REVIEW KONSERT 5 GEGAR VAGANZA 2025
REVIEW KONSERT MINGGU 5
GEGAR VAGANZA 2025
RNR
ISKANDAR – KELENTANG KELENTONG (76%)
Iols rasa takdek masalah sgt kowt, cuma ada sikitlah.. Intonation Iskandar hampir bersih kalau tak kerana belting heols yg sikit flat sbb takleh hold note kat hujung phrasing di hujung bridge tu.. Articulation mcm ada sikit kurenglah sbb iols rasa Iskandar banyak sgt samaada ala2 jerit atau kadangkala vocalisation yg tak perlu kat hujung2 phrasing. Baik utk attitude, tp itulah kan..
Selain drp tu, awesome.. Tetiba jadi lain Iskandar kali ni, heols lepas jah semua, tak tahan2 dah.. Ada skt jah masa vokal sikit tenggelam dgn muzik di permulaan, pastu nyanyian Iskandar jadi sgt bertenaga, smooth jah dr awal sampai akhir.. Penjiwaan pun hebat, boleh rasa ekk rasa riang ria tu dr vokal & persembahan heols. Setiap gerak-geri pun kena sgt dgn cerita lagu, kadangkala berinteraksi dgn penari2. Tarian sekali-sekala yg dibuat tu pun bagus sgt.. Groove hebat.. Yg penting kali ni banyak betul adlib2 belting2 yg powerful, belting plak sokmo ada resonance yg cantik.. Vokal bertenaga Iskandar berjaya memenuhi segenap ruang di dewan tu.. Overall, persembahan yg sgt hebat..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 29 | 16 |
10 |
7 |
1 | 4 | 67 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 1 | |||||
MENDUA – P.U.S.P.A (68%)
Hmm selain Mendua, lagu2 yg Iskandar, Nubhan, Ruri & Freshies dapat pun rasanya tak jauh sgt dgn genre atau forte atau gaya nyanyian masing2.. IMO lah.. Utk persembahan ni, iols rasa mcm pelik sikit harmonisation Mendua kali ni, mcm ada part2 yg tak berapa ngam, harmoni keseluruhannya masih ok cuma kali ni rasa mcm tempo/time signature kedua2 Sasha & Pungky masa harmonisation ada yg clash sikit kat 1st half. Ada part2 yg phrasing tak sync. Tp lepas bridge, hebat mcm biasa.. Sasha ada sikit flat di pertengahan & too sharp di hujung 1st verse solo sheols.. Pungky selain sikit nasal throughout, heols ada flat kat hujung bridge bila heols hold note.. Dinamik tak terasa sgt kali ni, mungkin sikit sgt kat 2nd half..
Walaubagaimanapun, articulation masih nice di part2 yg takdek masalah kawalan pernafasan sgt.. Penjiwaan pun nice, kadangkala mcm hilang chemistry terutama dr segi showmanship, masa mcm lakonan tu bagus, tp ada masa nampak mcm menari sekejap tetiba stop abruptly, rasanya plg tepat kalau kata takdek plan sgt. Tp masih oklah ahgitchew.. Overall, persembahan yg menarik..
| Intonation, tempo |
Harmonisation, improvisation |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 26 | 13 |
7 |
8 |
7 | 1 | 62 |
| Attitude, showmanship | 5 |
|||||
| Darjah kesukaran | 1 | |||||
FRESHIES – JOGET TOLEH MENOLEH (68%)
Hmmm tak spt biasa, kali ni harmonisation duo ni lebih ke arah unison most of the time, entahlah sbb maybe yg harmonize kan main melody (might be Shima), yg sepatutnya sokmo berada at least 3rd kat atas main melody, kali ni Shima nyanyi harmoni lebih rendah dr biasa. Iols rasa sepatutnya lagi elok kalau Ejie yg kena pegi lebih rendah, baru kedengaran lebih rich, untuk persembahan lagu ni lah. Adakah mungkin sbb terikut dgn arrangement yg asal? (Yg asal mmg kedengaran unison IMHO).. Kalau ikutkan inilah problem Freshies yg plg utama dlm pertandingan ni, iaitu tak kreatif. Biasanya deyols akan nyanyi jah arrangement asal, cuma tambah harmonisation. Jd bila dah ada part harmoni? Ikut jugaklah unison pun, ahgitchew.. Kerana masalah harmoni inilah jugak sbbnya dinamik pun langsung takdek kali ni..
Selain drp tu hebat dah sebenarnya.. Dr segi lain harmoni Freshies sync dgn elok, semua setara. Penjiwaan, panjang pendek phrasing, bahkan vibrato pun kedengaran identical most of the time.. Oleh krn lagu ni byk bercakap & mostly lagu ni mmg vocal arrangement nya cuma bermain dlm area speech level, articulation kedua2 duo ni sgt jelas & terang, & attitude riang ria jugak berjaya dimasukkan sekali.. Kawalan vokal & pernafasan pun sgt bagus, juga setara dlm hal ni dr mula sampai habis.. Showmanship hebat, sampai setiap lirik akan disesuaikan dgn pergerakan ataupun lakonan atas pentas tu.. Part modulation di akhir last chorus yg efektif, menuju ke outro yg best gile dgn Joget Perak yg cantik & meriah.. Jangan dilupa tarian Freshies sharp, mantap & cantik dedua Freshies kali ni.. Overall, persembahan yg terpaling menghiburkan..
| Intonation, tempo |
Harmonisation, improvisation |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 22 | 8 |
9 |
9 |
10 | 0 | 58 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 2 | |||||
KORIE – MALAM PESTA MUDA MUDI (66%)
AHAHAH Elvis nyanyi lagu Saloma, siotlah.. Tetiba masuk Pak Maun AHAHAH.. Anyway, nyanyian Korie takdek dinamik, takdek tenaga sgt sebenarnya IMO, tapi start lepas music bridge, Korie mcm tetiba dapat tenaga skt, dah boleh lepas semua, sikitlah. Sbb mcm takdek sgt phrasing yg bertenaga atau sikit attack kat mana2 ke kan.. Verse awal bbrp kali Korie kedengaran off-tempo di tengah2.. Off-pitch pula di 1st note sbb tak dpat support note dgn pernafasan yg cukup & di tengah2 last chorus sbb takleh hold note di hujung phrasing..
Walaupun begitu, effort yg diberi utk persembahan ni haruslah diberi kredit. Tarian Korie ni iols rasa masih bagus walaupun taklah sharp sgt. Yg penting comel jah hihi.. Dr segi nyanyian yg bagusnya, walaupun dgn masalah di atas tu, tp masih boleh dengar riang ria dlm vokal Korie tu sendiri.. Lain sgt drp Korie yg sebelum2 ni.. Articulation masih jelas most of the time.. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 27 | 14 |
8 |
8 |
0 | 0 | 57 |
| Attitude, showmanship | 7 |
|||||
| Darjah kesukaran | 2 | |||||
NUBHAN – IT'S GONNA BE ME (66)
Komplen iols pasal persembahan ni ialah 1)Nubhan sokmo terkejar2 tempo di permulaan chorus.. 2) Akhirnya Nubhan dapat jugak lagu yg key major, memerlukan lebih tenaga. Apa yg Nubhan buat? Heols try tukar vocal onset heols kepada 'hard/glottal onset' (di permulaan phrasing, heols inhaling dulu, tahan nafas, keluarkan tone baru letupkan keluar nafas tu). Berhasil beri tenaga sikit dlm phrasing, ada sikit “punch” yg agak padu, tapi hasilnya kawalan pernafasan heols jadi kelam-kabut, sbb itu byk perkataan terpotong2 di chorus2 terutamanya. Shaky di hujung2 persembahan. Bila ada gerakan tak kena, note yg keluar pun jadi off kat 1st chorus.. Walaupun nyanyian kekurangan dinamik, tp ada adlib2 yg agak efektif, jadi harus diberi kredit utk itu.. Articulation tak clear sgt most of the time, pronunciation kureng..
Walaubagaimanapun, berbanding minggu2 lepas, persembahan ni bg iols adalah persembahan Nubhan yg paling bertenaga setakat ni. Adlib2 belting yg bertenaga tu sgt bagus.. Showmanship mantap, Nubhan berjaya menguasai segenap pentas tanpa perlu pergi jauh kulu-kilir pun. Penjiwaan sgt bagus.. Overall, very entertaining performance..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 25 | 10 |
10 |
5 |
1 | 2 | 53 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
RURI REPVBLIK – MADU 3 (65%)
Betulkah takdek masalah? Sbb iols dengar baris ke-2 kat tengah Ruri mcm ada off-key sikit, tapi masalah kat situ jelah. Ye mmg key ada turun kan, tp kat situ iols rasa flat gile.. Peliklah music arrangement lagu ni mcm kurang kena dgn vocal arrangement, mcm vocal agak terlampau rendah utk muzik latarlah, IMO lah.. Nyanyian Ruri mmg dah biasa takdek dinamik, tp utk lagu ni lebih kpd bercakap gitu kan melodinya.. Ruri sebenarnya mcm takdek plan pape gerakan yg menarik pun kan, heols cuma follow the flow jah, berinteraksi dgn penari sikit2, jadi bila tambah lagi 2 org secara spontan, maka agak kelam kabut sikit, tp cuma di permulaanlah..
Sebab lepas tu dah ok balik. Dr segi showmanship, agak baik sbb Ruri pun mcm santai2, ada sikitlah gatal2.. Penjiwaan dlm vokal heols mmg terasa attitude ni, acaner tu? Hihi.. Walaupun ada part permulaan 2nd verse heols mcm hampir terlambat masuk, heols cepat sedar then Ruri mcm mengumam jah lirik, tp lepas tu okay balik. Articulation Ruri biasanya antara yg plg bagus clarity nya, tp kali ni bab ni kureng sikit disebabkan ini, sikiiit jah.. Kawalan vokal bagus sgt most of the time.. Overall, persembahan yg sgt2 menghiburkan..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 27 | 13 |
10 |
9 |
0 | 0 | 59 |
| Attitude, showmanship | 5 | |||||
| Darjah kesukaran | 1 | |||||
MARK ADAM – AWALLAH DONDANG (65%)
Haa ni lagi 1 contoh effort yg banyak, tp tak kesampaian, mcm Mell. Cuma berbanding Mell yg menang kat attitude, Mark plak tak banyak sgt buat silap besar. Intonation cuma off sikit sekali kat tengah2 2nd verse.. Kawalan pernafasan pun sikit jah terjejas kat awal2 chorus yg pertama, sampai terpotong2 perkataan.. Iols faham Mark dah usaha nak lembutkan suara utk lenggok Melayu, tapi tak menjadi sgt, kalau ada pun sbb heols ikut jah nasihat TokRam buat riff yg panjang di hujung2 phrasing.. Kalau menjadi, sekurang2nya akan rasa mcm ada dinamik sikit, tapi malangnya tidak, walaupun dgn usaha Mark yg tetiba buat sikit modulation tp kesudahannya cuma kedengaran spt menjerit..
Selain drp tu iols rasa dah bagus dah.. Articulation walaupun Mark ada salah sebut perkataan, agak jelas & terang setiap suku kata, walaupun ada part sgt tenggelam berbanding suara latar.. Interpretation yg kurang menjadi, tp dr segi usaha embellishment Melayu itu iols bglah sikit kredit.. Tarian mmg klako, iols pun tak henti gelak tengok Mark menari, keras gile AHAHAH, tp showmanship bolehlah, anggap je lah Mark cuma menjadi Mark yg mmg klako, lulz.. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 28 | 11 |
7 |
7 |
0 | 1 | 54 |
| Attitude, showmanship | 6 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
MELL SAKURA – ROBEK HATIKU (64%)
Macamnilah.. Mell ni bagus sgt sebenarnya, effort sheols mmg antara yg terbaik sokmo. Kalau lagu Rock sheols usaha nyanyi bunyi mcm Rock, kalau dangdut, mesti dengar mcm dangdut.. Masalah Mell yg sebenarnya, sheols mcm kekurangan ilmu, atau vocal coach yg betul. Kita boleh dengar sheols nyanyi dangdut, tapi cengkok nya plak yg tak cukup. Boleh dengar yg sheols cuma nyanyi lenggok2kan sikit suara ikut melodi lagu asal, dah, itu jah. Bagi sheols dah cukup. Tapi bg pakar2, sudah tentu tak cukup, ahgitchew.. Satu lg yg iols rasa ketara sgt sheols lacking ialah groove. Groove ni maksud iols, jiwa+rhythm lagu. Perasan bila music bridge sheols cuba bergelek? Kan tak kena rhythm & tempo tu?.. Bab2 ni yg TokRam cuba tegur kat situ. Mell buat, tapi mcm half-hearted, asal boleh jah.. Utk cover kekurangan ni, sheols biasanya akan cipta attitude extra, tp kena dgn jiwa/cerita lagu.. Pd pendapat iolslah.. Cuma iols bagi jugaklah kredit utk effort Mell ni.. Satu lg mcm biasa, kawalan pernafasan. Mell masih ada masalah nak support note2 rendah, selain di awal2 verse yg sheols sokmo off, bila2 jah sheols kena nyanyi key rendah balik lepas chorus, mesti off jugak.. Dangdut ni spt biasa takdek dinamik, hanya pengulangan demi pengulangan boring. Tak ikut kang nanti kata tak hormat lagu, so watevah..
Walaubagaimanapun, mcm yg iols dah taip kat atas tu, penjiwaan cerita lagu ni Mell hebat.. Articulation sheols agak bagus, memandangkan sheols kadangkala terpaksa inject gedik2 sikit.. Tapi yg penting showmanship antara yg thorrbaeekkk dekk.. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 25 | 11 |
9 |
7 |
0 | 2 | 54 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 2 | |||||
KRISYA – DAG DIG DUG (61%)
Adakah iols sorang jah yg rasa lagu ni versi Krisya mcm tempo dah di perlahankan? Sikit jah.. Tapi mcm maksudnya Krisya ni takleh nyanyi lagu2 tempo laju? Spt sebelum2 ni yg iols tulis Krisya masih belum biasa dgn suara yg lebih berat ni, placement sheols jadi kurang efektif, jadi susah sikit sheols nak buat transition dr rendah ke middle, middle ke tinggi, sbb itulah suara sheols sokmo pecah/break, IMO agak mengganggulah. Kerana ini, Krisya ada jugak off-pitch di verse awal.. Lagi bbrp kali flat sbb sheols takleh support note2 awal phrasing dgn nafas yg cukup.. Lagi 1 oleh kerana lagu Dangdut biasanya takdek modulation, maka pengulangan demi pengulangan verse ke chorus penting utk tunjuk jika si penyanyi boleh nyanyi konsisten di melodi2 yg sama. Versi ni tak ulang verse, sepatutnya lebih mudah bg Krisya sbb lirik pun asyik looping perkataaan sama jah kat chorus2 tu.. Tapi Krisya ada jugak off-pitch di last chorus, sikit jah.. Nyanyian yg takdek dinamik jugak.. Penjiwaan mcm tak terasa langsung, takdek attitude gedik langsung, tapi Krisya ada jugak usaha bg attitude meriah tu.. Krisya juga ada masalah groove spt Mell, perhatikan di music bridge masa sheols bergelek, langsung tak kena tempo & melodi..
Walaupun begitu, iols rasa articulation Krisya sgt bagus, terang, jelas & nyata dr mula sampai akhir.. Walaupun kelihatan awkward mostly, tp masih comel persembahan ni IMO.. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 25 | 14 |
5 |
9 |
0 | 0 | 53 |
| Attitude, showmanship | 6 |
|||||
| Darjah kesukaran | 2 | |||||
SHAE – SAKITNYA TUH DI SINI & GOYANG DUMANG (59%)
IMO tak banyak sgt nasal Shae ni sebenarnya. Cuma iols perasan yg Shae ni mcm ada habit nyanyian yg kurang sihat, tak pasti utk styling agaknya. Ada ketika masa sheols hanyut sikit, akan terjadinya nyanyian dgn meletakkan larynx ke kedudukan tak neutral, bila ini berlaku, pitching sebenar akan jadi lebih sukar dilakukan, menyebabkan sheols kedengaran off. Yg nasal ni jugak membuat sheols banyak off terutamanya note2 yg kena hold panjang sikit, nak2 yg hujung lagu tu baris paling last tu contohnya, plg teruk kalau ada konsonan “ng” & “ny”.. Jadinya kawalan pernafasan & vokal sgt goyah kali ni.. Verse awal tu pun ada kedengaran sikit off-tempo di tengahnya.. Nyanyian Shae jugak takdek dinamik..
Walaupun begitu, iols bagi jugaklah kredit atas usaha Shae, dgn mashup 2 lagu yg menceritakan pasal sakitnya hati, tp yg lagu Goyang Dumang tu lebih kpd utk merawat patah hati tu, jd mcm ada kesinambungan kat situ penceritaannya kan. Pd iols Shae dah usaha menjiwai kedua2 jiwa ni di”mashup”kan jadi satu, dr segi vokalnya terutamanya, jd Shae hebat bab ni.. Articulation walaupun ada masa tak jelas sgt sbb masalah kawalan vokal tu, tp keseluruhannya agak bagus sbb Shae mcm lebih kpd bercerita gittew.. Overall, persembahan yg menghiburkan..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 21 | 10 |
10 |
8 |
0 | 1 | 50 |
| Attitude, showmanship | 4 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
RAHMAT EKAMATRA – SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT (56%)
hmmm ntahlah, nyanyian yg takdek tenaga dr mula sampai habis, takdek dinamik, tahu2 dah habis agitchew.. Cubaan buat lenggok Melayu pun tak menjadi mostly.. Rahmat ada jugak off-tempo di verse awal. Off-pitch di tengah2 part seterusnya, & sekali lagi di last note persembahan..
Lagu yg sepatutnya lembut mendayu, Rahmat nyanyi dgn jiwa Rock Kapak, tapi ajaibnya ia masih memadai utk lagu ini yg sebenarnya lebih Pop berbanding Irama Malaysia (Pop Irama Malaysia), tak jauh sgt beza, jd pada iols masih kena genre atau jiwa lagu tu dlm vokal heols.. Articulation sgt jelas pd iols, inilah satunya perkara yg tak pernah kurang dlm nyanyian Rahmat ni.. Overall, masih persembahan yg baik..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 25 | 10 |
8 |
10 |
0 | 0 | 53 |
| Attitude, showmanship | 0 |
|||||
| Darjah kesukaran | 3 | |||||
- Berikut merupakan markah penuh:
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 30 | 17 |
10 |
10 |
10 | 10 | 87 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
| Intonation, tempo |
Harmonisation, improvisation |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 30 | 17 |
10 |
10 |
10 | 10 | 87 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
- Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊

Comments
Post a Comment