sahaja, dr segi tone especially. Duet ni memenuhi kriteria ni. Malangnya dinamik terjejas, kalau adapun iols rasa mungkin ada sikit di coda.. Harmoni juga hilang sync di 2nd refrain.. Chemistry mcm tak brp timbul, tp sekali-sekala ada.. Krisya juga ada sikit terlebih sharp di tengah2 verse solo awal sheols..

    Selain drp tu bagus dah.. Perancangan utk harmoni terzahir cantik most of the time.. Azmi sgt membantu rakan duetnya, nyanyian yg takdek masalah sgt dlm solo terutamanya.. Penjiwaan agak setara dua2.. Dua2 ada tone yg power.. Kawalan vokal bagus dua2, ada sikiiit jah, di part yg bermasalah di atas.. Articulation jelas & padu jugak dua2.. Overall, persembahan duet yg bertenaga..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
25 13
9
7
8 4 66
Chemistry, showmanship 2
Darjah kesukaran 1



  1. MENDUA ft KAER – IZINKAN KU PERGI (67%)

    IMO Kaer punya entrance tu mcm too abruptly lah, ntah, lebih awkward nampak sbb muzik & jiwa lagu sgt syahdu, tetiba Kaer masuk berjalan laju, mcm tak kena agitchew.. Masa ni iols dengar harmoni mcm ada sikit off sbb mula nak masukkan line Kaer dlm harmonisation.. Kadangkala iols confused yg mana main melody yg mana backup melody sbb yg backup kedengaran lebih beso volume nya.. Mcm kurang chemistry ah Mendua dgn Kaer ni.. Cakap pasal Kaer, Kaer ada 2 kali part solo dgn melodi sama, dua2 off-pitch & yg ke-2 sgt shaky.. Pungky jugak agak siskit shaky di solo heols kerana heols struggle dgn kawalan pernafasan.. Diana plak selain mumbling, di verse solo sheols pun ada sikit shaky dgn off-tempo sebaris..

    Selain drp tu, bagus dah. Sasha ok takdek masalah sgt.. Harmonisation kedengaran kreatif & setara penjiwaan & intensity nya.. Most of the time terutama bila vokal tinggal 1 atau 2 org, persembahan ni terasa sggh sedih syahdu.. Overall, persembahan yg bagus..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
25 15
5
9
5 2 61
Chemistry, showmanship 1
Darjah kesukaran 5



  1. MELL SAKURA ft NAQIU – DUA INSAN BERCINTA (67%)

    Walaupun iols faham ada sekali-sekala Mell mcm nak buat style nyanyi ala2 seksi gitu kat hujung2 persembahan, tapi boleh dengar yg Mell sebenarnya agak bergelut dgn kawalan pernafasan. Sejak awal, verse2 awal solo sheols adalah bbrp kali sheols shaky. Mungkin Mell terlampau sibuk dgn nak menjadi Rock sampai terabai bbrp perkara penting ni.. Off-pitch bbrp kali bila sheols takleh support note2 rendah dgn pernafasan yg cukup di awal2 kedua2 verse solo sheols. Kat note last tu pun sheols takleh hold sampai habis.. Naqiu ada sikit jah sekali off kat permulaan harmoni last chorus tu.. Iols jugak tak dapat rasa dinamik persembahan ni..

    Namun harmonisation duet ni kreatif, banyak counter melodies yg menarik & terasa sgt kena dgn tempatnya. Harmonisation antara kedua2 Mell & Naqiu sgt tight, well planned & balanced.. Showmanship menarik, walaupun tak banyak sgt pergerakan tp terasa chemistry deyols.. Walaupun ada ketika di verse2 awal Mell kedengaran sedikit mumbling, tp di banyak part2 lain articulation sheols sgt jelas & padu dgn phrasing yg bertenaga.. Overall, persembahan duet yg bagus..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
24 16
4
8
7 0 59
Chemistry, showmanship 5
Darjah kesukaran 3



  1. SHAE ft TOMOK – CARI JODOH (66%)

    AHAHAHHAH klako gile, mmg nampak dlm interview2 sebelum ni pun Shae mcm gile2 orangnya, sesuailah kan. Tomok pun gile2 kat sini. Seronok betul tengok persembahan ni.. Mula2 sekali yg iols pelik, kenapa music arrangement dibuat utk kedengaran spt Rock & volume besar, kalau dah Shae nak nyanyi dgn suara yg sgt halus? Iols rasa kalau gitar elektrik tak dominan/beso sgt cthnya, mungkin akan lbh sesuai dgn suara halus yg Shae buat ini, sokmo tenggelam dlm muzik suara Shae terutama selepas bridge.. Dinamik juga takdek, sbb dua2 pun Shae & Tomok mcm nyanyi nak bunyi klako2 gitu. Iols rasa akan lebih efektif kalau ada 1 part yg Shae nyanyi lebih serius.. Dr segi intonation iols rasa Shae takdek masalah sgt, skt jah takleh hold note kat hujung persembahan. Tomok yg byk flat & shaky sebenonye.. Harmoni pun heols agak tak konsisten.. Duet ni pun ada part “break”; pause kejap then bila start balik, akan ada clashed sikit dgn muzik...

    Tapi yg part outro bila muzik ubah2 intensity, yg tu awesome. Walaupun iols masih rasa suara Shae & Tomok agak tenggelam, tapi sekurang2nya boleh dengar deyols nyanyi ikut beat tu. Hebat kat sini.. Articulation mostly jelas sbb mcm banyak bercakap jah.. Shae agak bagus part harmoni, sentiasa pegang part sheols.. Showmanship mantop thorbaek.. Ha persembahan ni sgt sesuai melibatkan interaksi dgn audiens.. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
27 12
4
6
7 0 56
Chemistry, showmanship 8
Darjah kesukaran 2



  1. MARK ADAM ft MIMIFLY – JANGAN KAU MIMPI (62%)

    Mula2 sekali iols rasa harmonisation duet ni tak balance, mcm lebih byk part Mimifly, ke perasaan iols jah? Mark mcm banyak tenggelam timbul suaranya, Mimifly mcm jalan terus, harmoni tak harmoni nyanyi jah dgn volume yg sama, sbb sheols yg amek main melody kan? Sbb dengar mcm Mark asyik kena harmonize jah jadi 2nd voice, hihi.. Intonation, hmmm iols rasa oleh kerana Mark nak lebihkan tarian yg dope, adalah bbrp off sepanjang lagu (kecuali kat 2nd verse solo Mark, yg ni jah part yg iols rasa betul2 bersih), mostly sbb takleh support note2 dgn pernafasan yg cukup, start kat bridge tu tercungap2 dah dua2.. Part bridge ni kalau buat betul2, sedap dinamiknya.. Articulation most of the time ok jah..

    Walaubagaimanapun apa yg iols nak puji dlm persembahan ni ialah, kedua2 duo ni penjiwaannya setara dr mula sampai habis (walaupun Mark ada sikitlah kadang2 nampak lost sekejap, sikit jah).. Yg penting persembahan tarian yg awesome. SHOWMANSHIP THE BEST!! Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
22 11
2
9
5 0 49
Chemistry, showmanship 8
Darjah kesukaran 5



  1. RAHMAT EKAMATRA ft AYAI ILLUSI – TIARA (61%)

    hmmm mcm tak planned elok2 ye gak ekkk persembahan ni.. Dr segi vokal & persembahan, mostly takdek chemistry. Boleh nampak kadangkala Ayai tengok lama kat Rahmat masa harmoni, tp Rahmat buat derk. Tp bila Rahmat tengok Ayai, Ayai plak yg tak perasan, hmmm ayyooh.. Susahlah kalau sambil2 nyanyi sambil2 baca prompter.. Harmonisation pun mostly tak sync.. Rahmat ada off-pitch di hujung baris awal 1st verse solo heols & hujung2 chorus, note panjang tu heols takleh hold note tu jatuh gedebuk flat. Ayai pun ada off masa heols struggle dgn lower notes kat hujung2 1st verse solo heols.. Di permulaan harmonisation ada sikit off-tempo bila Rahmat tercepat masuk di tengah chorus tu.. Nyanyian duet yg takdek dinamik.. Penjiwaan tak jelas kali ni, takleh rasa langsung most of the time..

    Walaupun begitu.. Macam biasa Rahmat sentiasa bagus bab articulation, jelas terang-benderang, cuma phrasing jah kurang tenaga. Ayai kat part2 yg tak bermasalah phrasing nya sgt clear & bertenaga.. Overall, masih persembahan yg baik..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
25 10
8
6
10 0 59
Chemistry, showmanship 0
Darjah kesukaran 2



  1. RURI REPVBLIK ft DIDE HIJAU DAUN – SUARA KU BERHARAP (60%)

    Dr segi nyanyian solo, Ruri ada bbrp kali off-pitch, flat di 1st note, last note hujng bridge. Dide ada jugak off-pitch bbrp kali di hujung2 baris kerana habit heols suka terjun kat hujung phrasing.. Masing2 ada masalah kawalan vokal skt, tapi Ruri especially ada part yg heols langsung terpotong2 perkataan sbb hilang kawalan pernafasan, kat tengah2 bridge/1st modulation.. Duet ni jugak takdek dinamik.. Ruri masih buat pertandingan ni mcm konsert sendiri, hmmm. Samalah dgn Didi pun, takdek gerakan atau pape yg dirancang, semua kelihatannya takdek chemistry, harmonisation pun sama, mostly takdek chemistry, tak sync di bbrp tempat..

    Yg sync cumalah penjiwaan, nasib baik jugak lagu ni cerita atau jiwanya tak terlau berat, jd sesuai dgn nyanyian santai kedua2 duo ni.. Walaupun Didi sedikit slurring, Ruri masih bagus dgn clarity heols mcm biasa, dr mula sampai habis, inilah vocal quality yg heols maintain dr mula pertandingan.. Overall, masih persembahan yg menarik..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
23 8
6
10
8 0 55
Chemistry, showmanship 2
Darjah kesukaran 3



  1. KORIE ft SAIFUL APEK – HANYA NYANYIAN DALAM SEPI (59%)

    Ehh kenapa kat music bridge tu mcm pelik sgt ekkk? Ada satu part melodi kat verse2 awal dgn melodi sama, setiap verse ada lg pengulangan, sokmo buat kedua2 duo ni off-tempo sikit masa solo, agak susah kat sini sbb time signature mcm tak blend dgn melodi, IMO lah.. Kat verse solo heols tu jugak Korie ada bbrp kali flat di hujung2 sbb nyanyiannya yg terlampau santai hingga takleh pegang note hujung tu betul2.. 2nd verse Korie dah ok, tapi Apek plak ada sikit too sharp dlm tengah2 solo heols tu.. Satu lg part masalah tempo berulang, tp kali ni sama mcm Freshies, bila ada pause skt then masa nak amek semula harmoni tu jadi tak sync, tempo pun lari. Keseluruhan harmonisation pun sebenarnya iols rasa ada mcm sikit loose di bbrp part, mcm lbh kpd unison yg membuatkan takdek dinamik langsung.. Dr segi penjiwaan mcm tak kena sgtlah pd iols, dlm nyanyian & jugak visual. Lagu ni kan lagu mcm sedih merintih cinta tak direstui. Korie terlampau santai & mcm senyum2 gitu mcm tgh cerita kat kawan, tp takdek perasaan langsung, ahgitchew..

    Walaupun begitu, pd iols, articulation duo ni sama2 clear most of the time, terutama di part2 yg tak tenggelam dgn muzik.. Harmonisation mmg Apek sentiasa berada di belakang menyokong Korie sbg 2nd voice, dua2 pun agak bagus dlm kontrol volume masa harmoni.. Overall, persembahan yg menarik..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
23 11
8
5
7 0 54
Chemistry, showmanship 2
Darjah kesukaran 3



  1. SHY8 ft FARAHDIYA – SIAPA DIA SEBELUM AKU (59%)

    Apa yg TokNaz tegur Shy8 dlm komen tu pasal vokal timbre heols sgt kena sbb ianya menjejaskan jugak sedikit harmoni duet ni yg agak cantik di 1st half. 2nd half, Shy8 kedengaran spt kurang blend sikit dgn vocal timbre Farahdiya yg sgt berat & bulat. Di 1st half, boleh dengar Shy8 usaha sikit bg blend tu, tp lama kelamaan pegangan tu semakin longgar.. Dr segi intonation, Shy8 ada bbrp kali off, di tengah & hujung 1st solo heols. Kemudian sekali lg shaky jugak di hujung2 nyanyian di coda dlm harmonisation.. Iols takleh rasa dinamik dr duet ni..

    Selain drp tu bagus dah.. Iols takleh jumpa pape kesalahan dlm nyanyian Farahdiya, hebat.. Articulation Shy8 makin solid dr minggu ke minggu.. Penjiwaan mantap dua2.. Kedua2 duo ni jugak nampak ada chemistry nya, banyak usaha eye contact kan, hihi.. Overall, masih persembahan duet baik...

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
24 10
4
9
6 0 53
Chemistry, showmanship 4
Darjah kesukaran 2



  1. DATO' ELAINE KANG ft DIA FADILA – YESTERDAY ONCE MORE (49%) )

    Tak sampai hati nak cakap, tapi mmg sumbang sgtlah nyanyian Elaine kali ni. Takdek tempat yg ok, semua part tak ok, sorry.. Harmonisation pun iols rasa tak brp cantik sbb ni.. Duet takdek dinamik.. Dia mcm sokmo bg sokongan jah kpd Elaine, keeps nyanyi lower notation & volume drp Elaine, jd chemistry nya pun mcm takdek..

    Lagu ni kan pasal nostalgik gitu kan, in a way iols rasa penjiwaan agak setara kedua2 duet ni.. Most of the time, pronunciation dua2 bagus dah.. Overall, masih persembahan yg menarik..

Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
16 11
6
6
7 0 46
Chemistry, showmanship 0
Darjah kesukaran 3




NOTA KAKI:
  • Berikut merupakan markah penuh:
Intonation,
tempo
Harmonisation,
chemistry
Breath,
volume
control
Expression,
interpretation
Articulation
diction
Phrasing,
dynamic
improvisation
(Jumlah)
VOKAL
30 17
10
10
10 10 87
Chemistry, showmanship 8
Darjah kesukaran 5



  •  Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊






Comments

Popular posts from this blog

REVIEW KONSERT MINGGU 11 ALL STARS GEGAR VAGANZA 202E

REVIEW MINGGU 2 GEGAR VAGANZA 2020

REVIEW MINGGU 1 GEGAR VAGANZA 2020