REVIEW KONSERT 7 GEGAR VAGANZA 2025
REVIEW KONSERT MINGGU 7
GEGAR VAGANZA 2025
MIXTAPE
MENDUA – BILA RESAH (73%)
Menurut pendengaran iols, ada sikit chaos lah harmonisation Mendua kali ni. Mcm, iols tak faham kenapa tak biarkan Pungky habiskan 1 baris sbg main melody jah (sebaliknya masuk harmoni heols tetiba jd lower harmony) di hujung solo heols kat 1st verse? Jadi kedengaran sikit kurang kemas dr segi key kat situ, (atau mmg Pungky sebenarnya flat?). Sasha plak mcm ada sikit masalah tempo di awal 1st solo sheols, pastu ada sikit off di solo sheols di bridge start modulation tu. Ha ni 1 lg part, pening skt dengar dgn ubah melody yg banyak & rasa mcm tak brp kena dgn chord progression kat situ.. Dgn volume pun mcm pelik, tenggelam-timbul terutama Pungky & Diana. Articulation pun banyak terjejas krn ni, teragak2 pun ye.. IMHO je lah ekk, tak sekemas betapa tight harmonisation Mendua minggu2 sebelum ni.. Tarian ada sikit tak sync, yg ni pd iols lebih kpd Diana yg agak IMO half-hearted nak buat ke taknak buat, tp mmg tak sync. Yg penting dress meleret sgt dekkk, nampak berat plak tu, jd mungkin boleh jd satu sebab jugaklah kan..
Tp part lain dr segi showmanship iols rasa dah bagus dah, walaupun ada masanya kadangkala rasa mcm sikit awkward susunan pergerakan, hmmm.. Tapi tetap meriah dr awal sampai akhir, maintain feel good.. Dr segi dinamik mcm biasa cantik, Mendua tak pernah kurang bab ni.. Harmonisation sentiasa kreatif & pelbagai. Ada parallel harmony, pastu counterpoint harmony, pastu parallel balik.. Overall, persembahan yg menghiburkan..
| Intonation, tempo |
Harmonisation, improvisation |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 27 | 13 |
4 |
9 |
6 | 4 | 63 |
| Attitude, showmanship | 5 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
MARK ADAM – MAMBO NO.5 (A LITTLE BIT OF..) (70%)
Ehhh Mark sebut semua peserta perempuan ekkk masa 2nd chorus hihi.. Komplen iols tak banyak utk persembahan ni, cuma nyanyian Mark takdek dinamik.. 1 lagi kawalan pernafasan kelam-kabut, tercungap2 sejak 1st chorus lg.. Iols rasa kali ni utk tambah tenaga dlm phrasing, Mark buat glottal/hard onset (tone keluar dulu,nafas kemudian) yg hasilnya kedengaran banyak letupan konsonan “p” & “b”..
Walaupun letopan2 tu agak mengganggu, tp kalau hasilnya boleh mengurangkan masalah2 fatal lain, apa salahnya kan? Intonation sbnrnya yg iols agak terkejut sbb bersih & agak stabil throughout. Juga disebabkan lagu ni mcm bercakap je kan, jadi range vokal yg diperlukan mostly kat speech level, jadi mcm mudah pitch & articulation pun banyak yg jelas & padu, terutama sbb onset Mark buat tu banyak attack suku kata kan.. Tapi 2nd chorus kan ada sikiiit modulation di mana Mark start jadi lebih intense, awesome.. Penjiwaan dgn attitude thorrrbaekkk, groove cantekk.. Showmanship Mark mmg juara kalau banyak koreografi tarian. Mambo boleh, Rumba boleh, hebat.. Overall, persembahan yg sgt2 bertenaga & menghiburkan. Sepanjang 7 minggu GV12 ini adalah persembahan yg plg happening setakat ni IMHO..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 30 | 9 |
10 |
8 |
0 | 0 | 57 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
NUBHAN – NIAT HATI TAK NAK BERPISAH (68%)
Okay walaupun dgn modulation key yg tinggi di chorus2, iols takleh rasa sgt dinamik nyanyian Nubhan ni sbb heols kurang bermain dgn volume atau intensity. Mungkin bolehlah bg kredit krn ada sedikit riff yg agak menarik sekali-sekala.. Nubhan ada bbrp off di bbrp part, di tengah2 1st verse sbb takleh support note dgn nafas yg cukup. Kalau ikutkan kawalan pernafasan Nubhan mmg kureng sgt kali ni, bbrp kali perkataan terpotong2. Serta bbrp kali lagi off krn cubaan resonance yg tak menjadi malah off plak di hujung2 phrasing kat chorus, pengulangan pun sama, dgn melodi & key yg sama..
Walaupun begitu, articulation Nubhan sgt jelas kali ni, dr mula sampai habis persembahan.. Bab yg paling takkan Nubhan kureng ialah penjiwaan. Kali ni pun sama, menyayat hati sugguh feel sampai kat pendengar.. Malah model yg masuk mengejut dapat plak Nubhan guna utk buatnya lebih sedih lg.. Overall, persembahan yg bagus..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 28 | 11 |
10 |
10 |
1 | 1 | 61 |
| Attitude, showmanship | 5 |
|||||
| Darjah kesukaran | 2 | |||||
ISKANDAR ISMAIL – HANYA SEGENGGAM SETIA (65%)
Haaa veins kat leher timbul banyak ni biasanya berlaku bila menyanyi dgn pressure, dlm kes ni high sub-glottic pressure yg diperlukan utk angkat suara hit high notes, utk pastikan tak flat. Kalau teknik pernafasan Iskandar dah bagus, efektif. Tp masalahnya Iskandar tak support pernafasan di abdomen atau diaphragm, maka pressure berlaku bila sampai part2 range tinggi yg banyak berturut2.. Pastu banyak plak Iskandar nak tambah lenggok di hujung2 phrasing, taklah memudaratkan sgt, cuma kurang kena lah dgn melodi & sifat lagu.. Nyanyian kali ni takdek dinamik langsung.. Placement Iskandar yg sentiasa kat mask ni membuatkan articulation heols kurang jelas, nasal yg kadangkala membuatkan heols kedengaran mcm off, tp tidak..
Intonation Iskandar bersih & steady sepanjang lagu.. Kawalan vokal & pernafasan masih bagus tak menjejaskan phrasing.. Penjiwaan bagus, persembahan pun ada interaksi dgn penari model, membuatkan penceritaan dlm lagu Iskandar lebih jelas.. Overall, persembahan yg steadayyy..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 30 | 12 |
9 |
7 |
0 | 0 | 58 |
| Attitude, showmanship | 5 |
|||||
| Darjah kesukaran | 2 | |||||
SHAE – UNINVITED (65%)
Art berat ni.. Yg sebenonya iols tak brp gemar dgn suara Shae yg ni, yg halus & ada sikit2 fluctuation yg iols rasa tak sesuai dgn jiwa/cerita lagu ni, lebih sesuai utk lagu2 yg lebih santai/gedik/fun, kadangkala annoying IMHO.. Juga styling ini dgn kurengnya kawalan vokal yg membuatkan Shae off bbrp kali sejak 1st verse lagi.. Shaky lagi di hujung2 phrasing terutamanya.. Articulation & pronunciation langsung tak clear...
Walaubagaimanapun, dinamik terasa juga bila sheols tambah intensity sikit di last chorus kemudian kurangkan di coda. Part ni iols rasa paling bagus sbb boleh rasa dlm vokal tu jiwa lagu ni, sayu je. Dr awal Shae sudah berjaya menguasai pentas dgn membawa jiwa lagu ni dgn karakter yg menarik, haunting kadangkala, tp mungkin sbb music ambience jugaklah.. Penjiwaan no. syatu la dekk.. Overall, interesting engaging performance..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 25 | 12 |
9 |
5 |
1 | 0 | 52 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
FRESHIES – BECAUSE YOU LOVED ME (64%)
OK iols cuba potong sebanyak mungkin yg iols boleh markah Freshies ni. Showmanship 0 terus sbb dua2 Ejie & Shima abaikan kanak2 model bahasa isyarat yg sibuk dok tengok cikgu dorg masa buat bahasa isyarat tu, kat sini iols setuju sgt awkward takdek interaksi langsung antara Freshies & kanak2 tu.. Tak banyak pun tempat Shima off, tapi mmg ada 1 part, iaitu 1 baris di permulaan last chorus tu Shima ada part yg off-key & baris ke-2 off-pitch di hujungnya. Kat sini counterpoint harmony.. Iols tak jumpa off kat tempat lain.. Pastu iols rasa maybe boleh jugak kita kata volume suara tak seimbang kat sini sbb masa Ejie buat 2nd voice utk counterpoint ni, sheols wailing & suara mcm hilang ditelan muzik atau vokal Shima yg jadi main melody..
Selain drp tu, bagus sgt dah.. Harmonisation Freshies yg parallel type sgt tight sebenonya. Mcm biasa panjang pendek phrasing, kat mana nak inhale malah vibrato pun kedengaran identical.. Penjiwaan setara, chemistry kental & boleh feel jiwa lagu ni dlm vokal Freshies, malah visual pun sampai feel tu sebenonya IMHO gesture kedua2 Ejie & Shima walaupun iols terpaksa bg markah 0 terus disbbkan yg iols taip kat atas tu.. Selain kat part wailing tu, articulation, pronunciation Freshies jelas & clear sgt terutama Shima, sbb tu senang nak cari salah sheols.. Dinamik bagus, terutama di part2 harmoni.. Overall, persembahan yg bagus..
| Intonation, tempo |
Harmonisation, improvisation |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 20 | 15 |
5 |
9 |
8 | 2 | 59 |
| Attitude, showmanship | 0 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
RURI REPVBLIK – JANGAN ADA DUSTA ANTARA KITA (62%)
Rasanya mcm tak pernah lagi dlm 7 minggu ni dengar dinamik dr nyanyian Ruri, masih zero, sorry.. Nyanyian ada bbrp kali off, kat verse 1 di tengah2 sbb takleh hold note, pastu bila dah jadi rendah sikit notation lepas habis chorus last tu.. Ada shaky di adlib di music bridge lepas 1st verse.. Pastu iols rasa mcm Ruri ni ada satu habit lost sekejap masa music bridge atau masa tak nyanyi, mcm keluar kejap dr lagu, relax main2 atau hisap rokok ke pastu masuk balik bila kena nyanyi, gaytohhh, geram jugaklah nengoknya..
Kali ni nampak mcm Ruri dah byk berinteraksi dgn model/penari yg jadi props dlm persembahan ni.. Kawalan vokal di hujung2 phrasing dgn vibrato tu mcm makin merosot nampaknya, tapi di part2 lain bagus dah.. Penjiwaan agak bagus sbb mcm bolehlah jugak feel jiwa lagu tu dlm alunan vokal Ruri.. Spt biasa Ruri nombor syatu bab articulation, crystal clear dr mula sampai habis.. Overall, persembahan yg baik..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 24 | 13 |
7 |
10 |
0 | 1 | 55 |
| Attitude, showmanship | 4 |
|||||
| Darjah kesukaran | 3 | |||||
KRISYA – SEMBILU (60%)
Hmm kalau dah key lebih rendah kenapa muzik cepat sgt jd intense kat verse awal lagi? Ayyoo susahlah ini maciam.. Mungkin sore throat lah yg buat nyanyian Krisya banyak flat terutama di range rendah & sgt shaky jugak di bbrp tempat, last note tu pun.. Kawalan pernafasan lemah sampai terpotong2 perkataan..
Selain drp tu bagus dah.. Articulation agak terjejas di part2 bermasalah, tp di part2 lain dah clear.. Masalah2 yg iols taip kat atas td tu mcm boleh plak bg dinamik ekk, boleh dengar beza verse2 awal dgn chorus2 yg lebih intense.. Penjiwaan hebat.. Embellishment Rock yg byk Krisya terapkan dlm nyanyian ni sgt efektif & kena sgt dgn muzik, sifat & jiwa lagu ini.. Krisya tak banyak bergerak, tp di 2nd half sheols menguasai pentas dgn nyanyian yg sgt bertenaga & terasa memenuhi ruang.. Overall, persembahan yg bagus..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 20 | 9 |
10 |
8 |
2 | 3 | 52 |
| Attitude, showmanship | 4 |
|||||
| Darjah kesukaran | 4 | |||||
MELL SAKURA – SATU DETIK (60%)
Mell nampaknya cuba bagi dinamik dlm nyanyian dgn nyanyi mcm berbisik di bbrp tempat, tp ended up kedengaran shaky & off sikit, kat 2nd verse jah iols rasa mmg takdek masalah langsung.. Sbb tu jugak pernafasan jd tak terkawal jd di part2 lain pun banyak yg Mell tak dapat articulate dgn jelas...
Tapi, dinamik walau tak terasa sgt tp bolehlah atas usaha Mell tu kita bg kredit.. Bbrp adlib dgn head voice & falsetto walaupun kurang smooth & tak memberi impak sgt, masih nice & taklah off.. Penjiwaan Mell sgt bagus kali ni.. Dlm persembahan ni ada bbrp kali yg iols rasa sepatutnya Mell berinteraksi dgn penari tp malangnya Mell tak tengok pun dorg, selain drp tu showmanship bagus sgt sampai ke bawah pentas perginya ekk.. Overall, persembahan yg menghiburkan..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 22 | 11 |
10 |
6 |
1 | 1 | 51 |
| Attitude, showmanship | 6 |
|||||
| Darjah kesukaran | 3 | |||||
RAHMAT EKAMATRA – HAKIKAT SEBUAH CINTA (59%)
Lahai banyak plak part yg Rahmat off. Boleh dikatakan semua part heols ada off.. First note tu lagi. Mostly banyak flat lah.. Pastu ada off-tempo di permulaan phrasing chorus yg 1st.. Shaky sgt di baris pertama verse awal.. Props mmglah ada, tp mcm tak kena pun dgn cerita lagu? Hmmm.. Pastu lg mungkin dgn adanya modulation di last chorus agak mencabar buat Rahmat, mcm byk tenggelam-timbul volume Rahmat sbb teragak2 kot..
Selain drp tu dah bagus.. Modulation tu bagus sebenarnya, menghasilkan sedikit dinamik, phrasing di coda tu terutamanya sampai sama, sync dgn muzik. Tp sikit sgtlah kan.. Boleh rasa feel jiwa lagu ni dlm vokal Rahmat, walaupun dr segi visual kureng skt, byk awkward lah ekk.. Articulation sgt jelas & jitu.. Overall, persembahan yg baik..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 21 | 12 |
10 |
10 |
1 | 0 | 54 |
| Attitude, showmanship | 2 |
|||||
| Darjah kesukaran | 3 | |||||
- Berikut merupakan markah penuh:
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 30 | 17 |
10 |
10 |
10 | 10 | 87 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
| Intonation, tempo |
Harmonisation, improvisation |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 30 | 17 |
10 |
10 |
10 | 10 | 87 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
- Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊

Comments
Post a Comment