REVIEW KONSERT 8 GEGAR VAGANZA 2025
REVIEW KONSERT MINGGU 8
GEGAR VAGANZA 2025
FUNFAIR TOKRAM
ISKANDAR ISMAIL – GOLIMAR (73%)
Alahai comel jah dak kecik pun join menari lagu Tamil, dgn berlagak dia tu, lulz.. Iols tak pasti Iskandar ni mmg tak tahu atau tak pandai jah nak buat (jelir?) lidah tu, sesiapa yg suka tengok movie Tamil tahulah maksud iols pasal gulung lidah yg pelakon2 sokmo buat masa naik sheikh (biasanya dlm tarian lagu2 yg gila2 penuh attitude klako), mcm tak penting kan, ahahahaks.. Anyway, nyanyian Iskandar ada bbrp off-pitch yg berlaku di part bridge yg heols takleh attack spt di part2 lain. Kat sini heols takleh support note2 dgn pernafasan yg cukup. Teknik breathing Iskandar yg tak support pernafasan dgn keseluruhan badan buat heols mengah/semput krn hilang stamina sejak awal lagi, sbb lagu ni sejak baris pertama lagi dah kena kerah tenaga.. Nyanyian takdek dinamik...
Selain drp tu awesome.. Dr mula sampai akhir persembahan Iskandar maintain dgn attitude yg sama, sgt menghiburkan ye. Ada sedikit vocalisation yg enhance lagi attitude “smug” tu, jadi lebih hebat interpretation nya.. Selain drp part2 yg problem spt yg iols taip kat atas tu, sebutan Tamil Iskandar mostly sama mcm pnyanyi asal.. Yg lagi bagusnya, nyanyian Iskandar penuh bertenaga.. Showmanship thorrbaeekkk, tarian pun sharp.. Yg penting Iskandar nampak mcm kena rasuk dgn roh lagu ni ahaks.. Overall, persembahan yg sgt2 menarik..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 28 | 11 |
10 |
8 |
0 | 3 | 60 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
MENDUA – NESSUN DORMA (71%)
Lagu ni Operatic Aria, lagu solo, bukan lagu pop moden. Struktur lagunya lain. Ada 3 section. Pertama; opening section. Si penyanyi (ekceli lagu ni khas utk Tenor, lelaki, yg vocal tessitura nya lebih kpd upper register) declare niat heols, tunjuk determination. Kedua; middle section. Kat sini lagu ni dah mula bertambah intensity & emosinya. Si penyanyi dah mula tunjuk harapan & mcm dah yakin heols akan berjaya. Last sekali; climax/finale section. Kat sini intensity bertambah lagi menjadi lebih dramatik. Kat sini penyanyi dah betul2 yakin heols dah menang, sbb tu climax nya mmg kena berbeza dgn part2 sebelumnya utk bg lebih impak. Jadi adalah natural jah lagu ini di”build up”kan dgn graf yg sentiasa menaik & berakhir dgn range plg tinggi. Dah nama pun utk Tenor kan. Adakah Mendua menepati kriteria ni? Maaf cakap, pd pendengaran iols, tak. Atau mungkin lebih tepat kalau kata tak terasa pun graf menaik tu.. Pastu oleh krn Mendua ni trio, kena lah buat 3 part harmonies. Yg iols dengar Pungky selain amek part middle harmony, ada jugak nyanyi lower harmony masa Sasha (yg peranannya lower harmony all the time) tak menyanyi. Diana senang nak faham sbb sheols sentiasa di upper harmony. Yg Sasha plak masa sheols masuk harmony, sheols takleh pegi lebih rendah, iaitu 3rd dr yg middle harmony sbb range sheols tak sampai bawah sgt sebenarnya. Jadi ada ketikanya, ada part2 yg harmonisation Mendua kedengaran lebih kpd unison berbanding biasa. Utk menjayakan range yg sgt rendah ini, Sasha try hard dgn vowel modification nya, dgn mencuba pitch lebih dlm sampai kadangkala terbabas larynx nya ke paras yg tak neutral. Ada off sikit kat part sheols harmony, di tengah2 baris pertama middle section. Pungky ada sikit off di hujung baris pertama solo heols kerana vibrato. Masing2 ada ketikanya jadi off-tempo sikit di tengah2 middle section & hujung2 climax section.. Iols tak rasa harmonisation Mendua tight kali ni, sbb iols rasa most of the time tak selari pun feel ketiga2nya, panjang pendek phrasing pun tak sama. Ada yg terlampau yakin, ada yg teragak2, ada yg mcm takdek perasaan, begitulah..
Selain drp tu pd iols bagus dah.. Walaupun dr segi pernafasan mcm tak menepati sifat lagu yg mostly byk legato, tp dr segi kawalan vokal iols rasa dah bagus.. Oleh krn arrangement vokal lagu ni yg 1 suku kata, duduk dlm 1 notation, maka agak senang nak articulate dgn jelas, cuma adalah sikit masalah sebutan.. Dinamik sgt2 cantik terutama dr Pungky.. Showmanship agak bagus sbb Mendua berjaya buat semua audiens mcm menumpukan sepenuh perhatian utk mendengar mereka sahaja.. Overall, persembahan yg bagus.. BTW cantik gile Mendua konsert ni..
| Intonation, tempo |
Harmonisation, improvisation |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 25 | 11 |
8 |
5 |
7 | 6 | 62 |
| Attitude, showmanship | 4 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
FRESHIES – ANAK TUPAI (70%)
Mula2 sekali, tajuk sebenar lagu ni Anak Tupai, okeh.. Pastu hmmm yg sebenonye Freshies faham tak maksud sebenar cerita lagu Anak Tupai ni? Lagu ni sedih gile tau, cerita pasal seekor anak tupai yg malang (kelaparan, sendirian sbb ibunya diracun, ekornya putus akibat perbuatan manusia). Org2 kampung semua mcm layan tupai ni sgt buruk sbb tupai2 makan & merosakkan buah2an & tanaman dlm kebun dorg. Lagu ni sekaligus buat sindiran golongan manusia yg selfish, menafikan terus hak makhluk lain utk hidup di bumi Tuhan.. Halim Yazid sendiri masa buat persembahan lagu ni pun sebenonya byk senyum jah (yelah dlm sedih ada sindiran tajam jugak), tp takdeklah sampai berjoget2 happy sakan sgt mcm Shima ni, huhu sorry.. Cakap pasal Shima, sheols ada flat sikit kat hujung phrasing tengah2 last chorus. Ejie plak ada bbrp perkataan dialek Kelantan yg tersilap sebutannya..
Tp selain drp tu dah bagus dah.. Dikir barat yg sebenar terutama dlm pertandingan, mmg ada 2 penyanyi, lebih kpd mcm berbalas pantunlah. Sorang ialah Tok Juara yg menyanyi lebih berlagu semestinya lebih merdu dgn lenggok Dikir, yg ni biasanya duduk, tp kalau tak duduk pun lebih act cool lah, sbb yg ni tugasnya spt ketua yg memimpin hala tuju persembahan/penceritaan Dikir tu. Sorang lagi ialah Tukang Karut yg lebih happening & menyanyi dgn lebih attitude, buat lawak ke, sindiran ke. Jd dlm hal ni Freshies dah buat dgn bagus di mana Ejie ialah Tok Juara (siap ada intro Tok Juara lg, lenggok sheols pun cukup2 tak lebih tak kurang) & Shima plak Tukang Karut (sheols punya sebutan dialek Klate lebih on point throughout, & nyanyian dgn attitude hebat IMO).. Walaupun Ejie kedengaran sedikit semput start kat 2nd half, tp kawalan pernafasan masih bagus krn sheols tahu kat mana nak inhale spy tak terjejas nyanyian dlm phrasing. Lagi 1 iols suka Ejie tambah intensity & sikit attitude bila muzik start modulate di tengah2 & maintain sampai habis.. Harmonisation pun masih tight, sync segala segi, cuma iols tak tahu kenapa Freshies suka start harmoni dgn unison dulu lepas 2,3 baris baru pecah jadi parallel harmony, tak mengurangkan markah kah?.. Showmanship awesome, even masa dah habis muzik pun masih in character agitchew.. Overall, persembahan Dikir yg sgt menghiburkan..
| Intonation, tempo |
Harmonisation, improvisation |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 28 | 12 |
8 |
6 |
6 | 1 | 61 |
| Attitude, showmanship | 4 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
NUBHAN – CICAK (70%)
OK satu lagi lagu viral utk Nubhan, & setakat ini semua lagu tugasan Nubhan sbnrnya lebih kpd Pop, kalau tak Balada.. Yg Rock pun cuma Pop Rock, yg ni pun Pop Dikir, hmm.. Pd iols, mmg nyanyian Nubhan tak jadi Dikir Barat sgt. Lagu ni pun bukanlah tinggi sgt seni Dikirnya sbb lebih kpd fusion Pop, lebih santai. Tp takkanlah takdek walaupun sikit lenggok Dikir tu. Sbb tu mmg kedengaran spt lagu2 Balada jah Nubhan nyanyi dlm persembahan ni.. Peranan heols ialah Tukang Karut, maka tugas sebenar heols lebih kpd menyanyi dgn attitude, happening, banyak interaksi & ada part khas menyanyi bersahutan dgn awok2. Berlainan drp Freshies, Nubhan lebih kpd sketsa, bercerita & memberi nasihat saja sepanjang persembahan. Range vokal pun byk bermain kat speech level..
Kerana itu, lebih mudah nak kawal pitch, mmg Nubhan takdek masalah intonation kali ni.. Start masuk bridge (part bersahutan dgn Awok2) tu pun ada bbrp kali dimasukkan attitude jadi lain skt dgn part2 yg awal, maka adalah dinamiknya.. Kawalan vokal & pernafasan pun bagus kali ni.. Articulation mostly jelas. Tp yg plg iols suka ialah hakikat yg Nubhan berusaha sebut dialek Klate dgn tepat, hasilnya sgt bagus. Sampaikan Nubhan ada tambah lagi bbrp frasa famous spt “huk aloh”.. Showmanship Nubhan hebat sgt, heols berjaya menguasai pentas dr mula sampai habis.. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 30 | 14 |
5 |
9 |
1 | 0 | 59 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 3 | |||||
MELL SAKURA – CALCUTTA (TAXI, TAXI, TAXI) (66%)
Haaa kan comel jah Mell ni sebenarnya kiut miut, konsert pertama lagi iols dah cakap, jadi sesuai sgt lagu ni dgn Mell.. Cuma adalah bbrp problem kan, mcm.. Dr konsert pertama lagi kan iols taip pasal breath management Mell ni. Baguslah TokNaz tegur. Mell tak cuba support pernafasan di seluruh badan atau diaphragm, susah nak dapat stamina yg diperlukan, even kat verse awal lagi Mell da tercungap2, lepas phrasing yg fast paced kan. Sampai last chorus sheols punya semput tu sampai jadi off plak terutama di hujung2 phrasing.. Lirik ada silap tu takpe, cuma masalahnya mumbling jah kadang2 kat verse2 awal tu.. Nyanyian Mell jugak takdek dinamik..
Selain drp tu bagus dah.. Sedikit attitude yg Mell masukkan dlm nyanyian & persembahan haruslah diberi kredit sikit.. Attitude Mell yg kiut & penjiwaan yg comel & meriah dlm persembahan Mell awesome.. Rasa mcm nak menyanyi sekali dgn Mell plak, haha.. Showmanship mantop.. Overall, persembahan yg sgt2 menghiburkan.. Oh dorg dok “laka laka laka” tu buat iols teringat kat Superstar Rajinikanth plak ahaks..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 26 | 10 |
10 |
6 |
0 | 1 | 53 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 3 | |||||
MARK ADAM – CARI TAPAK (64%)
Ahahah part kena nyanyi laju2 tu jadi chaos betul ekk. Jadi ada masalah missed-lyrics & Mark cuma mumbling atau sebut jah perkataan sama berulang2.. Ada sikit off-tempo di hujung bridge membawa ke pre-chorus selepasnya. Juga ada sikit off-pitch di bbrp part low notes hujung2 phrasing di verse2, bila heols takleh support note2 tu dgn pernafasan yg cukup.. Shaky jugaklah kat situ.. Nyanyian takdek dinamik jugak..
Cuma iols rasa mcm bijak gak ekkk Mark boleh incorporate kegagalan heols hafal lirik tu dlm persembahan heols ni, dgn attitude yg bersesuaian jugak, lawak pun lawak.. Showmanship mantap, sentiasa ada jah gesture yg menarik setiap saat oleh Mark, interaksi dgn penari2 pun hebat.. Plg penting, klako.. Overall, persembahan yg sgt klako..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 27 | 11 |
10 |
4 |
0 | 0 | 52 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 4 | |||||
SHAE – STECU STECU (58%)
Iols mcm susah sikit nak faham atau even dapat apa yg Shae nyanyi, kelam-kabut iols nak mencari dlm lirik lagu ni, mcm “eh, apo, kat mana plak ni?” gaytoh. Mungkin jugak sbb bahasa, lagu ni lagu Indonesia Timur kan? Iols kalau tak dengar versi asal pun takkan tahu betul ke idok lulz. Tapi yg plg penting ada 2,3 part yg Shae salah lirik ni rasanya, mcm yg 1st tu kat awal2 1st verse, mcm mengumam je, yg penting Shae belasah jah asal ada bunyi dlm setiap nada tu kan. Mungkin Shae pun susah agaknya nak adapt lg dgn pertukaran lirik yg kena tukar2 jantina, mcm nona jd abg, abg jadi Shae agitchew.. Nyanyian Shae jugak ada masalah inonation di verse2 dgn low notes, ada bbrp yg jd flat terutamanya di hujung2 phrasing.. Sbb kawalan pernafasan jugak yg mcm tak brp bagus.. Jugak takdek dinamik..
Walaupun begitu, iols rasa selain drp itu, dah bagus dah.. Iols jah yg confused, dengar mcm muzk Minang sikit, interpretasi Shae rasanya dah bagus, ada part2 yg suara halus sgt tu jelah yg mcm hmmm tak kena dgn muzik, tp ada attitude nya lah.. Kat chorus2 bila Shae nyanyi part note2 tinggi, bagus, ada resonance yg cantik.. Showmanship mantap, Shae mmg multi-talented, nyanyi boleh, berlakon boleh, melawak pun boleh.. Overall, persembahan yg sgt menghiburkan..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 24 | 11 |
8 |
5 |
0 | 0 | 55 |
| Attitude, showmanship | 4 |
|||||
| Darjah kesukaran | 3 | |||||
RURI REPVBLIK – LA OBE (57%)
Kenapa ye sejak akhir2 ni vibrato semula jadi Ruri mem”flat”kan hujung phrasing heols? Tak semua, tp adlah bbrp, terutama bila heols terlampau santai masa nyanyi verse2 dgn low notes. Kat 1st verse pun ada flat low note heols yg bukan hujung phrasing.. Dinamik takdek langsung.. Adlib yg last sekali kat hujung tu pun rasa mcm out of place, mcm “eh aku nak jerit ah kejap, bosan” “wohh”. Dah. Lulz.. Penjiwaan lemah. Mmg boleh rasa & nampak yg Ruri mmg tak faham, malah rupanya tak amek tahu langsung cerita sebenar dlm lagu ni.. Dr awal sampai habis, Ruri nampak sgt gembira menyanyikan lagu ni.. Hmmm..
Walaupun iols tak pasti betul ke tak sebutan bahasa Boyan/Baewan(?) Ruri ni, kadangkala teragak2, tp dr segi articulation masih jelas mostly.. Most of the time, kawalan vokal masih bagus.. Overall, masih persembahan yg baik..
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 26 | 13 |
3 |
8 |
0 | 0 | 50 |
| Attitude, showmanship | 3 |
|||||
| Darjah kesukaran | 4 | |||||
KRISYA – MAKAN (56%)
Ini 1st time kan dlm GV Krisya nyanyi lagu fast beat? Haaa kan dah kelam-kabut, teknik nyanyian Krisya yg skrg ni mmg takleh nyanyi lagu2 tempo lajulah. Ada part2 yg missed-lyrics, ada byk part yg phrasing Krisya jd kalau tak off-pitch, biasanya akan jadi shaky sgt sbb tak cukup nafas nak support notes2, terutamanya almost semua permulaan verse2 yg baru lepas part yg lebih intense.. Nyanyian takdek dinamik.. Jugak agak berat utk lagu light2 jenaka spt ini..
Walaupun begitu, iols beri kredit atas usaha Krisya menambah adlib di bbrp tempat.. Kawalan vokal & pernafasan yg kureng menjejaskan sikit articulation, tapi di part2 lain masih ok, jelas penceritaannya.. Showmanship bagus, cuma kadangkala sikit awkward.. Overall, persembahan yg menghiburkan.. Anyway, cantik sgt Krisya malam ni...
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 22 | 10 |
7 |
7 |
0 | 1 | 47 |
| Attitude, showmanship | 6 |
|||||
| Darjah kesukaran | 3 | |||||
- Berikut merupakan markah penuh:
| Intonation, tempo |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
Improvisation, ornamentation |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 30 | 17 |
10 |
10 |
10 | 10 | 87 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
| Intonation, tempo |
Harmonisation, improvisation |
Breath, volume control |
Expression, interpretation |
Articulation, diction |
Phrasing, dynamic |
(Jumlah) VOKAL |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 30 | 17 |
10 |
10 |
10 | 10 | 87 |
| Attitude, showmanship | 8 |
|||||
| Darjah kesukaran | 5 | |||||
- Review di atas adalah hasil daripada analisis penilaian iols, berdasarkan pendapat iols semata. Sekiranya ada ketidak puas hatian atau sebarang pertanyaan atau nak komen je pun, mohon tinggalkan komen uols semua di ruangan komen di bawah ye.. Sekian, kesudian uols semua membaca review ini sampai habis iols ucapkan berbanyak terima kasih..😊

Comments
Post a Comment